Rosmah Mansur Harus Respon !! Fakta IFF Yang Perlu Anda Ketahui !

Saturday, October 23, 2010
Berita Oleh: edyesdotcom

"Berani buat, berani tanggung !


Terus terang saya katakan, saya bukanlah seorang cediakawan agama yang pandai mentafsir hukum. Tetapi sekurang-kurangnya saya masih berada dalam keadaan yang sedar lagi waras untuk menimbang tara batas-batas agama terutamanya dalam konteks halal dan haram, aurat dan bukan aurat serta mahram dan bukan mahram. Saya juga dapat membezakan sedikit sebanyak tulisan-tulisan khat samada ianya tertulis kalimah Allah dan Muhammad berbanding lukisan bertemakan arca. 

Jadi ingin saya kongis sedikit luahan rasa yang membuak-buak penasaran setiap kali Islam itu dihina. Ia kerap berlaku secara global terutamanya selepas berlaku serangan 11 September di New York hampir sepuluh tahun yang lalu.

Selama ini acap kali kita mengutuk dan mengecam sekerasnya pelukis-pelukis eropah yang tergamak mencemar kesucian agama Islam dengan melakar wajah Junjungan Besar nabi kita Muhammad S.A.W. Kita berarak dan berdemonstrasi di hadapan kedutaan, kita juga melancarkan pelbagai boikot terhadap negara yang terbabit. Itulah antara tanggungjawab kita sebagai umat islam - mempertahankan kesucian agama Allah !

Hari ini kita sekali lagi diuji, dan ujian ini datangnya tidak jauh dari kalangan kita. Bentuk fizikal ujian ini adalah isu berbangkit mengenai tatacara pemakaian islam yang diraikan dalam sebuah majlis yang diberi nama 'Islamic Fashion Festival'. Banyak isu di dalam isu, antara yang menjadi persoalan ialah ucapan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang mengaku sebagai 'wanita pertama', ucapan yang cukup membuatkan setiap umat Islam di negara ini rasa terhina. Pembaca boleh rujuk ucapan penuh Rosmah Mansur di bawah selepas artikel ulasan ini.

Dalam masa yang sama, perkara yang paling tidak boleh diterima sesiapapun yang mengucap dua kalimah syahadah ialah apabila tulisan khat yang diukir sempena nama Muhammad S.A.W yang telah diterbalikkan lalu menjadi hiasan utama sehelai gaun seksi yang mendedahkan pangkal bahu. Sila klik di sini untuk melihat sendiri betapa hinanya maruah dan pegangan agama bagi mereka yang terlibat dalam menjayakan sebuah majlis ala-barat yang disulam atas nama Islam. Sepatutnya akhbar Utusan Malaysia melaporkan peristiwa hitam ini sebagai 'mencemar kesucian Islam' sebagai tajuk muka depan berbanding laporan seorang ahli parlimen bukan islam memberi tazkirah di sebuah surau.

Sebagai seorang Islam dan isteri kepada Perdana Menteri, pesta fesyen 'islam' yang mendedahkan aurat ini harus ditegur dan tidak sepatutnya digalakkan. Tetapi apa yang berlaku ialah ianya seolah-olah dianjurkan walaupun festival ini diadakan di Monaco dan menurut maklumat yang diterima, satu lagi festival yang sama akan diadakan pula di Kuala Lumpur pada bulan November 2010! Maklumat lebih lanjut boleh ada dapati dalam artikel salin tampal di bawah dan menurut artikel tersebut, Rosmah Mansur adalah penaungnya pesta pencemaran agama ini. 

Persoalannya, di manakah pemahaman islam seorang isteri Perdana Menteri di negara yang mengaku bahawa Islam adalah agama rasminya? Berapa juta ramainya ahli-ahli UMNO termasuk pemimpinnya yang beragama Islam, yang benar-benar berani untuk pertahankan kesucian Islam apabila tidak bangun menentang kejahilan ini? Adakah wakil-wakil rakyat UMNO kecut untuk menentang kebathilan apabila memikirkan ianya melibatkan Rosmah Mansor?

