MB: Tak layak, pulangkan semula rumah

Saturday, May 22, 2010
Kerajaan Selangor mununtut semula pemilik rumah kos rendah di Selangor yang tidak layak memulangkan semula rumah unit mereka kepada kerajaan negeri.

"Ini bagi memastikan pengagihan rumah kos rendah dilaksanakan dengan adil dan telus," kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri telah mengenalpasti berlaku pembelian rumah kos rendah oleh pihak yang tidak layak sekitar tahun 1998 di kawasan perbandaran Petaling Jaya.

Menteri besar mendakwa pada ketika itu didakwa tiada dasar yang jelas berhubung pengagihannya.

Katanya, pada tahun tersebut, kuota pembeli rumah kos rendah, 50 peratus diberikan kepada pembeli dari Sistem Pendaftaran Terbuka Berpusat Rumah Kos Rendah (SPTRKR) dan 50 peratus lagi perlu mendapatkan perakuan Jawatankuasa Tanah Daerah (JKTD).

"Ini menyebabkan pengagihan senarai nama pembeli rumah kos rendah pada waktu itu tidak dapat dikawal sepenuhnya oleh LPHS dan telah berlaku penjualan kepada mereka yang tidak layak," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bagaimapun, Abdul Khalid berkata, selepas pembentukan kerajaan baru pada Mac 2008, bagi mengawal keadaan itu, kerana negeri hanya menjual rumah kos rendah kepada pihak yang mendaftar dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sahaja.

"Kerajaan negeri berharap tiada lagi kekeliruan mengenai isu ini. Peraturan baharu yang diperkenalkan kerajaan negeri yang mana 100 peratus nama pembeli rumah kos rendah diambil dari senarai di LPHS. ," kata Abdul Khalid.

Tambahnya, LPHS menetapkan syarat yang ketat, antaranya pendapatan suami isteri tidak melebihi RM2,500 sebulan atau tidak lebih RM5,000 bagi pembelian secara subsale (berdasarkan slip gaji permohon) serta belum mempunyai sebarang rumah di negeri Selangor.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]