Pendaftaran Pakatan Rakyat di tangan ROS - Presiden PAS

Tuesday, December 22, 2009


KUALA LUMPUR, 22 Dis - Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menjelaskan semula apa yang dimaksudkan oleh beliau dalam kenyataannya baru-baru ini adalah Pakatan Rakyat masih belum dapat didaftarkan secara rasmi kerana ia masih dalam proses pertimbangan Pendaftar Pertubuhan atau ROS.


Penjelasan yang dibuat beliau kepada Harakahdaily itu ekoran kekeliruan yang dibuat oleh media berdasarkan kenyataan beliau sebelum ini.


Memetik kata Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar yang menghubungi Harakahdaily itu memberitahu, beliau telah diminta menjelaskan perkara ini oleh Presiden PAS.


"Saya telah dihubungi oleh Tuan Guru Presiden Parti Islam Se Malaysia (PAS) pada hari ini dan telah dimaklumkan oleh Tuan Guru bahawa apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh beliau adalah:

"bahawa penubuhan Parti Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui secara bersama oleh ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat ini belum dapat didaftarkan secara rasmi kerana ianya masih dalam proses pertimbangan kelulusan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS),” katanya.

Terdahulu, Ustaz Hadi ketika bercakap kepada media selepas Konvensyen Blogger PAS Sabtu lalu dilaporkan berkata, tidak perlu terburu-buru untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat.


Ekoran dari itu, sebuah akhbar Cina melaporkan berita kononnya PAS tidak berminat untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat.

Dengan penjelasan ini bermakna, apa yang Ustaz Hadi maksudkan ialah, Pakatan masih belum dapat didaftarkan secara rasmi kerana ianya terletak di tangan ROS.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menjelaskan, pendaftaran Pakatan Rakyat ini mengambil sedikit masa kerana ia hak ROS.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]