Ibu kepada Aminul Rashid, Puan Norsiah Mohammad, ibu pelajar sekolah yang ditembak Polis awal pagi Isnin lepas merayu agar Allahyarham tidak dikaitkan dengan dengan kegiatan samun, apatah lagi menggelar anaknya sebagai penjenayah. Beliau yang amat rapat dengan anak bongsunya itu amat mengenali hati budi Allahyarham. Aminul Rashid, menurut beliau, juga dikenali oleh rakan sebaya sebagai seorang yang baik hati dan selalu mendahulukan kawan. Beliau kesal dan tidak dapat menerima laporan akhbar yang tersiar keseluruh negara, tidak henti-henti mengaitkan Aminul dengan kegiatan jenayah samun.
Beliau terharu dengan keperihatinan PAS Shah Alam dan berterimakasih di atas kunjungan dan ziarah yang di lakukan.
Sehubungan dengan itu, PAS Shah Alam telah menghantar satu memorandum kepada kepada Ketua Polis Selangor di Ibu Pejabat Kontingen di Seksyen 9, Shah Alam bagi mendesak pembelaan sewajarnya kepada Allahyarham Aminul Rashid dan keluarga. Memorandum itu juga mendesak agar pihak Polis yang masih melakukan siasatan terhadap kes ini agar tidak mengalih perhatian masyarakat terhadap kemungkinan berlakunya kecuaian, seterusnya mendesak agar membersihkan nama baik Allahyarham yang masih muda remaja dari terlibat dengan kegiatan jenayah samun.

PAS Shah Alam berharap jaminan ini akan dapat dilaksanakan sehingga pembelaan sewajarnya dapat diberikan kepada keluarga Allahyarham dan keyakinan orang ramai terhadap institusi Polis yang menjaga keamanan dan keselamatan awam dapat dipulihkan.
Turut sama menghantar memorandum adalah Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) yang diwakili oleh Us Hasbullah Ridzuan and AJK Pas Shah Alam, Hj Sofian Shariff.
Turut sama menghantar memorandum adalah Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) yang diwakili oleh Us Hasbullah Ridzuan and AJK Pas Shah Alam, Hj Sofian Shariff.
No comments:
Post a Comment