LAMAN

Monday, April 5, 2010

BATALKAN KONTRAK APCO UNTUK BUKTIKAN DAKWAAN ANWAR TIDAK BENAR

Umum mengetahui pendedahan yang telah dibuat oleh Ketua Pembangkang mengenai penglibatan sebuah syarikat asing yang disyaki terlibat langsung dengan Israel dalam merangka 1 Malaysia dengan melibatkan kos yang besar untuk mempromosikannya. Pendedahan yang telah dibuat ini mendapat reaksi mengejutkan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen kerana dianggap telah menuduh tanpa bukti.


Menurut Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Shah Alam Saudara Mohd Hilmi, BN tidak seharusnya gelabah dengan apa yang telah didedahkan oleh Ketua Pembangkang tersebut. Jika sekiranya BN mempunyai kekuatan sendiri, maka apa perlu mereka bergantung kepada APCO untuk merangka pelan komunikasi antara kerajaan dengan rakyat. Jika benar tuduhan itu tidak berasas, beliau mencabar agar kerajaan membatalkan kontrak dengan APCO dan bergerak dengan menggunakan tenaga kepakaran tempatan.Itu pun jika benar mereka tidak bergantung harap kepada APCO untuk menaikkan imej mereka bagi meraih kemenangan dalam PRU yang akan datang. Apa yang berlaku sekarang dan sikap kerajaan yang terus membela APCO memberi isyarat jelas bahawa syarikat itu telah memainkan peranan dan perancangan serius dalam mengatur dan membentuk halatuju negara ini.

Menurut beliau lagi, adalah malang sekiranya konsep 1 Malaysia diterima oleh rakyat ini dan dalam masa yang sama kita seolah-olah membenarkan negara kita berada dalam pengawalan agen asing.Samalah seperti kata pepatah menang sorak kampung tergadai. Jesteru itu pihak kerajaan mesti menunjukkan keseriusan dalam hal ini dan membatalkan sahaja kontrak dengan APCO demi kestabilan jangka masa panjang negara Malaysia yang sama-sama kita cintai ini.

No comments:

Post a Comment