Ketepikan perbezaan ideologi, konvensyen berjaya fokus agenda bersama

Wednesday, December 22, 2010
Sepanjang seminggu lalu, rancangan Pakatan Rakyat untuk tidak membincangkan isu negara Islam dalam konvensyen kedua di Kepala Batas, Pulau Pinang dimanipulasi oleh Umno sebagai satu bukti kelemahan PAS dalam Pakatan.
Menurut kenyataan pemimpin-pemimpin Umno dan blog-blog penyokong parti itu, PAS telah mengkhianati perjuangan Islam apabila membiarkan agenda penting parti itu tidak menjadi sebahagian agenda konvensyen Pakatan.
Hal ini jelas satu penyelewengan fakta oleh Umno yang tidak memahami persepakatan dalam Pakatan.
Hakikat bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilapor menyebut perkara itu menambah lagi keseronokan Umno untuk memainkan isu itu.

Anwar dikemukakan oleh Umno sebagai memperkudakan parti-parti Pakatan dan kenyataan itu ditafsir terus oleh Umno sebagai penolakan agenda negara Islam oleh Anwar.
Penerimaan agenda negara Islam, satu asas perjuangan PAS sebagai gerakan Islam bukan isu dalam konvensyen Ahad lalu.
Pakatan telah memilih untuk tidak membincangkan perkara-perkara asas perjuangan parti komponen dalam konvensyen.
Ini bermakna agenda negara Islam PAS tidak menjadi halangan kepada perjuangan Pakatan, dan tidak menghalang kesepakatan dicapai sehingga berjaya mengadakan konvensyen untuk kali kedua.
Konvensyen kedua telah memutuskan untuk membincangkan agenda-agenda bersama, seperti yang dipersetujui pada konvensyen pertama di Shah Alam, Selangor tahun lepas.
Selepas lebih dua tahun wujud sebagai sebuah gabungan parti yang beraspirasi menggantikan kerajaan Barisan Nasional, Pakatan telah semakin matang menangani soal ideologi.
Parti-parti Pakatan tidak memaksa rakan-rakan lain menerima ideologi parti lain dalam gabungan, dan menyedari perbezaan-perbezaan setiap parti.
Sebagai rakan dalam sebuah pakatan, parti-parti anggota menyedari keperluan menghormati satu sama lain, menyedari wujud perbezaan mendasar antara setiap parti dengan parti yang lain.
Pemerhatian Harakahdaily terhadap konvensyen hujung minggu lalu menolak apa yang dikempen oleh Umno itu.
Pakatan telah mempersetujui agenda-agenda bersama, yang telah ditandatangani sebelum konvensyen Ahad, 19 Disember lalu.
Tidak seperti sebelum ini, ketika isu perbezaan masih menghambat Pakatan, gabungan tiga parti ini kini telah matang dan tidak membenarkan lagi perbezaan menjejaskan kesatuan Pakatan.
Konvensyen di Kepala Batas tempoh hari juga telah menunjukkan satu perkembangan positif hubungan PAS dengan DAP, dua parti yang paling cenderung untuk berselisih dalam hal ideologi.
Ucapan pemimpin kanan DAP Karpal Singh yang menyatakan perjuangan negara Islam PAS “perlu dirundingkan segera” menunjukkan ada ruang untuk isu ini ditangani dengan baik oleh kedua-dua parti, yakni dengan cara yang tidak membawa kepada pergeseran atau perpecahan dalam Pakatan.
Walaupun dalam kenyataannya Karpal jelas menyatakan hanya menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan tidak lebih daripada itu, sikap Karpal itu menunjukkan kesediaannya menerima realiti berhubung Islam di Malaysia.
Perkembangan ini, walaupun masih terlalu awal untuk dinilai sebagai penerimaan DAP terhadap perjuangan Islam PAS, menunjukkan sikap DAP tidak sekeras sebelum ini.
Perubahan sikap ini boleh dinilai melalui kesediaan DAP terlibat dalam gabungan dengan PAS sehingga hampir mencapai dua pilihan raya umum.
Hubungan PAS dengan DAP yang semakin positif ini menjadi kayu ukur hubungan baik parti-parti Pakatan.
Seperti yang tercetak dalam buku jingga yang terhasil daripada persetujuan konvensyen ini, jelas bahawa hanya agenda dipersetujui yang dibincangkan dan dipersembahkan kepada rakyat.
Agenda-agenda yang tercatat dalam buku jingga itu memperhalusi apa yang ingin dan perlu dicapai oleh Pakatan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
Agenda membela rakyat daripada terus menjadi mangsa dasar-dasar ekonomi dan sosial pemerintah BN yang tidak kelihatan serius membela rakyat terbanyak yang berpendapatan rendah.
Pada masa sama, Pakatan berhasrat membebaskan rakyat daripada tafsiran-tafsiran menyeleweng gabungan parti-parti BN yang memonopoli perjuangan bangsa masing-masing tanpa benar-benar membela nasib bangsa terbabit.
Ini jelas menunjukkan perjuangan yang dibawa, agenda yang dipersetujui untuk dipersembahkan kepada rakyat pada pilihan raya umum akan datang tidak dihalang langsung oleh perbezaan ideologi parti-parti Pakatan.
Perjuangan membela rakyatlah yang menjadi pegangan Pakatan buat masa ini, tanpa mengorbankan ideologi masing-masing.
Seperti yang selalu dinyatakan pemimpin-pemimpin Pakatan, Pakatan Rakyat ialah satu pakatan untuk rakyat.
Hanya agenda rakyat yang menjadi tumpuan, kerana hanya itu yang dipersetujui oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]