LAMAN

Thursday, January 7, 2010

kenyataan rasmi Dewan Pemuda pas shah alam

Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam mengambil pendirian untuk hanya membenarkan ahlinya terlibat dengan program Himpunan & Serahan Memorandum Kepada Kedutaan Mesir pada 8 Januari 2010 selepas solat Jumaat. Sebarang himpunan lain yang bermatlamat dan berorientasikan selain dari matlamat dan maksud untuk membantah kerjasama Mesir dan Israel pada masa ini adalah tidak selari dengan pendirian PAS.Jesteru Dewan Pemuda PAS Shah Alam dan Dewan Harian DPPSA menyeru seluruh ahlinya agar memberikan komitmen padu dengan menyertai Himpunan & Serahan Memorandum Kepada Kedutaan Mesir. Semoga dengan kehadiran kita dapat menunjukkan bahawa umat Islam sentiasa sedar dengan isu yang sebenarnya melingkari mereka dan bukannya diperalatkan untuk kepentingan pihak tertentu.

Dewan Pemuda PAS juga menyeru ahlinya untuk mengelakkan diri dari terus terjebak dengan perbincangan atau perhimpunan yang boleh mencetus ketegangan dalam masyarakat apatah lagi termakan dengan propaganda murahan UMNO untuk meraih sokongan dari masyarakat Islam.

No comments:

Post a Comment