Presiden PAS luang masa kunjungi Maha 2010

Wednesday, December 1, 2010
Nazri & Wan Nordin Foto: Wan Zahari   
SERDANG, 30 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan isteri, Toh Puan Seri Zainab Awang Ngah hari ini meluangkan masa melawat tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) 2010.
Turut serta ke pameran yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan isteri.
Mereka tiba di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi, dan meluangkan masa hampir tiga jam melawat tapak pameran.
Kehadiran mereka disambut oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, timbalannya, Datuk Johari Baharom dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi FAMA, Nordin Ahmat di dewan khas.
Mereka kemudian diberi penerangan mengenai penganjuran MAHA kali ini.
Selepas itu mereka dibawa ke Laman Jentera sebelum dipertontonkan persembahan aksi lasak bagaimana koboi menumbangkan lembu liar.
Pertunjukan hebat itu dilakukan sekumpulan penunggang Rodeo profesional dari Australia Bushmen’s Campdraft and Rodeo Association Ltd (ABCRA) yang didatangkan khas untuk pameran MAHA.

Selepas menyaksikan pertunjukan bahaya itu, mereka kemudiannya pula dibawa melawat ke kawasan laman sayuran.
Di sini, rombongan Tuan Guru Abdul Hadi bertembung dengan rombongan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kesempatan itu diguna dengan saling bertanya khabar dan berkongsi cerita tentang sayur-sayuran.
Setelah berada di situ hampir 10 minit, mereka kemudiannya dibawa melawat ke kawasan laman penternakan sebelum dijemput menikmati jamuan khas yang disediakan oleh MOA.
Selesai menikmati juadah yang disediakan, mereka kemudian mengakhiri sesi lawatan dengan berkunjung ke bazar agro di dewan pameran.
Pameran MAHA bertemakan `Inovasi Pertanian Pemangkin Pembangunan’ akan berlangsung sehingga 5 Disember ini.

2 Komen:

Ahli Pas s alam said...

bagus lah yer! Kawan dalam pakatan kita buat kongres tak der lak masa nak datang, harap2 tak der ler nak kena jadi macam lembu dalam kandang tu yer.

lebai sec 20 said...

ALAH! KAN DI SAMBUT MACAM VVIP OLEH NOH OMAR SAMSENG KAMPUNG DUSUN,KALO DATANG KONGRES PKR MANA ADA GLAMOR ,ENTAH2 DAH RASA MACAM MENTERI MEREKA BERDUA NI?
ALAHAI MACAM MANA LA NAK JADI PERDANA MENTERI TAK MESRA RAKYAT LANGSUNG.
KESIAN AHLI PAS DAPAT PEMIMPIN MACAM NI?
LEBEH MESRA NGAN UMNO DARI MESRA PAKATAN.

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]