Najib 'flip-flop' lagi dalam hal ekonomi

Wednesday, July 7, 2010
KUALA LUMPUR, 7 Julai: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya berbolak-balik ketika menggambarkan situasi ekonomi negara, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata demikian kerana Najib yang juga Menteri Kewangan I semalam dilaporkan mengaku bahawa ekonomi negara kemungkinan menguncup pada suku kedua tahun ini disebabkan beberapa faktor luaran.

Sedangkan, katanya lagi, Najib pada 30 Jun lalu menyuarakan rasa optimis bahawa ekonomi negara mampu tumbuh sebanyak 6 peratus pada tahun ini melalui pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).



"Sekajap yakin ekonomi kita tumbuh, sekejap kata menguncup, apa sebenarnya yang dia (Najib) nak beritahu kita," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena di lobi Parlimen, semalam.

Bagi beliau, pengakuan Najib itu sekaligus mencerminkan bahawa beliau tersilap perhitungan dalam menyediakan kerangka RMK10.

Dari segi yang lain, beliau berkata, Najib tidak seharusnya melihat faktor-faktor luaran seperti iklim ekonomi dunia semata-mata.

Tambahnya, selagi kerajaan tidak mempunyai iltizam politik dengan memulihara integriti mahkamah dan urus tadbir negara dari budaya kronisme, rasuah serta pembaziran, selagi itu pihak luar kurang yakin untuk datang melabur dalam negara.

Ini kerana, beliau berkata, para pelabur asing melihat semua segi tersebut selain melihat prospek yang ditawarkan oleh kerajaan melalui RMK10.

Sementara itu, Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS berkata, kenyataan tidak konsistan Najib itu mencerminkan bahawa kebinet di bawah pimpinannya adalah kabinet berbolak-balik (flip-flop).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Najib sepatutnya membuat kajian mendalam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung ekonomi nasional.

"Buatlah sedikit  'homework', dia Perdana Menteri, dia Menteri Kewangan I, kenyataan  'flip-flop' seperti ini tentu meninggalkan impak pada iklim ekonomi negara," jelasnya.

Ini kerana, beliau berkata, kenyataan berbelit-belit itu secara tidak langsung tentunya memberi gambaran tidak langsung di kalangan pelabur asing dan tempatan terhadap prospek ekonomi domestik.

Tuntas dari itu, beliau mendesak Najib sekali lagi tampil di Dewan Rakyat dengan penuh bertanggungjawab menjelaskan iklim ekonomi negara pasca RMK10.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sebelum ini telahpun mendakwa kabinet Najib sebagai ‘kabinet flip-flop'.

Dakwaan ini ekoran keputusan kabinet Najib membatalkan niat melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), lesen judi sukan sempena Piala Dunia 2010, menghapuskan subsidi minyak dan barangan kawalan tertentu seperti yang diumumkan Najib sejak dimahsyurkan sebagai Perdana Menteri.

-Harakah Daily

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]