Saiful Bukhari: UMNO Nak Buat Agama Baru ke?

Thursday, January 21, 2010
Dalam Facebook saya berdebat dengan ramai puak-puak UMNO ni dalam berbagai topik. Bila timbul topic tuduhan liwat Anwar dan Saiful Bukhari, mati-mati mereka mempertahankan bahawa Anwar bersalah kerana Anwar tidak bersumpah.

Saya tanya pada mereka, ini ugama baru ke yang UMNO hendak bawa? Sejak bila dalam Hudud, sumpah laknat boleh dipakai sebagai bukti? Siapa yang ajar?

Malahan, kalau Saiful Bukhari bersumpah di Masjidil Haram atau Masjidil Nabawi sepertimana yang beliau bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, beliau tidak sempat keluar pintu masjid sebelum beliau ditangkap oleh Polis Agama Saudi (Al Mutawwa).

Ini kerana mamat Saiful telah melakukan QAZAF dan JUGA MENGAKU MELAKUKAN ZINA/LIWAT. Kalau beliau bernasib baik, beliau hanya akan dikenakan hukuman sebat 80 kali untuk Qazaf. Tapi, kalau nasib tak baik, beliau akan dikenakan hukuman rejam sampai mati untuk pengakuan beliau melakukan seks sesama jenis. Kalau di Afghanistan beliau akan ditolak dari helikopter dari 20 ribu kaki.

Dalam hukum hudud, kalau kita pergi bersumpah laknat sekalipun menuduh seseorang berzina, hakim akan meminta kita memberikan 4 orang saksi. Kalau kita gagal bawa, hakim akan mengarahkan hukuman 80 sebat untuk qazaf dikenakan ke atas kita. Sumpah laknat kita tidak bermakna dalam hukum hudud walaupun sedikit.

Hakikatnya pengikut-pengikut UMNO mengikut agama yang diajar oleh pimpinan-pimpinan mereka. Mereka tidak mengikut Islam dan tidak mengikut kehendak syariat Islam.

AGAMA BARU BERNAMA AGAMA UMNO?

Nampaknya seperti itu. Benda yang Islam kata Haram, UMNO Halalkan. Benda yang Islam tak kata Haram, UMNO haramkan. Benda yang wajib, UMNO tolak. Benda tak wajib, UMNO cuba wajibkan.

Dalam isu Judi, Arak, Qazaf, korupsi, rasuah, fitnah, menipu, ratu cantik, dedah aurat, riba: semuanya Islam haramkan tapi selamba je UMNO halalkan. Tidak ada masaaalah.

Dalam isu pengunaan kalimah allah oleh Kristian dan pembinaan kuil di Seksyen 23, takda pun Islam haramkan, tapi bermatian UMNO cuba mengharamkannya.
Syukur Alhamdulillah saya tidak lahir dalam keluarga UMNO. Saya tak tahulah apa agama saya kalau saya ni sudah menjadi penyokong UMNO dari kecik. Yang penting bagi saya adalah agama bukan parti politik.

Masaalah dengan UMNO adalah mereka letak politik mereka di atas agama. Agama kena ikut politik sekular mereka. Nauzubillah min zalik.

UMNO TIDAK PERLU RUJUK PADA AL QURAN

Tak heranlah UMNO sudah bertukar jadi agama baru. Ini kerana dalam perlembagaan UMNO tiada pernyataan menunjukkan mereka wajib merujuk pada Al Quran dan Hadeeth sebagai rujukan utama.

Mereka bebas menafsirkan agama dengan kehendak dan nafsu mereka sebab Perlembagaan UMNO tidak meletakkan Islam sebagai asas.

Saya cabar seluruh ahli UMNO menunjukkan dalam Perlembagaan mereka pernyataan seperti yang kita boleh jumpa dalam Perlembagaan PAS:

“Fasal 7. Hukum, Kekuasaan dan 'MAJLIS SYURA 'ULAMAK".

(1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, degan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.”
.

Ada jumpa tak dalam Perlembagaan UMNO di mana UMNO menyatakan hukum tertinggi mereka adalah Al Quran, Hadeeth, Ijma dan Qiyas?

Jawapnya adalah tiada. Mengapa demikian? Kerana UMNO BUKAN PARTI ISLAM. UMNO adalah PARTI SEKULAR dan PARTI YANG MENENTANG ISLAM.

Tak heranlah, antara projek ekonomi pertama UMNO adalah Projek Loteri UMNO 1951. Judi bagi UMNO TIDAK HARAM kerana hukum tertinggi bagi UMNO BUKAN ALQURAN dan HADEETH.

Bagi PAS, judi adalah HARAM kerana AL Quran mengharamkannya.

Kalau judi UMNO boleh halalkan tak heranlah Qazaf pun mereka boleh halalkan.
Itulah saya kata, UMNO ni nak buat agama baru. Agama bernama Agama UMNO.

Tulang Besi

1 Komen:

Anonymous said...

Takbir!!! Syabas Tulang Besi.Teruskan sebarkan maklumat yang benar. Biar semua rakyat seantero dunia tahu bahawa UMNO tidak berlandaskan Islam sepenuhnya.

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]