LAMAN

Thursday, September 2, 2010

Konvoi amal Dppsa Sempena ramadhan

Sempena Ramadhan Al Mubarak tahun ini, Dewan Pemuda PAS Shah Alam akan mengadakan Konvoi amal ke rumah orang-orang dhaif sekitar shah Alam pada hari sabtu (5 September 2010) bermula jam 9 pagi. Program yang dirangka oleh Lajnah Kebajikan DPPSA ini bakal menyaksikan konsep mengunjungi rumah orang-orang yang tidak berkemampuan dan sekaligus menyampaikan sumbangan yang mungkin dapat meringankan serba sedikit beban golongan menjelang syawal yang bakal menjelang.

Beberapa rumah sekitar Shah Alam yang dikenalpasti penghuninya mengalami kesempitan hidup yang agak hebat bakal dikunjungi oleh pimpinan DPPSA dan PAS Kawasan Shah Alam. Objektif kunjungan adalah untuk menyemai rasa tanggungjawab dan belas ihsan dalam diri setiap pemuda bahawa dalam menempuh era yang semakin mencabar ini, terdapat keluarga-keluarga yang terpaksa bersusah payah dalam kehidupan mereka demi mencari sesuap rezeki.
Kepada semua pemuda PAS Kawasan Shah Alam yang berkelapangan pada hari tersebut diharap dapat berkumpul di Dewan Jihad dengan berpakaian rasmi DPPSA atau Unit Amal. Maklumat Lanjut dan sumbangan sila berhubung dengan 0133600080 (Kamarul) atau 0196942752 (Shaharudin).

No comments:

Post a Comment