Nafi sumbangan negeri, Sultan Kedah dukacita

Monday, November 15, 2010
Mohd Shubihi Muhamad Zain   
ALOR SETAR, 14 Nov: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kecewa dengan pihak-pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri membantu mangsa banjir besar baru-baru ini.

"Namun, beta dukacita kerana ada suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Penggal Ketiga, dekat sini, pagi tadi.

Gambar: Pemeriksaan perbarisan PDRM oleh Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika perasmian Sidang Dun Kedah.

Sementara itu, baginda juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang dana, saling membantu dan bekerjasama memberi bantuan tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik semasa negeri menghadapi bencana banjir terburuk itu.

PAS anjur seminar 'sedia ganti Umno'

Friday, November 12, 2010
KUALA LUMPUR, 12 Nov: Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat akan mengadakan satu seminar esok bagi membincangkan persediaan PAS untuk menggantikan Umno dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad, seminar "PAS sedia ganti Umno" itu terbuka kepada ahli merangkumi pimpinan pusat, dewan harian, pimpinan negeri, kawasan dan cawangan termasuk ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari parti itu.

"Kita sudah menghantar jemputan kepada semua pimpinan pusat, ahli Parlimen, Adun, dewan harian, negeri, kawasan dan cawangan untuk menghadiri seminar esok," kata Idris kepada Harakahdaily.

Seminar yang akan berlangsung sehari di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor itu bertujuan menanamkan keyakinan kepada ahli bahawa PAS sudah bersiap sedia menggantikan Umno pada PRU 13 selain membentangkan agenda bertindak parti bagi mencapai matlamat itu.

Skandal PKNS: Khalid arah siasat, PAS nafi sabotaj Pakatan

Thursday, November 11, 2010

Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menubuhkan jawatankuasa audit profesional untuk menyiasat pendedahan Adun Hulu Klang Saari Sungib bahawa wujud salah guna kuasa dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) termasuk menaja jamuan majlis perkahwinan angkasawan negara bulan lalu.
“PKNS sudah ada perjanjian integriti, jadi kita sudah tubuhkan satu jawatankuasa audit profesional di MBI (Perbadanan Menteri Besar Selangor),” kata Menteri Besar Selangor pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Apa rosak RM65 juta ubahsuai Seri Perdana

Wednesday, November 10, 2010
KUALA LUMPUR, 10 Nov: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar terus mempersoal tindakan kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM65 juta untuk pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana di Putrajaya.

Mahfuz sewaktu berbahas di Dewan Rakyat petang semalam berkata, peruntukan yang begitu tinggi itu amat tidak wajar hanya untuk mengubah suai kediaman Perdana Menteri yang masih dalam keadaan baik.

"Kenapa peruntukan yang begitu tinggi ini diberikan kepada hal yang tidak sepatutnya? Setiap kali belanjawan, ada peruntukan untuk ubah suai kediaman Perdana Menteri.

Loke: Belanja perjalanan menteri bercanggah

Jawapan bertulis terbaru Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berhubung butiran perjalanannya adalah RM300,000 kurang daripada jawapan yang hampir sama diberikan dua minggu sebelum ini.

Ahli parlimen Rasah, Anthony Loke berkata percanggahan jawapan Ng semalam berhubung butiran perbelanjaan perjalanannya bagi Januari sehingga Oktober adalah RM1.28 juta tetapi jawapannya kepada MP Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat pada 28 Oktober lalu hanya mencatatkan jumlah RM1.58 juta.

"Terdapat perbezaan RM300,000... Adakah kerana menteri terlalu letih dengan penerbangan sehingga dia baca angka yang salah?” perlinya.

Ng sebelum ini sering-kali menjadi bidasan ahli parlimen pembangkang di Dewan Rakyat yang menuntut jawapan berhubung lawatan luar negara yang didakwanya bagi mempromosi Malaysia.

Beberapa ahli parlimen menuntut menteri pelancongan itu memberikan butiran terperinci perbelanjaannya, khususnya ketika ke New Zealand dan Australia yang menelan belanja RM245,000.

