PDRM : MENDEKATI ATAU MENGASARI REMAJA ??
Monday, May 3, 2010Program sembang santai bersama Generasi Idaman Selangor malam minggu lepas ternyata membuka dimensi baru dalam hubungan pendakwah dengan generasi muda. Mungkin sebelum ini kita mengambil pendekatan mencerca dan menghina golongan belia kerana sering terjebak dengan program-program yang melalaikan dan merosakkan mereka. Namun hakikatnya, jarang kita mengambil pendekatan untuk bersama mereka dan merasai denyut nadi perjalanan hidup mereka sebagai remaja zaman ini. Lantaran dari kes tersebut maka Dewan Pemuda PAS mencadangkan agar program-program mendekati remaja berbentuk santai diperbanyakkan dan ditumpukan ditempat yang sudah menjadi "port" mereka pada malam minggu. Dewan Pemuda PAS telah mengorak langkah dengan mengadakan beberapa program kecil yang ternyata mendapat sambutan hangat.
Pada malam minggu lepas, kerajaan negeri dibawah Exconya Dr Halimah mula menjalankan program yang seiring dengan apa dihasratkan.Kami merakamkan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana prihatin dengan permasalahan remaja seperti mana kami di Dewan Pemuda PAS sentiasa fikirkan. Program yang dinamakan Sembang Santai Bersama Generasi Idaman Selangor menampilkan beberapa artis dan penceramah terkemuka sebagai pengisi rohani dan jiwa pengunjung yang hadir. Bahkan apa yang membanggakan hadirin yang hadir terdiri daripada ibu bapa yang sanggup menemani anak remaja mereka di malam minggu. Satu suasana yang cukup sihat bagi kami. Ibu bapa dapat melihat sendiri suasana tempat anak-anak mereka berada. Bahkan ada ibu bapa yang merasakan usaha terpuji yang dilakukan oleh kerajaan negeri ini perlu dikembang biakkan ke seluruh negeri Selangor.
Acara dimulakan dengan persembahan nyanyian oleh Renggo bekas vokalis kumpulan Arrow. Diikuti dengan Forum yang diselangi persembahan nyanyian dan bacaan sajak gandingan orang lama dan baru. Semuanya bermesej positif tentang ketuhanan dan kemanusiaan. Antara panel yang banyak memberi panduan kepada remaja pada malam tersebut terdiri daripada aktivis masyarakat disamping motivator remaja, Ustaz Riduan Mat Nor, Penceramah yang menjadi kesukaan remaja dengan penyampain ilmiah secara bersahaja, Ustaz Nazmi Karim dan Komposer lagu terkenal Dak Mie. Kesemua panel memberikan panduan berguna untuk remaja menjadi insan yang ada manfaat kepada agama dan negara. Disamping persembahan nyanyian oleh Dak Mie sendiri dengan iringan gitar oleh gitaris terkemuka serta bacaan sajak oleh Tn Razali Endon dan Ibu Lin. Yang menariknya program itu berjaya menampilkan Pak Hasyim mengiringi bacaan Sajak Ibu Lin dengan memainkan seruling tua 50 tahun benar-benar memukau remaja yang hadir pada malam tersebut.
Program berjaya ditamatkan pada jam 12.00 tengah malam dengan rata-rata pengunjung berpuas hati dengan konsep yang pertama kali diperkenalkan itu dan insyaAllah bakal dianjurkan lagi pada 29 Mei ini di Dataran Kemerdekaan pula.
Selepas para penceramah dan artis yang dijemput turun dan bermesra dengan remaja yang hadir pada malam tersebut, berlaku satu insiden yang amat mendukacitakan. Serangan pihak polis benar-benar mengejutkan semua hadirin pengunjung dataran pada malam tersebut. Polis memasang perangkap untuk memerangkap para hadirin dengan mengadakan sekatan di semua jalan keluar dataran dan menyerang dari jalan masuk. Saksi awal, En Adha (urusetia program) menyatakan, polis datang dan terus menendang-nendang hadirin yang ada di dataran Shah alam tanpa sebarang amaran awal sehingga mencetuskan keadaan panik. Ramai remaja yang baru selesai menonton program sedang berada di astaka Dataran dengan motosikal di letakkan dihadapan astaka. Namun disebabkan cara serangan polis yang menyerang seolah-olah mahu menangkap mereka menyebabkan suasana menjadi panik dan mereka terus menghidupkan motosikal dan bergegas beredar dari tempat kejadian. Ada beberapa motosikal yan baru memasuki dataran nyaris ditendang oleh pihak Polis.
