LAMAN

Sunday, March 21, 2010

Kurang Penggantungan Kenderaan Persendirian Elak Kesesakan


SUBANG 18 MAC: Kerajaan Selangor mencadangkan kerajaan Persekutuan supaya segera menubuhkan Majlis Pengangkutan Awam bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Lembah Klang.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sudah menyampaikan cadangan itu dalam pertemuannya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk  Idris Jala serta Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat, baru-baru ini.

“Kita telah menghantar memorandum kepada Kerajaan Pusat untuk mengadakan apa yang dipanggil Majlis Pengangkutan Awam. Kita akan berbincang bagaimana untuk menyelesaikan masalah kenderaan dan pengangkutan di Lembah Kelang," katanya.

Cadangan itu mendapat reaksi positif daripada kedua-dua menteri berkenaan bagi mencari jalan mengatasikesesakan trafik menjadi masalah utama di Lembah Kelang pada sejak dulu hingga ke hari ini.

Kajian menunjukkan 90 peratus aliran pengangkutan di Lembah Kelang adalah kereta persendirian. Hanya 10 peratus sahaja menggunakan  pengangkutan awam seperti bas, LRT dan Keretapi.

“Kita mesti mengutamakan pembangunan sistem pengangkutan awam. Ia bererti kita akan cuba mengurangkan penggantungan orang ramai kepada kenderaan persendirian,” katanya.

Khalid berkata, antara usaha menyuraikan kesesakan trafik ini ialah  mempercepatkan pembinaan LRT bagi menyelesaikan masalah tersebut.

"Kita mesti meningkatkan keberpenggantungan dalam sistem pengangkutan awam daripada 10 kepada 40 peratus. Ini dipersetujui Idris (Jala)," katanya.

TV Selangor

No comments:

Post a Comment