Bahang PRU semakin terasa apabila serangan media pro BN terhadap Pakatan Rakyat semakin kuat semnjak kebelakangan ini. Jika diperhatikan secara serius semua perkara berbangkit yang menguntungkan pihak BN sedang dimainkan semula bagi memecahbelahkan perpaduan antara Pakatan Rakyat. Bagi kes Selangor serangan terhadap kes Pasir dan air adalah isu lama yang dihangatkan kembali untuk menjatuhkan reputasi kerajaan negeri Selangor di kaca mata penduduk negeri Selangor. Penjelasan dari kerajaan negeri Selangor tidak diberikan liputan sewajarnya, sebaliknya serangan demi serangan memburukkan kepimpinan Pakatan rakyat terus dilempar dan dihamburkan. Modus operandi adalah jelas, isu pasir dan air hanyalah alat. Matlamat utama adalah menjatuhkan reputasi kerajaan Pakatan Rakyat secara serius dan bertubi-tubi.
Kedua, isu yang berjaya mengkucar-kacirkan PAS suatu ketika dahulu sedang diapi-apikan balik oleh UMNO iaitu isu "Perpaduan". Kepimpinan PAS sudah semestinya dapat menghidu kerja nakal UMNO yang ingin kembali memecahkan PAS sebelum Pilihanraya akan datang kerana mereka menyedari PAS mempunyai jentera yang kuat untuk membantu kemenangan Pakatan Rakyat. Jesteru serangan terhadap kesatuan pertahanan Pakatan rakyat perlu dilaksanakan segera. Senjata "perpaduan' dilihat senjata yang hampir berjaya membunuh PAS pada satu ketika. Namun insyaAllah, kepimpinan PAS sudah tersedar kesilapan silam apabila terlalu mengikut rentak UMNO akhirnya kekuatan parti hampir tergadai. Jesteru seluruh ahli disemua peringkat perlu bergabung dan bersatu hati dengan kepimpinan untuk menolak dan menepis semua bentuk serangan yang sedang diatur oleh pihak UMNO ini.
Di Pulau Pinang serangannya juga hampir sama iaitu melibatkan isu perkauman. Isu perobohan penempatan bakal dimainkan kembali semaksima mungkin. Matlamat mereka adalah jelas, kepercayaan rakyat terhadap Pakatan rakyat perlu dihapuskan segera kerana Najib memerlukan mandat baru untuk mentadbir dengan lebih selesa.
No comments:
Post a Comment