MISI BANTUAN BANJIR KEDAH PAS SHAH ALAM

Monday, November 8, 2010
Misi Bantuan Banjir ke Kedah Oleh PAS Kawasan Shah Alam mengalami saat sukar apabila terpaksa menolak lori 3 tan yang sarat dengan barangan bantuan sejauh 100 meter. Saat mencabar tersebut bagaimanapun tidak mematahkan semangat sukarelawan PAS Shah Alam untuk menyampaikan bantuan di Changlun dan Padang Terap. Misi kedua akan digerakkan secepat mungkin setelah jumlah bantuan telah mencukupi untuk memenuhi satu misi.

Angkara Penipuan BN Semasa Banjir 2005, Peniaga Serik Mohon Bantuan

JITRA: Peniaga di Pekan Jitra 2 di sini, serik untuk mendaftarkan diri dalam senarai mangsa-mangsa terbabit banjir kerana pernah tertipu apabila mengalami pengalaman mengecewakan selepas banjir besar pada 2005.

Low Poh Wan, 47, berkata selepas terbabit banjir besar lima tahun lalu, peniaga-peniaga diminta membuat laporan serta mendaftarkan nama mereka bagi membolehkan bantuan kewangan disalurkan untuk meringankan bebanannya.

"Tunggu punya tunggu apa pun tak dapat, sekarang saya sudah malas lagi mahu mendaftar, tak guna daftar kalau kena tipu macam tu, tak dapat apa-apa pun," katanya ketika ditemui di premisnya di pekan Jitra 2, di sini hari ini.

rEHAT mINDA

Jumpa kat facebook... saja-saja nak rehat minda...

Banjir: Selangor sumbang RM100 ribu pada Kedah

SHAH ALAM, 6 Nov: Kerajaan Negeri Selangor meluluskan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Kerajaan Negeri Kedah bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.
Bantuan itu diluluskan dalam mesyuarat Exco baru-baru ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali (gambar) kepada Harakahdaily.
"Saya sendiri akan menyerahkan RM40,000 di pejabat SUK Kedah tengah hari esok sebagai pendahuluan," katanya.
Sementara itu, PAS menganggap kenyataan Tan Sri Muhyidin Yasin satu fitnah apabila mengatakan kerajaan Kedah tidak buat apa-apa terhadap mangsa banjir di negeri itu.
Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, tinjauan beliau di kawasan mangsa banjir di mana  petugas PAS dan kerajaan negeri bertungkus lumus membantu tanpa mengira ideologi parti dan agama.

Banjir: BN berlakon, tuduh melulu, kata PAS

Kerajaan negeri Kedah telah memperuntukkan hampir RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di samping RM500,000 daripada wang zakat yang diumumkan Sultan Kedah semalam.

Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, soal kerajaan negeri tidak membantu mangsa banjir tidak berbangkit langsung di negeri ini.

"Yang menjadi masalah adalah media yang tidak membuat liputan untuk kerajaan negeri," kata beliau.

Kerajaan negeri, katanya, telah menubuhkan Bilik Gerakan Banjir peringkat negeri dan daerah.

Di peringkat negeri ia diketuai oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri manakala di daerah di ketuai Pegawai Daerah.

"Memandangkan SUK di Mekah, Timbalan SUK, Datuk Haji Ahmad Mat Isa yang ketuai operasi ini," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily.

Selain jentera kerajaan, NGO dan parti politik khasnya PAS dan Pakatan Rakyat juga terlibat.

"Dakwaan Shahrizat Jabatan Kebajikan Masyarakat agensi pusat tak betul. Pengarahnya staff kerajaan negeri. Ia agensi bersama," katanya.

Banjir: Shahrizat jangan bermain politik

Saturday, November 6, 2010
ALOR SETAR, 6 Nov: Tatkala lebih 40,000 mangsa banjir perlu meninggalkan tempat tinggal mereka akibat krisis banjir yang paling teruk dalam sejarah negeri Kedah, ada juga pemimpin daripada Barisan Nasional yang cuba mengambil kesempatan untuk bermain politik.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyatakan rasa kesal terhadap sikap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang cuba mempolitikkan krisis banjir di Kedah dengan menyalahkan kerajaan PAS Kedah lembap dalam membantu mangsa banjir.
“Saya kesal dengan kenyataan Datuk Shahrizat, yang blame (mempersalahkan) kerajaan negeri (Kedah) tidak membuat apa-apa dan kerajaan negeri lembap – itu satu kenyataan yang sangat melampau,” ujar Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily.

