Harussani: Saya tak membisu, pernah kecam video seks aib Anwar

Thursday, March 31, 2011

Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.
“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.
“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Adun DAP gesa sedia peruntukan besar untuk SAR

Adun Sekinchan, Ng Swee Lim menggesa Kerajaan Negeri Selangor memberikan peruntukan besar kepada semua Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Wakil rakyat DAP itu membuat gesaan demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali.
Menurut Swee Lim, memandangkan keadaan SAR ini agak ketinggalan, dengan kewangan yang disalurkan dalam jumlah besar itu membolehkan mereka menambahbaikkan bangunan dan persekitaran sekolah agar lebih selesa.
Hari ini masuk hari kedua persidangan Dun Selangor untuk penggal pertama sidang kedua belas yang dirasmikan Sultan Selangor pada 28 Mac lalu dan sesi sidang pula bermula semalam sehingga 5 April depan.

80,000 rakyat Selangor dapat geran tanah

Wednesday, March 30, 2011
Seramai 80,000 rakyat peneroka tanah di Selangor mendapat manfaat besar apabila kerajaan negeri memberikan geran sah milik kepada mereka setelah berpuluh tahun mendiaminya.
Proses ini dilakukan secara berkelompok kerana sebelum ini dibuat secara terpilih di mana didapati dalam 200 keluarga di sesuatu tempat itu, tidak sampai sepuluh peratus mendapat geran itupun mengikut kepentingan politik pihak tertentu.
Namun dasar tanah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat adalah untuk menyelesaikan keseluruhan tanpa mengambil kira fahaman politik mereka kerana sebagai rakyat Selangor mereka berhak mendapat geran tersebut.
Dewan Negeri Selangor diberitahu oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) ketika menjawab soalan dalam sesi dewan kali ini.
Menurutnya, kelulusan geran tanah diberikan kepada peneroka yang telah nenggusahakan tanah berkenaan sejak 10 hinga 15 tahun lalu.

Anwar seru buat perubahan politik secara aman

Meskipun polis sedari dulu sentiasa memberi tekanan demi tekanan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR itu tegas menyatakan beliau mahu membawa perubahan politik secara aman dengan menggunakan saluran pilihan raya.
“Orang Arab nak tukar sistem, susah. Sehingga (mereka) terpaksa diadakan revolusi, (tapi) kita mahu perubahan secara aman. Kita tidak mahu masalah dengan polis. Anak-anak muda Sarawak perlu buat perubahan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Kampung Tupong Batu yang terletak di pinggir Sungai Sarawak itu kerap disambut sorakan ‘reformasi’ di kalangan 300 penduduk setempat, lapor Keadilan Daily.
Pada ceramah di lokasi persendirian yang tidak memerlukan permit itu, polis hanya memberi masa 15 minit untuk Anwar berucap.
Malah, pihak berkuasa membuat banyak sekatan jalan raya di laluan yang menghala ke lokasi ceramah.
Ceramah Anwar di mana-mana jua termasuk di Sarawak sentiasa mendapat halangan polis.
Anwar berkata, pilihan raya Sarawak kali ini amat penting kerana ia adalah masa paling sesuai untuk membuat perubahan kerana golongan penindas rakyat semakin berani berbuat demikian secara terang-terangan.
“Sebab itu, pilihanraya Sarawak penting. Perubahan adalah perlu. Orang Sarawak perlu sedar.
“Orang yang baik, takut. Orang yang jahat, berani. Ini tidak betul. Perkara ini mesti diubah. Sarawak mesti berubah. Sekaranglah masanya,” katanya disambut tepukan gemuruh.
Friday, March 25, 2011

Dalang Video Seks Dikenalpasti

Wednesday, March 23, 2011
KENYATAAN AKHBAR 


Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas k
Publish Postatil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

P'raya Sarawak: Undi 16 April, penamaan 6 April

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon untuk pilihan raya negeri Sarawak pada 6 April manakala hari pengundiannya pula jatuh pada 16 April.

Ini bermakna tempoh berkempen selama 11 hari. Pengumuman itu sebentar tadi dibuat pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Kuching. 

DUN Sarawak dibubarkan kelmarin yang mana secara perlembagaan, pilihan raya hendaklah diadakan sebelum Julai tahun ini.

BN Sarawak yang lama dipimpin Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menguasai 63 daripada 71 kerusi dalam dewan manakala pembangkang pula dengan tujuh kerusi, termasuk satu masing-masing milik bebas dan Parti Cinta Malaysia.

