Lepas satu timbul pulak satu perkara didedahkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi tentang kepincangan dalam sistem pertahanan negara. Setelah gempar dengan kehilangan enjin jet kini Zahid mendedahkan pula tentang kebocoran maklumat pertahanan negara kepada kedutaan asing. Ini merupakan pendedahan yang begitu serius dan perlu dilakukan siasatan yang lebih lanjut.Mengapakah pendedahan maklumat bleh berlaku? Wujud pengintipkah dalam sistem pertahanan negara? Siapa yang mendalangi dan menyokong tindakan mereka yang berani memberi maklumat pertahanan negara sendiri? Entah apa lagi yang bakal didedahkan oleh Menteri Pertahanan ini.
Walaubagaimanapun , harus diambil iktibar bahawa keadaan keselamatan negara berada dalam keadaan goyah. UMNO dan kerajaan yang ada sekarang tidak sunyi dari melakukan perkara berdasarkan pertimbangan politik melebihi rasa tanggungjawab melindungi kepentingan keselamtan awam. Mereka lebih sibuk menyembur dan menembak rakyat sendiri dari mencari kelemahan-kelemahan mereka yang perlu diperbaiki.
No comments:
Post a Comment