Keletihan mengendalikan program seharian suntuk ternyata tidak menghalang Dewan Pemuda PAS untuk mengatur satu lagi program sembang santai bersama YB Khalid Samad di Seksyen 18 Shah Alam. Program bual bicara sambil bersantai itu merupakan kali kedua dinajrukan oleh DPPSA. Sebelum ini ia diadakan di Padang Jawa dengan menampilkan beberapa orang ustaz dengan gaya tersendiri.
Program kali ini lebih menjurus kepada perbincangan secara sihat antara masyarakat Shah Alam dengan Ahli Parlimen Shah Alam. Alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalakkan dan berbagai persoalan dan isu semasa berjaya dijawab oleh YB dengan penerangan yang teliti dan jelas.
Tahniah sungguh buat team Penerangan... Program yg baik dlm mendekati org ramai...
ReplyDeletemantap pemuda shah alam
ReplyDelete