Pilihan raya sebelum ini diadakan pada 20 Mei 2006.

Selcat sah ikut undang-undang

Tuesday, March 22, 2011
Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) yang diwujudkan dua tahun lalu diisytharkan sah mengikut undang-undang negara.
Speaker Dewan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, pengesahan itu didapati menerusi satu keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang dibuat semalam.
Mahkamah menolak saman pemula dari tiga Adun BN dari Raja Ideris Raja Ahmad (Teluk Ayer Tawar), Hasiman Sidom (Morib) dan Wong Koon Mun (Kuala Kubu Bharu) untuk mendapat deklarasi membatalkan apa-apa sahaja tentang Selcat yang disifatkan mereka sebagai tidak sah.
Dalam hal ini, menurut Teng, Mahkamah Tinggi telah memutuskan keputusan yang dibuat secara sah dalam sidang dewan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

Apa kaitan akhbar The Star dengan video?

Ia bermula dengan jemputan melalui telefon dari seorang wartawan akhbar The Star yang bersungguh benar meminta seorang wartawan kanan Harakah menyertai satu sidang media khas di Carcosa Seri Negara.
Sejak itu, wartawan kanan Harakah itu tidak boleh lena tidur.
"Bayangkan jam 4 pagi masih ada lagi penganjur ni call saya...tanya dah bagi tau Presiden PAS ke belum," cerita wartawan Harakah berkenaan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, wartawan wanita akhbar yang dimilki oleh MCA berkenaan beriya-iya benar meminta beliau hadir.
Yang menarik juga, seorang wartawan kanan The Star yang lain juga amat berminat dengan cerita ini.
Beberapa panggilan dibuat untuk mengetahui apa komen wartawan Harakah itu selepas menonton video itu.
Dia juga sangat berminat untuk mengetahui  apakah benar Datuk Seri Anwar menghubungi wartawan Harakah berkenaan.

Pita seks: Anwar buat laporan polis

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur bagi membuat laporan polis berhubung pita video seks yang dipertontonkan kepada media, semalam.

Beliau diiringi tidak kurang 30 penyokongnya dan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR, tiba pada jam 10.45 pagi.

Anwar, pada sidang media petang semalam, menafikan lelaki yang mirip wajahnya dalam video 17 minit yang dipaparkan melakukan hubungan seks dengan seorang gadis di sebuah hotel yang tidak dikenali, adalah dirinya.

Hadir sama, ahli parlimen dan pemimpin PKR lain seperti R Sivarasa, Tian Chua dan M Manikavasagam, setiausaha PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, naib presiden PKR N Surendran dan ketua pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.

PAS minta polis siasat video lucah fitnah Anwar

Monday, March 21, 2011
Pihak polis diminta menyiasat pihak manakah yang bertanggungjawab menyediakan, menyebar dan menyiarkan video lucah yang ditayangkan kepada para wartawan untuk memburukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Selain itu, pihak polis turut diminta menyiasat siapakah sebenarnya yang terlibat dalam adegan tidak bermoral itu bagi menjawab kekeliruan kepada orang ramai.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, siasatan yang telus dari pihak polis berhubung perkara itu amat penting bagi mengetahui dalang dalam penyediaan, penyebaran dan penayangan video tersebut.

Dun Sarawak bubar, bermulalah pesta temberang BN

Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak dibubar pada hari ini, maka bermulalah pesta temberang oleh pemimpin BN yang akan membawa macam-macam janji manis untuk rakyat di Sarawak.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, bermacam-macam janji akan ditabur untuk rakyat Sarawak, ia merupakan amalan biasa pemimpin BN setiap kali pilihan raya.
Menurutnya, menjelang Pilihan raya Sarawak BN cuba hendak melindungi kelemahan mereka selama ini untuk membangunkan negeri itu.
Katanya, kegagalan mereka untuk  mentadbir Sarawak dengan menuding jari kepada pembangkang kononnya Pakatan Rakyat punya angkara sedangkan Pakatan Rakyta baru sahaja berusia tiga tahun.
“PAS hendak tanya ke mana pula hasil mahsul negeri Sarawak seperti minyak dan balak?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Baginda pula jelajah 'bongkar' Ummi Hafilda

Tuesday, March 15, 2011
Bekas rakan niaga Ummi Hafilda Ali hari ini mengancam menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu.

Baginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEBaginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London.

