LAMAN
▼
Monday, August 23, 2010
majlis berbuka puasa dan tarawih mega di I city
Buat julung-julung kalinya pihak i City membuka peluang agar penghayatan ramadhan dapat direalisasikan di I city seksyen 7 Shah Alam. Atas kesempatan tersebut, kerajaan negeri Selangor mengambil kesempatan untuk menganjurkan program penghayatan ramadhan dan sambutan kemerdekaan di I City. Program yang akan bermula seawal jam 5 petang akan diisi dengan pengagihan kurma dan risalah di beberapa tempat yang telah dipilih seperti kompleks PKNS , Plaza Alam sentral dan beberapa tempat lain. sekitar jam 6.30 petang acara di Icity akan dimulakan dengan tazkirah oleh Ustaz Zulkifli Ahmad, Ketua Pemuda PAS Pandan. Jamuan berbuka puasa disediakan untuk para hadirin berbuka puasa secara bersama dan dijangka lebih 3000 orang hadir untuk majlis ini. selepas solat maghrib majlis akan terus diisi dengan persembahan multimedia gaza oleh pihak yayasan amal dan muslim care. Acara solat tarawih mega akan dipimpin oleh Ustaz Asyraf, Johan program Imam Muda terbitan Astro Oasis. Acara sambutan kemerdekaan akan disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor dengan kehadiran semua ADUN dan ahli Parlimen Selangor. Majlis turut diserikan dengan persembahan artis seperti Ramli Sarip, Mawi, Kumpulan Fazs dan Ustaz Zamri Mari mengaji.Pihak I city juga menjanjikan persembahan bunga api pada malam tersebut. Kemuncak program adalah solat hajat bersama Menteri Besar demi kesejahteraan Negeri Selangor untuk masa-masa mendatang.
No comments:
Post a Comment