
Kenyataan ini disampaikan oleh YB Dato' Hj Nizar Jamaluddin dalam satu sidang akhbar PR yang diadakan selepas selesai mesyuarat bersama dengan pimpinan PR negeri dan adun-adun PR Perak. Pimpinan PR lain yang turut hadir Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Abu Bakar Husein, YB Dato' Ngeh Khoo Ham, YB Tai Sing Ng, YB Sivakumar, YB Khalil Idham Lim, Dr. Khairuddin Datuk Abd. Malek dan semua ADUN PR Perak.
Walau bagaimanapun menurut Hj Nizar sebagaimana yang disepakati oleh semua pimpinan dan Adun PR, Zambry dan UMNO BN negeri Perak mesti menunjukkan keikhlasan dalam menghulurkan tangan kepada PR untuk bekerjasama dalam membangun dan memajukan rakyat dengan meneruskan dasar-dasar kebajikan, ketelusan, kewibawaan, keadilan dan amanah.
Selain itu sebagai tanda keikhlasan, Zambry juga hendaklah meneruskan amalan kerajaan PR sebelum ini membenarkan semua premis milik kerajaan negeri turut dibenarkan kepada semua parti politik pembangkang menggunakannya untuk program bersama rakyat.

PR Perak juga mensifatkan kerajaan BN Perak adalah kerajaan yang lemah kerana ia bergantung kepada tiga orang adun yang melompat, mereka penentu terbentuknya kerajaan BN Perak, mereka dilihat sebagai adun yang tidak bermoral dan berprinsip. PR yakin bila-bila masa sahaja mereka akan melakukan pengkhianatan sekiranya kepentingan peribadi mereka tidak dipenuhi.
Dalam masa yang sama PR juga yakin, UMNO BN masih berusaha bagi menarik adun-adun PR yang lain menyertai mereka bagi mengukuhkan kedudukan dan kuasa politik mereka. Namun PR yakin usaha mereka akan gagal. PR mengharapkan akan berlaku pilihanraya kecil di tiga-tiga DUN supaya kuasa politik PR dapat dikembalikan semula.
0 Komen:
Post a Comment