LAMAN

Wednesday, October 6, 2010

Album Ijtimak Tarbawi

  
Sohibus Samahah Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang [ Presiden PAS ]
Merasmikan Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan kali Pertama
di Masjid Rusila Marang Terengganu Darul Iman .


Saf kepimpinan yang diiktiraf sebagai Murabbi kepada anak - anak muda yang menyertai Jamaah Islam ini . [ Tuan Guru Hj Abdul Hadi , Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim , Tuan Guru Hj Yahya Othman dan al Ustaz Abu Bakar Chik.


Ustaz Riduan Mohd Nor [ Orang kuat DPPP ] sedang mempengerusi Majlis Taklimat Ijtimak Tarbawi sebelum tirai Ijtimak dibuka dengan bacaan al Mathurat .


Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim sedang memberikan taujihatnya dalam slot Kuliah Haraki sementara menanti detik Majlis Perasmian Ijtimak Tarbawi .


Al Ustaz Abu Bakar Chik penuh tenaga membawa perbincangan mengenai Tarbiyah Jihadiyah yang perlu dihayati oleh setiap anggota parti .


Ustaz Riduan Mohd Nor terus konsisten memimpin majlis dan membuat arahan - arahan semasa demi kelancaran program .


Yb . Ustaz Mohd Nor Hamzah [ Ketua DPP Negeri Terengganu turut menyampaikan taujihatnya kepada peserta Ijtimak Tarbawi


Ustazah Nuridah Salleh melantangi suara membelah semangat anak - anak muda agar terus memacu perjuangan dan memperkasakan tarbiyyah .


Al Fadhil Ustaz Idris [ Ketua Penerangan PAS Pusat ] menyampaikan ucapan dan menjelaskan isu - isu semasa yang melanda negara .


Yb Dato' Mahfuz Omar [ Naib Presiden PAS ] menjawab satu persatu isu semasa ynag mencetus kekeliruan di kalangan masyarakat .


Al Fadhil Ustaz Azman Syafawi selaku Pengarah Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2010 membacakan deklarasi Ijtimak .


  
Menyampaikan ucapan alu - aluan guna mengalu - alukan kehadhiran pimpinan dan peserta yang akan berkampung selama 3 hari Masjid Rusila .

Sohibus Samahah Tuan Guru Mursyidul Aam PAS memberikan nasihat dan tunjuk ajar yang cukup mengesan di jiwa . Malah turut mencadangkan agar pemuda menganjurkan program [ wa Iz ] di masa akan datang .


Asy Syeikh Dr Abdul Maqsud Muhammad Askar Ahli Parlimen Mesir dari  Ikhwanul Muslimin Tanta turut di undang untuk memenuhi keperluan tarbawi dan membimbing peserta .


Tuan Guru Yahya Othman sedang dipimpin turun dari pentas Ijtimak . Beliau agak uzur kerana faktor usia namun masih bersemangat untuk melihat Tarbiyyah kembali marak .


Yb Dato' Seri Tuan Guru memimpin tafsir al Hujurat sehingga khatam dalam tempoh 4 jam .


Forum Tarbawi turut memuatkan pengalaman generasi terdahulu di dalam Dewan Pemuda PAS Pusat dan bagaimana mereka berjuang merentas segala masaalah dan cabaran .


Tuan Guru Mursyid tidak lekang membisikkan idea dan pandangan agar pemuda terus membangun bersama agenda tarbiyah meredah dunia jahiliyyah modern hari ini .


Sesekali Asy Syeikh Dr Maqsud memerlukan penterjemahan pada setiap kalimah yang diucapkan oleh pimpinan sewaktu menyampaikan Pidato Tarbawi di Ijtimak Tarbawi baru baru ini .


Antara penaja utama program Ijtimak tarbawi ini ialah TG4all . Kelihatan pihak TG4all turut menyumbang RM3,000.00 kepada Maahad darul Quran . [ Ustaz Nik Mohd Abduh - Anak Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Mohd Khalil - Anak Tok Guru Hj Hadi .]

 
TG4all Turut menyumbang kepada DPPP sebanyak RM1,000.00 . Alhamdulillah semoga bisnes maju dan boleh sumbang banyak lagi :)

No comments:

Post a Comment