PM Membela tindakan Rosmah

Tuesday, June 15, 2010

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjelaskan bahawa ungkapan 'wanita pertama' yang digunakan bagi merujuk kepada isteri beliau, Datik Seri Rosmah Mansor tidak bererti bahawa kedudukannya lebih tinggi daripada Seri Paduka Pertmaisuri Agong.

Baga
imanapun, jawapan bertulisnya kepada soalan yang ditimbulkan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua, - Najib gagal menjelaskan sama ada gelaran berkenaan wajar digunakan oleh Rosmah.

Chua dalam soalannya bertanya sama ada Perdana Menteri menyedari bahawa dengan merujuk isteri beliau sebagai 'wanita pertama' tindakan itu telah menyalahi Artikel 32, Perlembagaan Persekutuan.

Najib dalam jawapan bertulisnya berkata: “Berdasarkan adat, budaya dan amalan protokol di Malaysia gelaran 'wanita pertama' tidaklah menjadi amalan.”

LANGKAH MEMBEBANKAN RAKYAT SEDANG DILAKSANA

Kerajaan BN ternyata sudah tidak lagi memperdulikan kesusahan rakyat sendiri dengan terus menerus tanpa henti memperkenalkan dasar-dasar dan polisi yang jelas memberikan beban besar kepada ekonomi rakyat sendiri. Matlamat dan impian pemimpin UMNO untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju seolah-olah kelihatan terlalu terdesak sehingga memaksa tindakan drastik tanpa belas dilaksanakan.

Sebelum ini kita didendangkan bahawa kerajaan cukup terbeban dengan subsidi yang diberikan kepada rakyat, kemudian kita didendangkan lagi dengan irama indah bahawa berjudi bola tidaklah menjadi kesalahan jika mendapat lesen bahkan mampu mengawal perjudian haram. Kita turut didendangkan dengan irama indah kelebihan dan kebaikan GST. Hari ini kita dikejutkan dengan dendangan indah seterusnya kerajaan akan mengurankan bilangan penerima biasiswa JPA dengan alasan mahu memberi lebih peluang kepada pelajar lain melanjut pelajaran. Semakin mengelirukan dasar yang diamalkan oleh kerajaan ini. Setelah penumpuan Petronas semenjak diambil alih terajunya dari Tan Sri Hassan Merican, ternyata prestasi Petronas kelihatan agak merosot dengan penumpuan banyak diberikan kepada pengeluaran minyak tempatan. Bukankah dahulu mereka yang mengalunkan irama minyak negara bakal kehabisan jika tidak ditadbir dengan sempurna. tan Sri hassan Merican memulakan langkah mengawal minyak dalam negara dengan memulakan langkah melabur di negara-negara minyak yang lain. Namun langkah jangka panjang tan Sri Hassan Merican ternyata tidak melekat di sanubari pemimpin UMNO. Bahkan Petronas dilaporkan mula dicengkam hebat oleh kroni-kroni perdana Menteri.

Negara ini mengalami masalah pengurusan kewangan sebenarnya. Banyak hasilnya tetapi terlalu banyak pembazirannya. Pembaziran merangkumi rasuah dan ketirisan. Orang tengah yang terlalu banyak memakan komisen. Akhirnya rakyat marhaen yang menjadi mangsa kemarahan kerajaan BN sebagai punca negara ini bakal muflis 2019. Malang sungguh rakyat negara ini mempunyai pasukan pengurus perbendaharaan negara yang tidak cekap bahkan tidak amanah pula. Tatkala kita menghadapi krisis yang sebegini teruk, tidak kedengaran PM mengumumkan untuk memotong gaji sendiri, sebagaimana Menteri besar Kelantan yang mengumumkan tidak akan mengambil elaun-elaun yang bakal diberikan kepadanya. walupun beliau layak menerimanya, tetapi atas dasar sayangnya beliau kepada rakyat dan negeri yang beliau tadbir, maka beliau mengambil sekadar kecukupan untuk bertindak selaku Menteri besar dan ADUN dan selebihnya dipulangkan kembali kepada perbendaharaan negeri bagi manfaat bersama.

