Tiga negeri dilanda banjir

Monday, November 1, 2010
Kira-kira 1,000 penduduk di tiga buah negeri - Perlis, Kedah dan Terengganu - dipindahkan setelah rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat yang berterusan semalam.

Kira-kira 1,000 penduduk di tiga buah negeri - Perlis, Kedah dan Terengganu - dipindahkan setelah rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat yang berterusan semalam.

Di Kedah, seramai 730 penduduk daripada 195 keluarga di 18 kampung di daerah ini dipindahkan setelah rumah mereka dinaiki air akibat hujan berterusan sejak semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Daerah Padang Terap, Nurul Aziati Ahmad Salmi berkata semua mangsa dipindahkan bermula 7 pagi tadi dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat, polis dan Jabatan Pertahan Awam.

Antara kampung yang terlibat ialah Mani A, Mani B, Mani C, Tanjung, Labi, Kuala Janing, Felcra Tualak, Bendang Raja serta Padang Sanai.

Sebanyak 16 pusat pemindahan telah dibuka antaranya di dewan kampung Mani A, surau kampung Mani B dan Mani C, dewan Felcra Tualak, dewan Kampung Padang Sanai, bangunan Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), masjid Kampung Labi, masjid Kampung Tanjung serta masjid Bendang Raja.

"Ada juga menumpang rumah jiran dan mendirikan khemah sementara di kawasan yang tidak dinaiki air dan jumlah mangsa mungkin meningkat kerana hujan masih turun," kata Nurul Aziati ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata bacaan paras air Sungai Kuala Nerang telah melepasi paras bahaya iaitu 19.01 meter berbanding paras bahaya 17.07 meter manakala tiga lagi sungai berada pada paras berjaga-jaga iaitu Sungai Padang Sanai di paras 35.89m (paras bahaya 36m), Sungai Kubu di paras 12.41m (paras bahaya 13.02m) dan Sungai Naka di paras 31.2 (paras bahaya 33m).

Di daerah Jitra, 10 rumah di Kampung Lahar, Lubuk Ipoh, Perupok dan Malau dinaiki air kira-kira 1.5 meter.

Pengerusi JKKKP Kampung Lahar, Ahmad Ishak berkata banjir berpunca dari air kawasan tadahan Bukit Wang yang melimpah dan mengalir ke kawasan penduduk dan beberapa jalan utama kira-kira 8 pagi tadi.

"Kejadian berlaku terlalu cepat hingga menyebabkan ada di kalangan penduduk tidak sempat untuk menyelamatkan barang masing-masing.

"Sehingga kini tiada perpindahan penduduk dilakukan dan jika paras air makin naik penduduk akan segera dipindahkan ke pusat penempatan banjir," katanya dan menambah setakat 2 petang tadi, tiada pusat penempatan yang dibuka.

Tinjaun Bernama mendapati jalan utama yang menghubungkan Jalan Lubuk Ipoh ke Jitra terputus dan tidak sesuai untuk dilalui kenderaan ringan.

Sawah padi yang baru diusahakan turut musnah ditenggelami air.

Seorang mangsa, Jamaliah Nanyan, 72, berkata sewaktu air mula naik dia ketika sedang berada di ladang getah berhampiran rumahnya bagi memungut hasil torehan semalam.

Setelah dimaklumkan mengenai banjir yang berlaku, dia terus bergegas pulang kira-kira pukul 9 pagi tadi.

"Semua barang yang ada dalam rumah mak cik habis rosak sebab tak sempat nak selamatkan semuanya kerana air naik dengan cepat sedalam 1.5 meter," katanya.

Di Pokok Sena, dua jalan utama yang menghubungkan daerah itu dengan Kuala Nerang dan Bukit Pinang dinaiki air dan telah ditutup kepada kenderaan ringan.

Difahamkan, setakat 2.30 petang masih belum ada mangsa yang dipindahkan.

Di Perlis, hujan lebat berterusan selama lebih 24 jam menyebabkan beberapa kawasan di utara Perlis dilanda banjir sejak malam tadi.

Sehingga 12.30 tengah hari ini, seramai 286 mangsa daripada 117 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, pusat-pusat pemindahan dibuka di Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup, Sekolah Menengah Datuk Jaafar Hassan dan Dewan Orang Ramai Titi Tinggi Hilir.

Hujan masih turun di seluruh Perlis dengan pasukan penyelamat bersedia untuk memindahkan lebih banyak mangsa.

Tinjauan mendapati kerja-kerja memindahkan mangsa sedang dilakukan dan antara kawasan yang teruk terjejas ialah Titi Tinggi, Panggas dan Batu Bertangkup.

Beberapa batang jalan raya juga dinaiki air termasuk Jalan Kaki Bukit di kawasan Beseri dan jalan Titi Tinggi.

Kesemua enam pintu pelepasan air di Empangan Timah Tasoh telah dibuka ekoran paras air di empangan itu yang meningkat.

Di Terengganu, beberapa buah kampung terutamanya yang terletak di kawasan rendah serta beberapa buah sekolah di Hulu Besut dan Jerteh dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang melanda sejak semalam.

Banjir juga menyebabkan jalan antara Jerteh ke Bukit Payong di Hulu Besut terputus apabila jalan di Gertak Jerbong di Kampung Pasir Akar
ditenggelami air antara 0.3 hingga 1 meter pagi tadi dan tidak boleh dilalui kenderaan kecuali kenderaan berat.

Bilik Gerakan Banjir, Ibu Pejabat Polis di Kampung Raja yang dihubungi memberitahu, seramai 40 penduduk dari 10 keluarga di Kampung Dalam Umar di Tok Renek terpaksa dipindah ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Anak Ikan, Tok Dor malam tadi apabila rumah mereka dinaiki air.

Mereka bagaimanpun telah pulang semula tengah hari tadi setelah paras air di kawasan rumah mereka surut.

Tinjauan Bernama ke beberapa kawasan mendapati beberapa buah sekolah turut digenangi air pagi tadi ekoran limpahan air parit.

Antara sekolah yang digenangi air sedalam antara 0.2 hingga 0.3 meter ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Akar di Hulu Besut, SK Tanah Merah dan SK Bukit Puteri di Jerteh, SK Gong Bayor di kawasan Raja dan SK Kampung Nangka di Kuala Besut.

Sementara itu paras air Sungai Besut di tiga lokasi penyukat banjir di Ampangan Jajar, Sungai Jerteh dan di Kampung Raja dilaporkan masih berada di paras biasa.

- Bernama

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]