Menurut Baginda (kiri), Ummi tidak jujur apabila terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau awal bulan ini.

Beliau yang mendakwa cukup mengenali Ummi mendakwa, wanita itu tidak akan melakukan sesuatu perkara jika tidak dibayar.

Menyingkap perbicaraan liwat pertama terhadap Anwar pada lebih 10 tahun lalu, Baginda menuduh Ummi membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang.

Baginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit.

Justeru, Baginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa "menjaja" isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang.

KONSPIRASI JAHAT TERHADAP DSAI

Kerajaan Malaysialah sebenarnya pihak yang kalah dalam suatu perbicaraan yang bersifat parodi.
Bahkan setiap seseorang rakyat Malaysia yang sudah lali dengan selok-belok skandal seks luar tabii, Mohamed Saiful Bukhairy Azlan mungkin telah memberikan makna baru kepada ungkapan “go f**k yourself.” 
Saiful, 25, tahun bekas pembantu kepada ketua pembangkang Anwar Ibrahim, adalah saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan marathon sodomi Anwar. Dr Seah Lay Hong, seorang ahli kimia dan saksi pendakwaan, telah dipaksa oleh peguambela semasa berada di kandang saksi pada penghujung Februari lalu untuk mengakui bahawa DNA yang ditemui di bahagian dubur Saiful boleh berasal dari 10 orang yang berbeza - termasuk dirinya sendiri.
Saiful telah melaksanakan satu tugas yang cukup bagus untuk kerajaannya, negaranya dan juga Anwar. Hal ini kerana kes ini telah menjadi sesuatu yang mengaibkan, membawa kembali kenangan kes liwat Anwar yang pertama tahun 1998, yang mendapat perhatian umum dicap sebagai parodi oleh pertubuhan antarabangsa hak asasi manusia. Kesilapan yang dibuat terhadap bukti DNA yang sepatutnya konklusif dalam perbicaraan yang telah lama berjalan ini telah menimbulkan pertanyaan apakah bukti-bukti tersebut boleh bertahan di sebuah mahkamah undang-undang yang rasional. Testimoni yang lain pula menunjukkan bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak dan isterinya, Rosmah Mansor, antara lain, mungkin telah memainkan peranan peribadi dalam membawa kes ini ke mahkamah.  
Selasa lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Zabidin Mohamid Diah telah memberikan Anwar satu kemenangan besar dengan membuang bukti DNA yang dipercayai dapat membuktikan bahawa beliau ada melakukan hubungan intim dengan Saiful. Beliau telah memutuskan bahawa bukti tersebut tidak boleh diterima kerana telah diambil tanpa kebenaran Anwar dari item dalam penjara ketika beliau ditangkap pada kali pertamanya ekoran aduan Saiful pada bulan Julai 2008.

Bekas OCPD diarah bayar RM200 ribu

Mahkamah hari ini memerintahkan bekas Ketua Polis Rompin, Hanafi Daud membayar kepada Dr Hatta Ramli dan dua pimpinan PAS Pahang, Mazlan Yassin dan Nazri Ahmad sebanyak RM200,000 sebagai ganti rugi dan kos akibat daripada penangkapan dan penahanan yang tidak sah ke atas mereka bertiga di Markas PAS Rompin di Muadzam, Pahang pada 10 Mei 2004 lalu.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuantan, Puan Sazlina Safie membuat keputusan tersebut hari ini setelah Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan menyatakan kepada mahkamah bahawa anak guam beliau bersetuju membayar plaintif-plaintif RM200 ribu.
Kes hari ini ditetapkan untuk perbicaraan taksiran gantirugi.

Demonstrasi DNA bukti kes liwat bermotif politik

 Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, demonstrasi yang didalangi Umno bagi menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA membuktikan bahawa isu liwat mempunyai kepentingan politik.
Katanya, isu tersebut sengaja ditimbulkan pihak tertentu berdepan pilihan raya umum akan datang.
“Demonstrasi itu jelas bahawa kes ini adalah kes politik yang diwujudkan bukan satu hakikat sebenar, tetapi agenda politik berdepan pilihan raya umum akan datang,” katanya pada sidang media Pakatan Rakyat di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini.
Beliau mengulas demonstrasi yang disertai 50 orang yang mendakwa mewakili 30 badan bukan kerajaan (NGO) di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square di Petaling Jaya baru-baru ini.
Mereka mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA, bagi membantu kes liwat yang diadu bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Sementara itu, PKR akan menggerakkan kempen DNA iaitu 'Datuk Najib Altantuya' sebagai reaksi terhadap fitnah berterusan pemimpin  dan media Umno BN dalam isu liwat membabitkan Anwar yang juga Ketua Umum parti itu.

