Dalam majlis tersebut, kerajaan negeri melalui Exco Selangor itu menyampaikan bantuan kewangan sejumlah RM5,000 kepada mangsa keganasan polis, Norizan Salleh seorang ibu tunggal yang hampir maut kerana ditembak polis sebanyak lima kali.
Beliau berkata, Norizan telah meminta untuk berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri, namun sehingga ke hari ini Datuk Seri Hishammuddin Hussein masih enggan berjumpa malah tidak mengambil tindakan ke atas anggota polis yang menyerang ibu tunggal itu.
"Menteri Dalam Negeri tidak harus melarikan diri daripada tanggungjawab terhadap tindakan ganas anggota polis itu kerana ini membabitkan keselamatan awam khasnya kaum wanita," tegasnya.
Menurut Rodziah, Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun pada 8 Mac bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada wanita yang jumlahnya lebih 50 peratus daripada penduduk dunia ini.
"Lebih 49 peratus daripada penduduk Selangor terdiri daripada kaum wanita, maka kerajaan negeri telah meletakkan kepimpinan tertinggi negeri lebih 30 peratus adalah wanita untuk terlibat secara langsung dalam perancangan dan pembangunan negeri.
"Kerajaan juga sedang berusaha untuk mempertingkatkan peratusan wanita yang menduduki kedudukan di peringkat pembuat dasar dan keputusan tidak kira di sektor awam atau swasta," sambungnya.
Yang turut hadir adalah Yang Dipertua Pekawanis, Puan Sri Salbiah Tunut, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin, Exco Selangor, Teresa Kok, Adun Rawang, Gan Pei Nei, Adun Kampung Tunku, Lau Weng San, Adun Kota Damansara, Mohd Nasir Hashim dan wakil-wakil NGO hak wanita.
Harakah Daily
No comments:
Post a Comment