LAMAN

Tuesday, March 16, 2010

Isu KPN: China Press hadapi hukuman gantung

Ketua pengarang, akhbar China Press telah diarah untuk meletakkan jawatannya berhubung laporan yang mendakwa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah mengemukakan surat peletakan jawatannya, kata Lim Kit Siang.

Kata Lim, jika pengarang itu berdegil, akhbarnya akan menghadapi hukuman gantung selama tiga bulan hingga enam bulan.
Usaha Malaysiakini untuk menghubungi China Press untuk bercakap ketua pengarang berkenaan, Teoh Yang Koon juga belum berhasil.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata tindakan tegas akan diambil terhadap akhbar itu sekiranya ia gagal mengemukakan alasan munasabah kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Selain surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada akhbar itu Sabtu lalu, KDN juga telah meminta wakil daripada syarikat akhbar berkenaan untuk hadir ke kementerian pagi isemalam untuk memberi penjelasan.

China Press Sabtu lalu, melaporkan bahawa Musa akan bersara sebelum sambutan Hari Polis pada 25 Mac ini dan tempatnya akan diganti oleh timbalannya Tan Sri Ismail Omar.

No comments:

Post a Comment