 Wanita Pertama: Nazri putar belit fakta Perlembagaan

Monday, March 14, 2011
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebenarnya dangkal dan cuba menghina Perlembagaan negara berhubung Wanita Pertama Malaysia.
Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin (gambar) berkata, ini kerana jelas diperuntukkan dalam Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama Malaysia adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.
Beliau yang juga Ketua Wanita PKR menyatakan demikian sebagai respons kepada jawapan Mohamed Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini berkenaan soalan ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkaitan takrifan wanita pertama dan penyediaan peruntukan berkaitan boleh disifatkan sebagai sekadar play-safe statement, penuh niat putar belit dan berunsur manipulasi terhadap Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, jawapan Nazri yang mendakwa bahawa penggunaan gelaran Wanita Pertama hanyalah sebagai kod amalan menunjukkan bahawa beliau sebenarnya dangkal dan cuba menghina Perlembagaan negara.
Menurutnya, Perkara 32 (2) berbunyi, "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

PENJELASAN SAMAN EKOR : KITA PATUT TAHU

Thursday, March 3, 2011

CAP dakwa harga makanan lonjak hingga 167 peratus

Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendakwa harga pelbagai makanan telah melonjak antara 20 peratus hingga 167 peratus sejak bulan lalu akibat kenaikan harga pelbagai barangan keperluan.

NONEPresidennya, SM Mohamed Idris berkata peningkatan harga makanan itu telah menyebabkan kesukaran yang amat sangat kepada kehidupan pengguna.
"Satu hidangan sayuran yang dijual pada harga 60 sen enam bulan yang lepas, kini dijual pada harga 80 sen hingga RM1.00 setiap hidangan, peningkatan 25 peratus hingga 66 peratus; udang (saiz sederhana) daripada RM1.50 hingga RM4.00 setiap satu, peningkatan 167 peratus," katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut SM Mohamed, pengusaha restoran dan pemilik gerai makanan yang ditemubual oleh pegawai CAP, berkata kenaikan harga makanan dan minuman ringan adalah akibat daripada kenaikan harga barangan keperluan yang diimport seperti bawang, bawang putih, kacang dal dan rempah; ayam, daging, daging kambing, ikan, udang, sayuran, tepung beras, telur, susu pekat manis, biji kopi, serbuk teh daripada antara 20 peratus sehingga 200 peratus serta peningkatan dalam harga gas dan bahan api.
NONEKatanya kajian yang dijalankan sekitar gerai-gerai di Pulau Pinang itu mendapati kenaikan bukan sahaja membabitkan kedai makanan orang Islam tetapi juga menjejaskan makanan orang Cina dan India.
"Harga char koay teow di gerai makanan Cina menunjukkan peningkatan 50 peratus daripada RM3.00 kepada RM4.50 sepinggan.
"Barangan makanan lain seperti moey daging atau bubur meningkat daripada RM3.50 kepada RM4.50; mee udang daripada RM4.50 kepada RM5.50; mee tomyam RM4.00 kepada RM4.50; nasi goreng daripada RM3.50 kepada RM4.00," katanya.

Saman ekor umpama ISA..zalim

Wednesday, March 2, 2011
Nasrudin Tantawi   
1. ISA adalah satu akta yang zalim kerana menahan dan menghukum tanpa bicara.  Begitulah dengan Saman Ekor yang yang dihantar notis samannya terus memaksa penerimanya membayar saman tersebut tanpa mereka diberi peluang melalui proses pengadilan di mahkamah .

2. Jika seseorang ditahan dalam satu - satu sekatan jalanraya oleh pihak polis trafik ataupun JPJ dan kemudiannya surat saman dikeluarkan agar pemandunya menandatangani surat tersebut , pun tidak bermaksud pemandu itu mesti terus membayar saman tersebut .

3. Sebaliknya pemandu itu akan dihadapkan ke mahkamah . Tandatangan itu hanya persetujuan untuk hadhir ke pembicaraan di mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan dalam surat saman tersebut . Kecuali pihak pemandu mengambil langkah mahu menyelesaikan kes di luar mahkamah dengan membayar kompaun . Itu pilihan yang ada .

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]