Setelah sekian lama didesak agar menyatakan pendirian berhubung pemberian lesen judi oleh kerajaan Malaysia, beberapa pemimpin UMNO dan ahlinya mula membuka mulut menyatakan bantahan terhadap tindakan Menteri Kewangan membenarkan lesen judi tersebut. Kebanyakan ahli UMNO diperingkat bawahan mula sesak dada dengan sikap angkuh dan biadap pemimpin mereka mempermainkan hukum agama demi mengaut keuntungan singkat. Ahli Parlimen Pasir Salak sebagai contoh mula menyatakan pendirian peribadinya yang tidak bersetuju dengan pemberian lesen judi dan mendesak agar kerajaan menarik kembali lesen tersebut sekiranya sudah diluluskan. UMNO Johor sebagai contoh terpaksa tunduk dengan desakan penyokong bawahan yang tidak bersetuju dengan lesen judi.
Ini membuktikan pemberian lesen judi bukanlah isu politik tetapi isu agama yang cuba dimanipulasi oleh pemimpin UMNO sehingga membayangkan kepada rakyat bahawa isu judi adalah isu politik sempit pembangkang. Kita mendesak agar semua alim-ulama dan para mufti bangkit menentang secara terbuka tindakan biadap kerajaan Malaysia ini.
No comments:
Post a Comment