LAMAN

Friday, January 15, 2010

LAPORAN POLIS TERHADAP KEBIADABAN YB HAMIDAH OSMAN

Satu laporan polis akan dibuat pada 15 Januari 2010 (Jumaat) di Balai Polis Shah Alam, Seksyen 11 pada jam 10.00 pagi mengenai paparan gambar YB Khalid Samad yang dianggap menghina pemimpin PAS dan juga menghina PAS. Laporan polis ini terpaksa dibuat memandangkan YB Hamidah Osman merupakan seorang pemimpin dan perlu profesional dalam melakukan sesuatu tindakan. Tndakan keanak-anakan beliau dikecam oleh Dewan Pemuda PAS Shah Alam.Laporan ini akan dilakukan oleh dua orang ahli PAS yang merasa terpanggil untuk mengemukakan laporan agar YB Hamidah Osman dapat diberi satu pengajaran. Jesteru itu Dewan Pemuda PAS Shah Alam menyeru ahlinya hadir ke Balai Polis Seksyen 11 pada 10 pagi ini bagi menyatakan sokongan padu.
Dewan Pemuda PAS Shah Alam juga menyokong sekiranya YB Khalid Samad berhasrat mengambil tindakan undang-undang andainya perlu terhadap YB Hamidah Osman.

No comments:

Post a Comment