Melayu Bangkit: Pengerusi sedih, kesal IIM terlibat

Wednesday, May 12, 2010
Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 12 Mei: Pengerusi Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr Mohd Tap Salleh melahirkan rasa sedih dan kesal sekiranya IIM Terengganu terlibat dengan program perhimpunan ‘Melayu Bangkit’ di Kuala Terengganu, esok.
"Kalau betul program ini akan diadakan dan IIM terlibat, kami sedihlah," katanya selepas menerima memorandum bantahan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berhubung penglibatan IIM Terengganu dengan program itu di pejabatnya di Menara Integriti Jalan Duta, di sini, pagi ini.
Memorandum itu diserahkan oleh Setiausaha DPPP, Kamaruzaman Mohamad.
Beliau juga mengakui baru mengetahui kewujudan Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) dan penganjuran program itu apabila dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Beliau sendiri telah mendapat undangan untuk mendengar pembentangan kertas kerja yang dijadualkan akan dibentangkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tetapi tidak dapat hadir kerana ada urusan lain.
Mohd Tap hanya mengetahui mengenai pembentangan kertas kerja itu dan penglibatan IIM Terengganu dalam program itu tidak termasuk dalam agenda program setahun yang telah ditetapkan oleh IIM.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada DPPP yang menghantar memorandum itu dan berjanji akan membawa perkara itu ke mesyuarat tertinggi IIM untuk diambil tindakan.
Sementara itu, Kamaruzaman berkata, DPPP membantah keras penglibatan IIM sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam program perhimpunan ‘Melayu Bangkit’ anjuran Gertak di Stadium Tertutup Gong Badak esok.
Sehubungan itu, setiausahanya, Kamaruzaman Mohamad mahu IIM memantau IIM Terengganu di atas penglibatan tersebut.
"PAS sebagai sebuah parti yang mendokong semangat perpaduan di antara kaum membantah keras penganjuran program ini dan berharap IIM akan mengambil tindakan kalau boleh membatalkan program ini supaya semangat api perkauman ini dapat dihapuskan terus daripada negara ini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tersebut.
Beliau juga memberitahu, Pemuda PAS Terengganu akan menghantar memorandum kepada IIM Terengganu dan beliau optimis program itu akan dibatalkan.
"Daripada liputan yang dibuat terhadap bantahan kami, saya yakin mereka akan membatalkan program tersebut. Kalau mereka masih ingin meneruskannya, memang mereka tidak bertanggungjawab dan sengaja berniat mencetuskan api perkauman," tegasnya.
Ujarnya, IIM sebagai badan bebas yang bertanggungjawab memastikan moral dan integriti di negara ini tidak wajar dilibatkan dalam program yang bersifat perkauman sedemikian.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]