LAMAN

Thursday, February 11, 2010

Tamrin Jabatan Amal Selangor pada 26 Februari

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 11 Feb: Jabatan Amal Negeri Selangor akan mengadakan Tamrin 2010 selama tiga bermula 26 Februari ini di Pusat Latihan Belia Bukit Lagong, belakang Ibu pejabat Polis Daerah Gombak. Pengarah Jabatan Amal negeri, Aszmi Anuar berkata, tujuan tamrin itu diadakan adalah untuk membentuk jati diri sukarelawan dengan teras budaya Unit Amal, memperkenalkan wajah baru dan hala tuju jabatan itu.
Katanya, program tahunan itu juga sebagai medan muhasabah untuk memperbaiki dan memantapkan jabatan.
Tambahnya, pendaftaran peserta pada 26 Februari mulai jam 2.30 petang hingga 8.00 malam yang diutamakan kepada ahli dan jawatankuasa Jabatan Amal kawasan serta ahli jawatankuasa Pemuda PAS kawasan.
Katanya, pendaftaran hendaklah dibuat melalui Jabatan Amal kawasan masing-masing.
Beliau mengingatkan setiap Unit Amal kawasan supaya menyediakan atau membawa khemah masing-masing.
“Antara aktiviti diadakan ialah flying fox, rock climbing, treasurehunt, night walk, motivasi, kawad, paper works, tazkirah dan lain-lain,” katanya kepada Harakahdaily.
"Sehubungan itu, katanya semua Jabatan Amal dan Pemuda PAS kawasan-kawasan diharap dapat menyediakan pasukan Unit Amal kawasan masing-masing bagi menyertainya dan menjayakan tamrin kali ini,” ujarnya.
Sebarang pertanyaan, boleh menghubunginya di talian 019-2568820 atau Mazali (019-6101782).

No comments:

Post a Comment