Bangkitlah wahai insan yang mengaku Allah itu tuhan yang esa dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya. Pertimbangkanlah untuk menghadapi realiti ini dengan dada yang lapang terbuka, betapa kita harus berbuat sesuatu sebelum banjaran titiwangsa terbalik memenuhi segenap ruang di lembah kelang.

Ingatlah, bertindaklah di atas isu besar yang tidak mungkin diselit walau sedikit toleransi ketika nama Rasul Allah, Nabi kita Muhammad S.A.W diterbalikkan untuk menjadi hiasan pelindung buah dada! Astagfirullahalazim !!

Di bawah ini saya persembahkan fakta-fakta "Islamic Fashion Festival" yang perlu anda ketahui, demi bersama-sama bangkit menentang pencemar agama yang sebenar!! Wallahualam

EDYES @ edyesdotcom

klik di sini untuk origin bagi artikel yang dipetik dari page FB
Klik untuk besarkan gambar

Fakta-fakta yang PERLU anda tahu mengenai Islamic Fashion Festival (IFF)

Previously on Mari umat Islam, BATALKAN penganjuran IFF yg akan diadakan di KL : links
Fakta-fakta ini den sendiri kutip dari ucapan Rosmah Mansur semasa majlis pembukaan Islamic Fashion Festival (IFF) Gala Dinner dan Fashion Show yg penuh glamer pada 10 Ogos 2010 lalu di Monaco. Gambar di atas diambil dari website Rosmah Mansur : links
1] Cuba lihat garis yg telah den garismerahkan tu. Rosmah Mansur (RM) sendiri mengaku bahawa beliau (goli den guno word ni) sendiri mengaku bhw beliaulah penaung IFF.

2] Lihat pula garisan biru. Bukan Putera Monaco tu yg jemput RM tapi RM yg jemput Putera Monaco. Apa maknanya? Ini bermakna IFF memang berasal dari Malaysia dan sengaja diadakan ditempat glamer iaitu Monaco dengan bertujuan menarik perhatian global.

3] Ok sekarang kita terus rujuk pada point-point ucapan RM. Link : links
4] Point no. 6 : I believe the IFF has selected the right venue to showcase the Muslim fashion ensemble and we certainly hope that Monaco can help be the gateway to the European market for Islamic inspired fashion from Malaysia.

Apo yg boleh den ulas, fesyen-fesyen separuh bogel versi cop halal JAKIM yg diragakan oleh model-model omputih yg seksi di Monaco memang sah hakcipta terpelihara dari Malaysia. Siap dgn cop SIRIM lagi bai.

5] Point no. 13 : In reality, there are many Muslim fashion designers who get their inspiration from the high fashion world and give it a hijab-friendly twist, successfully blending the two. Their ensembles, nevertheless, still capture the true grace and beauty of a woman without turning her into an object of desire.

Inilah ucapan paling CELAKA yg pernah diucapkan oleh RM. Maksud dari ucapannya kelihatan baik. Kalau Ulama’ Muda UMNO faham English Language, tentu diorg kagum dgn RM. “Masyaallah syeikh, anta lihat nasihat ana sudah didengari oleh RM”. Tetapi realitinya tidak begitu. Malam itu jugak model-model omputih seksi meperagakan pakaian Islam. Pakaian Islam kepalo abah kau! Korang tengok gambar ni : links
Betul la kata RM tu iaitu tidak menjadikan fesyen pakaian muslimah sebagai penarik hawa nafsu lelaki. Tetapi hakikatnya tidak. Ini kata-kata seorang munafik bai.

6] Malam itu jugak junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W dihina dgn penuh glamer di Monaco. Tulisan khat yg tertulis nama Muhammad (tulisan arab/jawi) menjadi corak hiasan di dada seorang model yang seksi. Tulisan arab terbalik lak tu. Ini betul-betul penghinaan yg paling besar yg tak pernah den saksikan secara live dalam seumur hidup den.

Kalau dulu korang bantah iklan Hari Raya TV3 versi Santa Claus/1Malaysia/Freemason krn iklan itu menghina umat Islam dan juga akidah. Tetapi sekarang penghinaan dari IFF di Monaco itu lebih besar lagi. Den dah tak tahu nak cakap apo laie dah. Korang tgk sendiri la gambar ni : links
7] Point no. 21 : I would also like to thank the sponsors, Tourism Board of Sarawak and everyone who have worked hard and contributed to the success of the IFF showcase. Not forgetting, the founder of IFF for their initiatives and the wonderful and talented designers who are slowly but surely making waves and impact in the Muslim fashion world.