ADUN Sekinchan dakwa dipukul ahli Umno

Thursday, November 4, 2010
ADUN Sekinchan Ng Suee Lim hari ini membuat laporan polis, mendakwa beliau diserang dan dipukul oleh sekumpulan orang yang disyakinya ahli Umno Tanjong Karang.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Kuala Selangor pada jam 1.30 petang tadi.

Menceritakan insiden tersebut, Ng mendakwa beliau bertemu dengan petani di kunci air Sawah Sempadan di Tanjong Karang kira-kira jam 11.35 pagi "untuk mendengar rintihan harga jualan padi yang rendah dan potongan basah yang terlalu tinggi".

"Maka petani menjemput saya turun ke kawasan tersebut untuk mengenal pasti keadaaan sebenar.


"Apabila saya sampai dan turun dari kereta dan sempat bersalaman dengan tiga orang petani, saya telah dikepong oleh sekumpulan yang (di)syaki ahli Umno bahagian Tanjong Karang menghalang dan menghalau saya balik dan mereka berkata ini bukan kawasan YB.

"Oleh kerana keadaan tidak terkawal dan beredar ketika itu, saya diserang dan dipukul, kepala ditumbuk, perut ditendang dan tangan dipukul," laporan polis itu dipetik.

Ng mendakwa semasa kejadian tersebut, ketua kampung Ampangan dari PAS Hamidon Salim turut bersamanya.

Dalam laporan itu Ng turut mendakwa dua pembantunya turut dipukul dan kereta milik pengiringnya kemik di pintu belakang.

Pengundi jumpa kertas undi tanpa lambang

Harakahdaily   
GUA MUSANG, 4 Nov: Agak mengejutkan proses pembuangan undi di Dun Galas hari ini dikejutkan apabila ada kertas undi tanpa logo parti dikenalpasti di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Kampung Baru.

Perkara itu didedahkan isteri calon PAS, Zainab Jalar apabila kertas undinya tidak tercetak lambang parti.

"Ketika membuang undi, saya mendapati kertas undi yang diberikan kepada saya tidak mempunyai simbol parti politik yang bertanding.

"Sebaliknya ia hanya mempunyai nama calon sahaja," katanya ketika ditemui di sini.

Ekoran insiden tersebut beliau segera menghubungi jentera pilihan raya PAS memaklumkan perkara itu bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Beliau berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pasukan peguam PAS yang berada di unit peti undi Kampung Baru.

Seorang peguam, Hisyam Fauzi berkata, perkara  ianya masih berada pada peringkat siasatan dan laporan kepada urusetia Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibuat bagi mengelakkan masalah itu tidak berulang di pusat pengundian lain.

"Setakat ini tiada sebarang jaminan yang diberikan oleh pihak SPR," katanya.

Menurut beliau setakat ini pihaknya  menerima dua aduan mengenai masalah terbabit dan salah satu daripadanya telah dilaporkan kepada pihak polis.

Ia terdiri daripada satu kertas undi di unit peti undi Sungai Terah serta UPU Kampung Baru.

Penilaian 'tangan syaitan' Mohd Nor tak normal

Merujuk kenyataan bekas calon BN, Ustaz Mohd Nor Idris mengenai YAB Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Aziz Nik Mat:

"Apabila dia hulur tangan itu, solah-olah saya nampak tangan itu tangan syaitan...dengan kasyaf saya, tangan dia itu macam tangan syaitan yang dihulurkan kepada saya. Jadi saya tidak sambut tangan dia, saya tidak mahu jamah (pegang) tangan syaitan". (Malaysiakini)

Saya melihat perlu perkara ini diulas, agar tidak menjadi ikutan atau pegangan sesetengah pihak. Walaupun itu merupakan kenyataan peribadi, tetapi apabila disiarkan dalam media, saya rasa terpanggil untuk memberikan pandangan.

