Pas terima ‘hadiah’ RM4 bilion mengarut – Exco

Wednesday, September 22, 2010
Pihak yang tampil menerima replika cek berjumlah RM4 bilion daripada syarikat I’DA World Group Sdn Bhd di sini malam kelmarin menjelaskan kehadiran di majlis itu tidak mewakili Menteri Besar seperti dilaporkan.
Nik Din Nik Mat adik kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kehadiran di majlis berkenaan di atas kapasiti peribadinya sendiri setelah menerima jemputan.
“Saya tidak mewakili Menteri Besar di majlis berkenaan. Malah saya juga terkejut tiba-tiba dipanggil untuk menerima replika cek terbabit.

“Memang Ayah Din tak tahu menahu tentang perkara itu, Ayah Din pergi hanya memenuhi jemputan, siapa Ayah Din untuk mewakili kerajaan negeri dan Menteri Besar,” katanya ketika dihubungi di sini.
Akhbar hari ini, menyiarkan gambar Nik Din menerima replika cek berjumlah RM4 bilion yang ditulis atas nama Parti Islam Semalaysia (PAS) yang diserah Pengerusi Eksekutif I’DA World Group Sdn Bhd, Abdul Rahim Abdul Wahab.
Berita Terdahulu
Kerajaan negeri menyifatkan dakwaan Pengerusi Eksekutif I’DA World Group Sdn. Bhd. (I’DA World), Abdul Rahim Abdul Wahab bahawa pihaknya telah memberikan ‘hadiah’ wang tunai berjumlah RM4 bilion kepada Pas Kelantan sebagai mengarut dan tidak masuk akal.
Keratan Akhbar Berita Harian 21 September 2010

- Laporan Berita harian 21 September 2010 di bawah. Exco kerajaan negeri yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri tidak pernah diberitahu mengenai sumbangan itu malah kesahihan wang tersebut juga belum dibuktikan.
Tambahnya, jumlah pelaburan RM1 trilion oleh syarikat itu yang didakwa telah diluluskan kerajaan negeri dan akan dimulakan 15 November ini juga tidak boleh diterima memandangkan ia tidak pernah diberitahu dalam mesyuarat Exco.
“Kita memang tidak tahu, kerajaan negeri tidak tahu begitu juga dengan parti sendiri malah saya tidak pernah menerima jemputan ke majlis tersebut.
“Ini semua mengarut siapa mahu bagi RM4 bilion, nak ambil dari mana duit itu. Mana ada orang bagi duit kepada parti sebanyak itu di depan orang ramai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – Sumber Utusan Malaysia
Berita Harian hari 21 September 2010 melaporkan:
RM4b bukan balas jasa dapat projek
KOTA BHARU: Sebuah syarikat tempatan mengumumkan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan atas alasan untuk membantu kerajaan negeri membangunkan prasarana beberapa jajahan yang mundur di negeri ini.

Pengerusi Eksekutif I’DA World Group Sdn Bhd (I’DA World), Abdul Rahim Abdul Wahab, mendakwa sumbangan itu bukan membalas ganjaran diberikan Kerajaan Kelantan kepada syarikat itu membangunkan projek di Tumpat, Kelantan, yang bernilai lebih RM300 bilion. Sumbangan I’DA World ini tidak ada kena mengena dengan projek diperoleh syarikat daripada kerajaan negeri yang bernilai lebih RM300 bilion, malah ia lebih kepada membantu membangunkan beberapa jajahan di negeri ini seperti pekan Rantau Panjang, yang kelihatan mundur dan memerlukan bantuan untuk pembangunan, katanya. Beliau memberitahu pemberita selepas majlis pelancaran projek dan makan malam I’DA World yang dihadiri lebih 200 tetamu di Hotel Renaissance di sini, malam kelmarin. Bagaimanapun, tiada kenamaan selaku wakil kerajaan negeri hadir pada majlis itu.
Sempena majlis itu, I’DA World turut menyampaikan surat pelantikan kepada lebih 100 kontraktor yang dipilih untuk melaksanakan dengan projek yang dibangunkan firma terbabit.
Sejurus penyampaian surat pelantikan kontraktor itu selesai, Abdul Rahim membuat kejutan apabila mempamerkan replika cek memaparkan nilai RM4 bilion atas nama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) selepas pengacara majlis membuat pengumuman mengenai sumbangan firma itu kepada Kerajaan Pas Kelantan.
Berdasarkan taklimat yang disampaikan pada majlis itu, I’DA World dengan modal berbayar RM1 juta mendakwa mempunyai aset lebih AS$2 trilion.
Firma itu bercadang membangunkan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) di Tumpat, dengan anggaran kos pembangunan RM313.71 bilion, selain beberapa projek membabitkan empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan membabitkan kos keseluruhannya RM1 trilion.
Antara projek yang mahu dilaksanakan termasuk pembinaan lebuh raya Link Timur-Barat (EWL) yang turut dilengkapi dengan saluran minyak dari Tumpat ke Yan, Kedah; landasan kereta api berkembar dan beberapa terowong pintas melalui Banjaran Titiwangsa.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]