Insiden berterusan sehingga menyebabkan seorang remaja yang cuba bergerak dengan motosikalnya ke arah Quality Inn berlanggar secara sisi dengan sebuah kereta yang melalui kawasan tersebut. Pada waktu kejadian urusetia program dan beberapa ahli Dewan Pemuda PAS Shah Alam yang bersama-sama dalam program masih berlegar-legar ditempat program untuk berkemas-kemas pulang. Motosikal yang terjatuh ini berjaya bangun kembali dan bergerak masuk ke arah Quality Inn, malangnya baru beberapa meter bergerak motornya ditendang oleh polis sehingga berlanggar dengan sebuah van yang sedang parking di situ. Lebih malang lagi seorang anggota polis yang dikenali sebagai Izwan datang dan terus menendang penunggang motosikal yang telah sedia cedera akibat terkena cermin van tersebut. Penunggang yang dikenali sebagai Mohd Nazmi Annuar Mohd Adil, 20, merupakan seorang pelajar Pusat Teknoloji dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) di Shah Alam. Tragedi biadap itu menyebabkan para hadirin mula naik angin dengan sikap biadap polis dan mula menyerbu pihak polis. Apabila diaju dengan pelbagai persoalan demi persoalan oleh hadirin pihak Polis ternyata gagal memberikan alasan bagi tindakan biadap mereka itu. Saudara Nazmi telah pun jatuh dan tercedera mengapa perlu dipijak lagi???
Beberapa pemuda PAS Shah Alam yang menyedari peristiwa tersebut bertindak mengawal pengunjung, kerana rata-rata pengunjung sudah hilang sabar dengan sikap biadap polis tersebut. Kesemua pengunjung yang hadir menyalahkan sikap biadap polis tersebut. Setelah pengunjung mengasak dengan beberapa persoalan yang tidak terjawab oleh pihak polis, akhirnya pihak polis membatalkan "Operasi Gila" tersebut dan menyatakan agar melupakan saja peristiwa malang pada malam tersebut. Ternyata orang ramai cukup kecewa dengan kebiadapan polis. Ada hadirin yang menyatakan, sebelum ini mereka mempercayai apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Polis, namun selepas kes ini berlaku didepan mata mereka mula sangsi tentang cara Polis bertindak dalam menangani masalah sosial.
Jesteru, Dewan Pemuda PAS Shah Alam mengajak PDRM agar menggunakan pendekatan yang kami gunakan dalam mendekati remaja. Sekatan Jalanraya boleh terus diadakan bahkan kami alu-alukan tetapi bukan dengan kaedah memasang jerat seperti kes malam minggu lepas. Pendekatan itu lebih membahayakan nyawa remaja. Itulah persoalannya, adakah cara kami yang lembut ini bersalah atau pendekatan meragut nyawa piah Polis itu yang Salah??? Semua dapat tafsir secara rasional.
Melalui
INFO DPPSA
|
pada
9:11 AM
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
▼
2010
(1112)
-
▼
May
(97)
- Kenyataan Media Crisis Management Team - Life Line...
- Tukar kerajaan sebelum negara bankrap
- PAS gesa PM adakan sidang parlimen khas
- SOLAT HAJAT PERDANA
- Konvoi Gaza: 16 mati, kapal dirampas
- Ulama Umno bakar kapal
- Rakyat Malaysia antara diserang kapal perang Israel
- DARI GAZA : ISRAEL MENYERANG KAPAL BANTUAN 2 TERBUNUH
- Sumbangan Beras Dewan Pemuda PAS Shah Alam
- BN GAGAL URUS EKONOMI NEGARA
- Bankrap: Kenapa subsidi jadi alasan
- Harga petrol mungkin dinaikkan 15 sen tahun ini
- Peter Veana, Peserta Konvoi Kemanusiaan ke Gaza Me...
- ISU TANAH KTMB DI SINGAPURA
- Judi bola: JAIS, mufti S'gor dibidas kerana membisu
- Betulkah Selangor luluskan 10 lesen judi untuk I C...
- Samy Vellu bersilamban , UMNO jurus dari belakang.
- Akhirnya...RM6.5 juta untuk Sagong Tasi dan rakan
- Tinggalkan MIC, sertai DHPP
- SEMBANG SANTAI GENERASI IDAMAN SELANGOR
- Sekitar sambutan dewan himpunan ...... (versi tamil)
- K'jaan Pakatan tidak lulus premis judi baru
- Pemuda PAS edar risalah di premis judi seluruh negara
- Pemuda Gerakan sertai himpunan bantah judi
- Tukar tanah KTMB dengan tapak perjudian?
- DHPP ubah pandangan serong bukan Islam terhadap Islam
- Selepas anak muda, Melayu pula jadi sasaran Pemuda...