Banjir semakin buruk, jumlah mangsa lebih 41 ribu

Angka penduduk yang dipindahkan kerana banjir di negeri-negeri utara Semenanjung dilaporkan terus meningkat manakala keadaan banjir pula dikatakan semakin buruk.
Di Kedah, jumlah mangsa meningkat kepada lebih 28,000 orang pagi ini berbanding sekitar 27,000 malam semalam, ekoran keadaan yang semakin buruk di empat daerah.
Jumlah mangsa banjir di Perlis pula terus meningkat hari ini dengan mangsa yang dipindahkan sebanyak 13,723 orang.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Perlis berkata angka itu meningkat berbanding lebih 11,000 mangsa yang ditempatkan di lebih 40 pusat pemindahan semalam.
Keadaan banjir di Rantau Panjang, Kelantan setakat 8 pagi ini pula tidak berubah dengan jumlah mangsa yang berada di tiga pusat pemindahan di sini kekal 475 orang.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata, semua mereka yang membabitkan 121 keluarga itu ditempatkan di stesen kereta api lama, Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi dan Sekolah Kebangsaan Tok Deh.

Pejabat Agung PAS terbakar



Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Ketika para petugas PAS sibuk menjalankan tugas mereka di Batu Sapi, tingkat 1 Pejabat Agung PAS yang terletak di Jalan Raja Laut terbakar sehingga ke tingkat bawahnya.

Bagaimanapun kebakaran itu tidak merebak ke seluruh bangunan dan berjaya dikawal oleh Bomba dan Penyelamat.

Banjir Di Utara : Unit Amal Shah Alam Turun Ke Kedah

Wednesday, November 3, 2010
Unit Amal Shah Alam akan menurunkan seramai mungkin tenaga untuk membantu kerja-kerja kebajikan di lokasi banjir teruk yang sedang melanda utara negara ini. Negeri yang bakal dibantu kali ini adalah Kedah darul Aman. menurut penyelaras Unit Amal Shah Alam, Sdr Muammar rombongan unit amal Shah alam akan bertolak pada petang sabtu dan dijangka memulakan tugas pada pagi Ahad sehingga tengaharinya dan akan bertolak pulang selepas Zohor. Rombongan ini juga akan membawa bantuan barangan yang mampu dibawa untuk meringankan beban mangsa banjir di Kedah. Jesteru beliau memohon kepada seluruh ahli DPPSA dan masyarakat sekeliling yang ingin menyumbang khidmat tenaga dan kewangan agar turut terlibat sama dalam misi kali ini. Sdr Muamar dapat dihubungi melalui talian 0192729335.

Nik Aziz beri wang zakat tapi dituduh merasuah

Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya sebagai rasuah seperti didakwa.

Katanya, beliau telah menyemak dengan setiausaha politik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu itu.

"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat.

"Tak kan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS di Gua Musang hari ini.

Katanya lagi, Suruhanjata Pilihan Raya (SPR) perlu bersikap terbuka dalam isu tersebut.

"Jangan kalau Tok Guru ada beri duit sikit, dianggap rasuah, jangan rakyat tengok SPR ini memihak.

Ini zakat bukan rasuah. Utusan itu suka kelirukan orang, ini memang sikap mereka.

"Tapi saya rasa ia beri kelebihan kepada PAS, kerana bila orang baca mereka akan marah dan anggap ia bohong," katanya.

Expo Cheng Ho bakal julang Kelantan

 

Ekspo Cheng Ho , 21- 26 November 2010,Kota Bharu, Kelantan

www.chenghoexpo.net 

SIAPA sangka suatu hari nanti Kelantan Darul Naim akan lebih dikenali di China daripada negara Malaysia sendiri?

Jangan salah faham, bukan Kelantan hendak bersaing dengan Malaysia sebagai sebuah negara.

Tetapi Kelantan sudah mula meletakkan dirinya sebagai 'leading state' sebagai hab utama pelancongan, perdagangan, produk makanan halal, kesenian, perubatan dan pendidikan yang berasaskan Islam dalam negara.