Kelihatannya sekarang setiap tindak-tanduk buruk kerajaan sekarang (jauh lebih teruk dari zaman Pak Lah) mendapat perlindungan secukupnya bekas perdana Menteri Tun Mahathir. Sehinggakan benda yang jelas dikaburkan sebaik mungkin oleh beliau bagi mengelirukan masyarakat. Kenyataan beliau bahawa orang cina suka berjudi ternyata tidak sesuai bagi seorang negarawan. Judi maklum sebgai masalah masyarakat. Islam mengambil pendekatan tegas dengan mengharamkan. Orang cina yang tidak beragama Islam mungkin tidak mendapat larangan setegas itu, namun ia tetap sebuah penyakit bagi masyarakat dalam negara bertamadun. Maka menjadi tanggungjawab kerajaan menghalang berlakunya judi dalam masyarakat bukan menghalalkannya. Begitulah arak,zina dan sebagainya. Ianya menjadi haram buka kerana sifatnya tetapi kerana akibat dan kesannya yang amat jelas menyusahkan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia keseluruhannya. Namun atas kebijaksanaan Tun Mahathir yang sering disalahgunakan, maka dibentangkan melalui media bahawa pembangkang mempolitikkan isu ini. alasannya kerana DAP turut membantahkan sedangkan mereka buka beragama Islam. Lupakah belaiu tatakalan bantuan ke gaza mendapat sambutan hebat dari aktivis buka beragama Islam, kerana apa? Isunya adalah kemanusiaan maka kita boleh menerima. Mengapa dalam isu judi ini kita menganggap hanya orang Islam yang tidak menyukainya? Ia penyakit masyarakat dan seluruh masyarakat membencinya. Maka selayaknya isu judi menjadi agenda masyarakat bertamadun. Islam mendahului dalam isu ini kerana Allah membantu kita dengang penegasan haramnya sebelum sempat kita mengkaji lanjut kerana ternyata melalui kajian judi mendatangkan kesan teruk kepada ekonomi dan sosial masyarakat.

Jesteru bersama merenungkan kebejatan yang berlaku dalam negara ini. Banyak lagi yang bakal kerajaan BN lakukan. Semoga Allah membantu kita menghentikan tidakan biadap pemimpin BN dari terus menghancurkan negara ini.

Jomo: Sasaran 30% ekuiti bumi tidak akan tercapai

Sasaran 30 peratus ekuiti untuk bumiputera di bawah Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK10) tidak akan dapat dicapai kerana tiada insentif yang diberikan untuk mempertahankan pegangan mereka, kata ahli ekonomi terkemuka, Jomo KS.

"Anda mempunyai situasi, di mana ukuran anda mengenai apa yang akan membawa kemajuan kepada orang Melayu, adalah satu ukuran yang akan gagal, kerana dasar tersebut," katanya dalam sidang media selepas memberi taklimat kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat mengenai RMK10.

Jomo mendakwa mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad adalah orang yang bertanggungjawab memulakan amalan di mana saham bumiputera diberi kepada segelintir golongan elit sahaja.

Menurutnya, amalan tersebut telah mengakibatkan ekuiti bumiputera menjadi beku antara 18 hingga 22 peratus sejak pertengahan 1980-an.

"Jika anda melihat angka-angka dari tahun 1970 dan seterusnya, dari 2.4 pada tahun 1970, ia meningkat ke sekitar 18 peratus pada

awal 1980-an dan kemudian kekal antara 18 hingga 22 peratus untuk 30 tahun akan datang.

"Mengapa itu berlaku? Kerana anda mengambil aset yang dipegang bagi pihak masyarakat bumiputera dan kemudian memberikannya kepada beberapa orang sahaja.

"Jadi apa yang mereka lakukan? Kerana mereka mahu buat duit, maka apa yang mereka lakukan ialah menjualnya. Jadi hasilnya adalah ianya tidak lagi dimiliki oleh bumiputera," jelasnya.

Allahyarham Hassan Shukri selamat dikebumikan

Jenazah bekas timbalan presiden PAS, Hassan Shukri selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Taman Selaseh 2, Gombak di Kuala Lumpur pada jam 9.55 pagi.

Tanah perkuburan itu terletak kira-kira tiga kilomreter dari rumahnya di Taman Melewar.

Kira-kira 300 orang hadir ke tanah perkuburan ini termasuk beberapa pemimpin PAS, antara mereka Idris Ahmad, Mujahid Yusuf dan Hanipa Maidin.

Sebelum itu, lebih 500 orang menunaikan solat jenazah bekas tokoh PAS itu di tanah lapang di hadapan rumahnya.

Ia diimami oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

Sebelum majlis solat jenazah bermula, Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang turut hadir kelihatan sebak dan mengalirkan air mata.

Ramai pemimpin PAS hadir termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom hadir pada majlis solat berkenaan.
Turut hadir ialah Tmbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, ketiga-tiga naib presiden - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - serta beberapa ahli jawatankuasa PAS pusat seperti Dr Dzulkefly Ahmad dan Hashim Jasin.

Sementara itu, seorang jawatankuasa PAS pusat yang ditemui selepas pengebumian, Hanipa Maidin berkata kematian Hassan adalah kehilangan besar bagi PAS kerana allahyarham merupakan seorang tokoh yang berpengalaman serta berilmu.

"Beliau adalah orang parti yang istiqamah dengan perjuangan sehingga akhir hayat dia.
"Saya banyak belajar tentang perlembagaan PAS dengan beliau,walaupun saya seorang peguam. Beliau tidak pernah lokek," kata Hanipa.