- 'Kisah Benar' - MP Kapar tak lompat
- "You help me, I help you", SPRM siasat Najib
- Wain: Dr M 'menjengkelkan' pentadbiran Najib
- Kedah utuh, ADUN Pakatan tolak dakwaan lompat
- PAS sedang menyatupadukan semua kaum - Abdul Hadi
- Judi: Mana pemimpin Umno lantang isu kalimah Allah
- Mengapa Najib takut siasat dakwaan Barry Wain
- Lesen judi: Rakyat seluruh negara terus protes
- MB: Tak layak, pulangkan semula rumah
- PAS tetap pertahan empat prinsip utama negara
- Barry Wain: 'Penyelewengan RM100b Dr M disokong bu...
- Rayuan Liwat II: Hakim lucutkan diri
- Demonstrasi Bantahan Judi peringkat Shah Alam
- Takziah : Kematian Ahli Briged Amal Kota raja
- Protes Seluruh Negara Bantah Judi Hari Ini
- Keluarga saksi buat laporan 'cubaan bunuh'
- Pemuda PAS cabar menteri, mufti bantah judi
- Judi, PERKASA: Najib membisu
- Dun Kedah tidak dibubarkan 22 Mei
- Lesen judi - Kuasa BN menghina Islam
- PDRM Akan Perangi Habis-Habisan Judi Piala Dunia
- Bukti bergambar DAP bukan punca keputusan undi pos...
- GAMIS bantah judi "halal" kerajaan.
- Mantan wakil rakyat Umno desak batal judi bola
- ADA JUGA JUDI YANG HALAL???
- Kenapa Umno berani "halalkan" judi?
- Himpunan Besar 3 Julai
- Zionis mengumumkan secara rasmi niatnya untuk meng...
- Himpunan besar-besaran bantah lesen judi 3 Julai
- Najib umpama hero koboi yang suka langgar undang-u...
- HALIM REDZUAN BAKAL BERLEPAS KE GAZA MALAM INI
- BERSIAP SEDIA UNTUK DEMONSTRASI BANTAH JUDI
- Keputusan Undi Pos Melampau
- Kelantan Mendahului Lagi
- Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Kawasan Shah Alam
- PAS anjur protes lesen judi ke Istana Negara
- 'Umno jadikan Malaysia serambi Las Vegas'
- AKADEMI TARBIYYAH PEMUDA SHAH ALAM
- MESYUARAT DACS SHAH ALAM TARIKH : 21.05.2010 (JUMA...
- Ceramah malam terakhir kempen, lonjak undi untuk c...
- 1Malaysia tidak boleh selesai masalah manusia
- Kerjasama erat PAS-PKR-DAP menangkan Pakatan di Sibu
- Judi Bola: Najib masih membisu
- Perhimpunan bantah lesen judi, konsert kecoh
- No title
- Judi bola sepak: PAS, PKR, DAP bantah keras
- Lulus Lesen Judi Bola, Mufti Perak Bidas Najib
- Apabila Najib Menodai Kata-Katanya Sendiri
- Liwat II: Hakim tolak tangguh prosiding, kes semak...
- Semua terbongkar - Anwar
- Melayu Bangkit: Pengerusi sedih, kesal IIM terlibat
- 'BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak'
- KURSUS ASAS PHOTOSHOP
- Tenggiri kita berenang ke Brunei
- Blok L dan M: Tuan Ibrahim mahu saman awam diteruskan
- Setelah kalah hujjah, BN didakwa guna polis di Sibu
- PAS bidas konsert 12 jam tanpa henti
- Presiden PAS ke mahkamah beri sokongan moral untuk...
- Skrip perbicaraan Kes Fitnah Liwat DSAI
- Lesen Judi Piala Dunia Menyanggahi Fikiran Bertamadun
- Anwar: Saiful sahkan Najib telibat
- RM4 juta fitnah, tabung RM20 juta tawan Putrajaya ...
- MAKLUMAN
- PENJELASAN PEGUAM MENGENAI SKANDAL KAPAL SELAM
- KISAH SKANDAL KAPAL SELAM
- Beza arahan dan pandangan peribadi
- Nik Aziz: Najib ceroboh sempadan moral saya
- Saksi nafi Aminulrasyid cuba rempuh polis
- PDRM : MENDEKATI ATAU MENGASARI REMAJA ??
- Polis serbu program belia S'gor, seorang pelajar c...
-
▼
May
(97)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
1 Komen:
tgk polis tu punya jeling mcm samseng kampung dusun jer. Uniform yg dia pakai, rakyat yg bayar tauuuu. Apa dh tak de keja ker kacau program orang. Banyak lg kes2 jenayah, yg pi kacau program PR pe hal.Harap mp2 PR bawak perkara camni ke parlimen. X pasal2 mencemar imej polis yg ikhlas bekerja utk rakyat
Post a Comment