Selangor Galak Anak Muda Bersukan Elak Gejala Sosial

Monday, March 22, 2010
Anak muda harus mengamalkan budaya hidup aktif dan sihat demi menggalas masa hadapan Selangor madani dan berbudaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan, Haniza Talha berbesar hati dijemput merasmikan gelanggang futsal Dataran Anak Muda di Petaling Jaya dan berpendapat Selangor sememangnya kekurangan medan untuk aktiviti anak muda.

Haniza dalam ucapannya berkata, kemudahan gelanggang futsal yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya ini amat bertepatan sekali memandangkan kawasan tersebut mempunyai ramai golongan belia.

“Semasa saya datang ke tempat ini pada tahun 2008, sewaktu saya masih belum menjadi wakil rakyat, saya mendapati kawasan ini begitu ramai penduduk tetapi kemudahannya untuk golongan belia khususnya, sangat berkurangan,” katanya.

Haniza juga turut menasihati penduduk agar sentiasa menghargai prasarana yang disediakan dan menganggapnya sebagai hak bersama.

“Jadi saya harap selepas ini dengan kerjasama pihak MBPJ, pihak MBPJ tidak akan ada masalah untuk menyediakan prasarana untuk kemudahan penduduk tetapi kita mesti bijak menjaganya kerana itu adalah milik kita bersama,” tambahnya.

Malah beliau berharap dengan adanya gelanggang futsal ini para penduduk dan belia khususnya dapat mencungkil bakat dalam bidang sukan dan terus mengamalkan cara hidup yang sihat.

“ Dan bukan sahaja terhenti di arena sukan, mungkin kita dapat mengumpulkan belia-belia ini untuk aktiviti lain yang merangsang minda malah badan yang sihat,” katanya lagi.

TV Selangor

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]