Peh. RM terus terang bagitahu sapo yg sponsor IFF di Monaco. Banyak betul duit Lembaga Perlancongan Sarawak (LPS) ni bai. Selalu kita sponsor perkara-perkara yg berkaitan dgn kita. Takde pulak den nampak gambar model memperagakan pakaian orang Iban pada malam tu. Model pakai spenda orang Iban pun takdo. Walaupun spenda skrng ni duti free. Oh lupo pulak den. Malam tu khas utk Islamic Fashion Festival versi Syaitan.

Apsal LPS boleh sponsor RM? Den punyo sangko baik, sudah tentu lah Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud nak bodek RM supaya dia kekal memerintah Sarawak sampai mampos. Sepatutnya bodek Najib sebab dia PM tapi Taib Mahmud bodek RM. Heran jugak den.

Tapi mana LPS dapat duit? Dah tentu la dapat dari hasil mahsul negeri Sarawak. Hasil mahsul ini datang dari cukai, balak, minyak dlll. Ia sepatutnya dimanafaatkan utk rakyat negeri Sarawak. Jadi wal hasil balik asal. IFF yg dibuat secara besar-besaran dgn penuh glamer di Monaco pada malam itu sebenarnya menggunakan duit rakyat. Den mmg kesian la dgn rakyat Malaysia ni. Manjang kono tipu. Cubo cakap dgn den, apa untungnya IFF kpd rakyat miskin negara ini?

8] Naluri den kuat mengatakan bahawa kematian wakil rakyat di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi sebenarnya adalah rahmat buat kita untuk mengenali lebih dekat siapa dia RM. Lihat mcm mana RM berkuasa meminda tarikh Prk ikut suka.

Walhal, RM tahu kalau Prk dijalankan selepas 4 Nov 2010, semua org akan tahu kewujudan penganjuran IFF di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada Jumaat 5 Nov 2010 nanti. Ia bakal dijadikan modal buat Pakatan Rakyat jika Prk dibuat selepas 5 Nov 2010. Cerdik jugak RM ni bai. Tapi syukur, info dan gambar dari Monaco banyak mendedahkan kerja jahat RM.

9] Sekarang apa tindakan kita? Bagi den, amar makruf nahi mungkar. Kalau Konsert Adam Lambert kita boleh turun beratus-ratus orang menunjukkan protes, IFF yg bakal dilakukan bulan depan di KL juga menuntut aksi yg serupa.

Bukan setakat protes, IFF wajib dihalang dari dianjurkan. Ia lebih hina dari zina. RM cuba menggambarkan pada dunia ini lah pakaian Islam. Ia akan menimbulkan fitnah kpd umat Islam 1Dunia. Realitinya, penganjuran IFF bermatlamat menghina agama Islam. Jika tidak, mana datangnya fesyen tulisan khat ‘Muhammad’ di dada model di Monaco? Korang nak pakaian yg sama diperagakan di KL nanti?

10] Mufti Selangor Ishak Baharom pernah dilucutkan jawatan melalui pengaruh Tun Mahathir kerana menghalang pertandingan Ratu Cantik yg membabit perempuan Islam pada tahun 1997. Itulah harga yg dibayar oleh Mufti Ishak Baharom. Tapi beliau relax sehingga menghembuskan nafasnya yg terakhir dgn tenang. Beliau dikenang rakyat sebagai pembela Islam. Mufti lain?

Jadi den menyeru korang yg kenal mufti-mufti di negeri korang, supaya menyalurkan info tentang IFF yg akan diadakan di KL nanti. Mano tahu diorg pun samo menentang IFF mcm kito.

11] Untuk langkah awal, korang boleh join forces dgn Ostad Tantawi. Untuk info : http://www.malaysiakini.com/news/145956 . Juga menyertai fanpage ini : links
12] Den takut RM akan menjadi seperti Dr. Aminah Wadud. Menafsir Islam ikut suka.

13] Korang boleh share dan tag gambar ni tanpa keizinan KBSB.

- Atih
"

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]