ISU TANAH KTMB DI SINGAPURA
Thursday, May 27, 2010SIDANG AKHBAR
BADAN PERHUBUNGAN PAS JOHOR
27hb. Mei, 2010
ISU PEMBANGUNAN TANAH KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB) DI SINGAPURA MELALUI PERJANJIAN “POINTS OF AGREEMENT (POA)” ANTARA MALAYSIA-SINGAPURA
Baru-baru ini disiarkan berita bahawa Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Sri Najib telah bersetuju dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong untuk menyelesaikan isu tanah KTMB yang telah tertangguh hampir 20 tahun. Kedua-dua Perdana Menteri juga telah bersetuju untuk menyelesaikan beberapa isu yang lain seperti pembinaan Sistem Transit Laju (RTS), pembangunan Bandar Kesihatan, penurunan kadar tol di Link Kedua dan penamatan Perjanjian Air, 1961. Antara beberapa faktor yang perlu diberikan perhatian adalah seperti berikut;
1) KETELUSAN POINTS OF AGREEMENT (POA)
Kandungan POA yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dan Singapura tidak diperincikan kepada rakyat. Kenyataan akhbar bersama yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia dan Singapura hanya menyatakan secara umum perkara yang telah dipersetujui sedangkan persoalan ini membabitkan isu kedaulatan dan kepentingan negara. Ketidaktelusan ini telah mengundang pelbagai spekulasi dan ketidaktentuan dikalangan rakyat Malaysia. PAS Johor mendesak supaya Perdana Menteri mendedahkan secara terpeinci isi kandungan POA yang telah dipersetujui. Antara beberapa persoalan yang timbul adalah seperti berikut;
a) Adakah POA yang digunapakai adalah yang ditantandatangani pada tahun 1990 oleh Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. Ini adalah kerana PAS Johor difahamkan POA 1990 tersebut tidak mendapat persetujuan kabinet pada masa tersebut.
b) Pembangunan tanah KTMB seluas 217 hektar (536.2 ekar) di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands serta 3 lot di Bukit Timah yang diamanahkan kepada sebuah syarikat usahasama M-S Pte. Ltd dimana Khazanah Nasional Berhad memiliki 60% ekuiti dan 40% ekuiti di pegang oleh Temasek Holdings Ltd. PAS Johor mendesak supaya syarikat usahasama yang dimaksudkan adalah dalam kontek 60% ekuiti Khazanah mewakili Nilai Pasaran keseluruhan 217 hektar tanah KTMB di Singapura manakala Temasek Holdings pula hendaklah mengeluarkan modal bersamaan 40% dari Nilai Pasaran tanah KTMB tersebut.
Jika sebaliknya, ekuti 100% (60% + 40%) syarikat usahasama adalah mewakili Nilai Pasaran keseluruhan 217 hektar tanah KTMB, maka PAS Johor menentang usahasama tersebut kerana ia adalah merupakan satu pengkhianatan kepada Negara Malaysia kerana telah menjual kedaulatan dan maruah negara dengan cara memberikan 40% daripada tanah KTMB kepada Singapura melalui Temasek Holdings.
c) Dalam POA juga dinayatakan bahawa tanah keseluruhan KTMB seluas 217 hektar boleh di tukar berdasarkan kepada nilai masing-masing dengan tanah di Marina South dan/atau di Ophor Rochor. Kita curiga tentang proses penilaian dan prosedur yang akan dijalankan nanti bila dilakukan pertukaran tanah KTMB.
2) SISTEM TRANSIT LAJU (RTS)
PAS merasakan bahawa pembinaan RTS yang akan menghubungi Tanjong Puteri dengan Woodlands yang dijangka beroperasi pada 2018 akan memberi kemudahan kepada lebih 40,000 pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura. Dengan adanya RTS ini akan mempercepatkan perjalanan dari kedua-dua Negara. PAS Johor mencadangkan supaya satu syarikat usahasama antara Malaysia-Singapura dengan ekuiti 50:50 ditubuhkan untuk melaksanakan projek ini.
