LAMAN

Friday, March 19, 2010

PELANCARAN BLOG INFODPPSA

Oleh : Infodppsa
Alhamdulillah setelah melalui tempoh percubaan selama beberapa bulan, blog ini akan mula beroperasi secara rasmi setelah majlis pelancarannya dalam mesyuarat agung pemuda PAS Kawasan Shah Alam pada 27 Mac akan datang.

Kehadiran blog ini adalah bermatlamat sebagai medium rasmi Dewan Pemuda PAS Shah Alam bagi menjawab atau melaporkan secara terus kegiatan dan pandangan Dewan ini kepada umum. Beberapa halangan kecil yang dikenalpasti sepanjang tempoh percubaan ini akan menjadi panduan kepada pengurusan blog ini agar lebih efisyien dan tidak tergendala di pertengahan jalan.

Umum maklum bahawa medium penyebaran maklumat seperti blog dapat menarik lebih perhatian kepada seseorang atau organisasi yang menggunakannya, Jesteru kewujudannya bukan lagi dianggap sebagai kewujudan yang bila berkelapangan maka akan diisi dan jika sibuk maka akan terbiar. Lajnah Penerangan mengambil sikap selama ini untuk melihat sistem pengurusan jangka masa panjang bagi memastikan blog ini benar-benar mampu bersaing di ruang siber sebagi sumber maklumat utama komuniti muda Shah Alam dan tidak terbantut kerencamannya di pertengahan jalan.

Jesteru kami memohon kepada jentera pemuda di peringkat cawangan yang berminat untuk menjadi wartawan rasmi blog ini sila terus menghubungi Timb. Ketua lajnah penerangan Dewan Pemuda PAS Shah Alam, Sdr. Mohd Hilmi Radzuan untuk memperkasakan ruang sebaran Pemuda PAS Shah Alam.

InfoDPPSA : Info Untuk Semua.

No comments:

Post a Comment