Bolehkah impian ini direalisasikan? "Sudah tentu, saya berkeyakinan kita akan berjaya menarik kuasa pasaran, peniaga dan pelancong yang ramai sempena Expo Cheng Ho yang akan diadakan pada 21 hingga 26 November depan," kata Dato' Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Melaka Maju: Ali Rustam didakwa tipu rakyat?

Tuesday, November 2, 2010
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam diminta membuat penjelasan tentang kenyataan Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) yang menafikan badan tersebut mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju.

Sebelum ini, kerajaan negeri Melaka mendakwa OECD sebagai badan bebas telah memberikan pengiktirafan bahawa Melaka telah mencapai status negeri maju pada 20 Oktober lalu.

Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS negeri, Yusof Wahab berkata perkara itu adalah serius kerana membabitkan imej kerajaan negeri dan maruah rakyat negeri Melaka.

"Mana mungkin kerajaan negeri mengisytiharkan Melaka negeri maju tanpa black and white dari badan bebas itu, ini dah kira masuk bakul angkat sendiri,” katanya.

Harga Petrol Ron 97 naik 5 sen

Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai esok. Berikutan itu, harganya kini RM2.15 seliter, demikian menurut laporan.
.
Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah.

Ini adalah kenaikan pertama harga minyak selepas kenaikan "5-dalam-1" pada 15 Julai tahun ini, yang bertujuan untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan.

Pemotongan subsidi merupakan sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi untuk barangan keperluan seperti yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala.

Tiga negeri dilanda banjir

Monday, November 1, 2010
Kira-kira 1,000 penduduk di tiga buah negeri - Perlis, Kedah dan Terengganu - dipindahkan setelah rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat yang berterusan semalam.

Kira-kira 1,000 penduduk di tiga buah negeri - Perlis, Kedah dan Terengganu - dipindahkan setelah rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat yang berterusan semalam.

Di Kedah, seramai 730 penduduk daripada 195 keluarga di 18 kampung di daerah ini dipindahkan setelah rumah mereka dinaiki air akibat hujan berterusan sejak semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Daerah Padang Terap, Nurul Aziati Ahmad Salmi berkata semua mangsa dipindahkan bermula 7 pagi tadi dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat, polis dan Jabatan Pertahan Awam.

Antara kampung yang terlibat ialah Mani A, Mani B, Mani C, Tanjung, Labi, Kuala Janing, Felcra Tualak, Bendang Raja serta Padang Sanai.

Sebanyak 16 pusat pemindahan telah dibuka antaranya di dewan kampung Mani A, surau kampung Mani B dan Mani C, dewan Felcra Tualak, dewan Kampung Padang Sanai, bangunan Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), masjid Kampung Labi, masjid Kampung Tanjung serta masjid Bendang Raja.

mudah-mudahan jadi contoh....

Rosmah pemangku PM ???

Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri.

"Saya keliru. Jika PM tidak sihat, bukankah sepatutnya timbalan perdana menteri yang mewakili beliau dan kerajaan, dan bukan Rosmah? Atau dia (Rosmah) pemangku PM," kata Malik Imtiaz Sharwa seorang peguam terkenal dalam twitternya.

Semalam, Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield.

UMNO CUBA MENIPU DI GUA MUSANG

PPR : Ahmad Maslan perbetul harga mee segera yang diumum Muhyiddin
23 Zulkaedah 1431H. Projek mee segera yang diumumkan oleh Muhyiddin di Galas beberapa hari sebelum penamaan calon iaitu Projek Perumahan rakyat (PPR) dilihat banyak pepincangan dengan fakta bercanggah antara pimpinan UMNO itu sendiri.

Terkini Ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata kos sebanyak RM180 juta untuk Projek Perumahan Rakyat Gua Musang yang diumumkan pada 24 November lalu hanyalah kos anggaran dan mungkin melibatkan beberapa fasa.

Katanya, projek pembinaan sebanyak 1,500 unit rumah itu juga berharga RM80,000 dan bukannya melebihi RM100,000 seperti yang dipertikaikan exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa.

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]