3) PEMBANGUNAN BANDAR KESIHATAN
Persetujuan untuk menubuhkan syarikat usahasama antara Malaysia-Singapura dengan ekuiti 50:50 bagi memajukan kawasan seluas 200 hektar sebagai Bandar Kesihatan. PAS Johor melihat persetujuan ini adalah didorong oleh keputusan perniagaan.
4) PENURUNAN KADAR TOL LINK KEDUA
PAS Johor berpandangan bukan sahaja tol Link Kedua yang diturunkan tetapi bayaran S$20 yang dikenakan bagi setiap kenderaan dimansuhkan. Ini selari dengan tindakan Malaysia yang tidak mengenakan sebarang bayaran kepada kenderaan Singapura yang masuk ke Malaysia. Tindakan pengurangan kadar tol akan dapat meningkatkan penggunaan Link Kedua.
5) PENAMATAN PERJANJIAN AIR, 1961
PAS Johor mendesak supaya bukan sahaja Loji Skudai dan Empangan Gunung Pulai yang diserahkan kembali kepada Malaysia secara percuma tetapi juga Loji Air Sg. Tebrau yang berkeluasa 32 ekar yang hakmiliknya adalah Public Utilities Board (PUB) juga diserahkan kepada Malaysia secara percuma. Desakan ini adalah wajar kerana ketiga-tiga lokasi tersebut Loji Skudai, Empangan Gunung Pulai dan Loji Air Sg. Tebrau adalah merupakan termaktub di dalam Perjanjian Air 1961.
KESIMPULAN
Kerajaan Malaysia hendaklah sentiasa menjadikan kedaulatan Negara Malaysia dan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam memuktamadkan perundingan dengan pihak Singapura.
“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
DATO’ DR. MAHFODZ BIN MOHAMED
Pesuruhjaya PAS Negeri Johor
Melalui
INFO DPPSA
|
pada
10:30 AM
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
▼
2010
(1112)
-
▼
May
(97)
- Kenyataan Media Crisis Management Team - Life Line...
- Tukar kerajaan sebelum negara bankrap
- PAS gesa PM adakan sidang parlimen khas
- SOLAT HAJAT PERDANA
- Konvoi Gaza: 16 mati, kapal dirampas
- Ulama Umno bakar kapal
- Rakyat Malaysia antara diserang kapal perang Israel
- DARI GAZA : ISRAEL MENYERANG KAPAL BANTUAN 2 TERBUNUH
- Sumbangan Beras Dewan Pemuda PAS Shah Alam
- BN GAGAL URUS EKONOMI NEGARA
- Bankrap: Kenapa subsidi jadi alasan
- Harga petrol mungkin dinaikkan 15 sen tahun ini
- Peter Veana, Peserta Konvoi Kemanusiaan ke Gaza Me...
- ISU TANAH KTMB DI SINGAPURA
- Judi bola: JAIS, mufti S'gor dibidas kerana membisu
- Betulkah Selangor luluskan 10 lesen judi untuk I C...
- Samy Vellu bersilamban , UMNO jurus dari belakang.
- Akhirnya...RM6.5 juta untuk Sagong Tasi dan rakan
- Tinggalkan MIC, sertai DHPP
- SEMBANG SANTAI GENERASI IDAMAN SELANGOR
- Sekitar sambutan dewan himpunan ...... (versi tamil)
- K'jaan Pakatan tidak lulus premis judi baru
- Pemuda PAS edar risalah di premis judi seluruh negara
- Pemuda Gerakan sertai himpunan bantah judi
- Tukar tanah KTMB dengan tapak perjudian?
- DHPP ubah pandangan serong bukan Islam terhadap Islam
- Selepas anak muda, Melayu pula jadi sasaran Pemuda...
- 'Kisah Benar' - MP Kapar tak lompat
- "You help me, I help you", SPRM siasat Najib
- Wain: Dr M 'menjengkelkan' pentadbiran Najib
- Kedah utuh, ADUN Pakatan tolak dakwaan lompat
- PAS sedang menyatupadukan semua kaum - Abdul Hadi
- Judi: Mana pemimpin Umno lantang isu kalimah Allah
- Mengapa Najib takut siasat dakwaan Barry Wain
- Lesen judi: Rakyat seluruh negara terus protes
- MB: Tak layak, pulangkan semula rumah
- PAS tetap pertahan empat prinsip utama negara
- Barry Wain: 'Penyelewengan RM100b Dr M disokong bu...
