LAMAN

Saturday, January 9, 2010

presiden pas lawat gereja yang dibom

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menyerang tiga buah gereja di Lembah Klang semalam.

hadi awang visits Metro Tabernacle ChurchBeliau memberitahu pemberita demikian selepas meninjau kerosakan bangunan gereja Metro Tabernacle di Wang Maju hari ini.

Malah, kata Abdul Hadi, sewaktu perang pun umat Islam dilarang memusnahkan tempat ibadat, "apatah lagi ketika kita hidup dalam aman".

Beliau ditemani timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa. Mereka adalah antara pemimpin Pakatan Rakyat yang melawat bangunan gereja tersebut.


hadi awang visits Metro Tabernacle Church 2Dalam kejadian tengah malam semalam, pejabat pentadbiran di tingkat bawah bangunan gereja tersebut hangus terbakar.

Kerosakan tersebut sangat teruk sehingga mengakibatkan keseluruhan bangunan tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi.

No comments:

Post a Comment