- Rayuan Liwat II: Hakim lucutkan diri
- Demonstrasi Bantahan Judi peringkat Shah Alam
- Takziah : Kematian Ahli Briged Amal Kota raja
- Protes Seluruh Negara Bantah Judi Hari Ini
- Keluarga saksi buat laporan 'cubaan bunuh'
- Pemuda PAS cabar menteri, mufti bantah judi
- Judi, PERKASA: Najib membisu
- Dun Kedah tidak dibubarkan 22 Mei
- Lesen judi - Kuasa BN menghina Islam
- PDRM Akan Perangi Habis-Habisan Judi Piala Dunia
- Bukti bergambar DAP bukan punca keputusan undi pos...
- GAMIS bantah judi "halal" kerajaan.
- Mantan wakil rakyat Umno desak batal judi bola
- ADA JUGA JUDI YANG HALAL???
- Kenapa Umno berani "halalkan" judi?
- Himpunan Besar 3 Julai
- Zionis mengumumkan secara rasmi niatnya untuk meng...
- Himpunan besar-besaran bantah lesen judi 3 Julai
- Najib umpama hero koboi yang suka langgar undang-u...
- HALIM REDZUAN BAKAL BERLEPAS KE GAZA MALAM INI
- BERSIAP SEDIA UNTUK DEMONSTRASI BANTAH JUDI
- Keputusan Undi Pos Melampau
- Kelantan Mendahului Lagi
- Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Kawasan Shah Alam
- PAS anjur protes lesen judi ke Istana Negara
- 'Umno jadikan Malaysia serambi Las Vegas'
- AKADEMI TARBIYYAH PEMUDA SHAH ALAM
- MESYUARAT DACS SHAH ALAM TARIKH : 21.05.2010 (JUMA...
- Ceramah malam terakhir kempen, lonjak undi untuk c...
- 1Malaysia tidak boleh selesai masalah manusia
- Kerjasama erat PAS-PKR-DAP menangkan Pakatan di Sibu
- Judi Bola: Najib masih membisu
- Perhimpunan bantah lesen judi, konsert kecoh
- No title
- Judi bola sepak: PAS, PKR, DAP bantah keras
- Lulus Lesen Judi Bola, Mufti Perak Bidas Najib
- Apabila Najib Menodai Kata-Katanya Sendiri
- Liwat II: Hakim tolak tangguh prosiding, kes semak...
- Semua terbongkar - Anwar
- Melayu Bangkit: Pengerusi sedih, kesal IIM terlibat
- 'BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak'
- KURSUS ASAS PHOTOSHOP
- Tenggiri kita berenang ke Brunei
- Blok L dan M: Tuan Ibrahim mahu saman awam diteruskan
- Setelah kalah hujjah, BN didakwa guna polis di Sibu
- PAS bidas konsert 12 jam tanpa henti
- Presiden PAS ke mahkamah beri sokongan moral untuk...
- Skrip perbicaraan Kes Fitnah Liwat DSAI
- Lesen Judi Piala Dunia Menyanggahi Fikiran Bertamadun
- Anwar: Saiful sahkan Najib telibat
- RM4 juta fitnah, tabung RM20 juta tawan Putrajaya ...
- MAKLUMAN
- PENJELASAN PEGUAM MENGENAI SKANDAL KAPAL SELAM
- KISAH SKANDAL KAPAL SELAM
- Beza arahan dan pandangan peribadi
- Nik Aziz: Najib ceroboh sempadan moral saya
- Saksi nafi Aminulrasyid cuba rempuh polis
- PDRM : MENDEKATI ATAU MENGASARI REMAJA ??
- Polis serbu program belia S'gor, seorang pelajar c...
-
▼
May
(97)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
0 Komen:
Post a Comment