Katanya, Hassan adalah seorang yang sayang kepada parti dan sentiasa bersungguh-sungguh untuk memajukan parti.

Hassan meninggalkan enam cahaya mata - lima perempuan dan seorang lelaki.
Sebelum menjadi timbalan Presiden PAS, Hassan pernah menjadi naib presiden dan juga setiausaha agung parti itu.
Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

PENGUMUMAN AKADEMI TARBIYYAH PEMUDA

Monday, June 14, 2010
AKADEMI TARBIYYAH PEMUDA YANG DIJADUALKAN PADA MALAM INI (14 JUN 2010) TERPAKSA DITANGGUHKAN ATAS SEBA-SEBAB TERTENTU. KELAS AKAN BERMULA KEMBALI 21 JUN 2010 . HARAP MAKLUM!!!

Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.
Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.
Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.
Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.
Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.
Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.
Jenazah beliau masih lagi di hospital kini.
Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar.

AHLI UMNO MULA MENENTANG LESEN JUDI

Setelah sekian lama didesak agar menyatakan pendirian berhubung pemberian lesen judi oleh kerajaan Malaysia, beberapa pemimpin UMNO dan ahlinya mula membuka mulut menyatakan bantahan terhadap tindakan Menteri Kewangan membenarkan lesen judi tersebut. Kebanyakan ahli UMNO diperingkat bawahan mula sesak dada dengan sikap angkuh dan biadap pemimpin mereka mempermainkan hukum agama demi mengaut keuntungan singkat. Ahli Parlimen Pasir Salak sebagai contoh mula menyatakan pendirian peribadinya yang tidak bersetuju dengan pemberian lesen judi dan mendesak agar kerajaan menarik kembali lesen tersebut sekiranya sudah diluluskan. UMNO Johor sebagai contoh terpaksa tunduk dengan desakan penyokong bawahan yang tidak bersetuju dengan lesen judi.

Ini membuktikan pemberian lesen judi bukanlah isu politik tetapi isu agama yang cuba dimanipulasi oleh pemimpin UMNO sehingga membayangkan kepada rakyat bahawa isu judi adalah isu politik sempit pembangkang. Kita mendesak agar semua alim-ulama dan para mufti bangkit menentang secara terbuka tindakan biadap kerajaan Malaysia ini.

Dr M setuju beri lesen pertaruhan sukan

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara itu bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-masa.

"Bantahan itu politik, bukan kerana Islam. Takkan DAP dokong Islam. Ini politik pembangkang, (sengaja) hendak cari isu," katanya.

Katanya, masyakarat hendaklah mengakui sama ada suka atau tidak, aktiviti perjudian memang berlaku di negara ini.

"Orang Cina memang suka berjudi. Jika tanpa lesen, tiada cara untuk tentukan aktiviti perjudian tidak terlalu berleluasa," katanya yang bersetuju dengan tindakan kerajaan yang bercadang mahu meluluskan pemberian lesen judi baru itu.

PAS tampilkan 'ikon' bola anti-judi

PAS kini menampilkan bintang bola sepak negara Radhi Mat Din sebagai 'ikon' kempen menentang pemberian judi sukan di negara ini.

Dalam ceramah perdana sempena muktamar PAS ke-56 malam tadi, Radhi diminta merasmikan Gerakan Rakyat Mansuhkan Judi (GMJ) - gabungan NGO dan pembangkang khusus khusus untuk menggagalkan usaha kerajaan itu.

Tampil dalam gaya kasual - berseluar trak dan berkemeja-T di hadapan kira-kira 3,000 penyokong pembangkang - Radhi mengimbau kembali bagaimana 'runtuhnya' kegemilangan bola sepak di zamannya lebih 10 tahun lalu akibat perjudian haram dan rasuah.

Menceritakan pengalaman peribadinya, Radhi berkata, ketika mengetuai pasukan Kedah pada tahun 1996 berlaku "peristiwa malang" apabila seramai 136 orang telah dituduh terlibat dalam rasuah yang diakibatkan oleh aktiviti pertaruhan haram.

"(Permainan) bola ini tiada kaitan langsung dengan judi. Malangnya sekarang sukan bola sudah dipalitkan dengan judi yang haram di sisi semua agama di dunia ini. Ini umpama lain yang sakit, lain pula yang diubatnya.

"Kerajaan seharusnya mengetatkan penguatkuasaan terhadap judi haram bukannya bertindak menjadikan judi sebagai halal setelah tidak mampu membenterasnya," katanya yang kini berkhidmat sebagai jurulatih pasukan Kedah.

Selangor tawar RM5,000 sekat pencuri pasir

Thursday, June 10, 2010

Kerajaan Selangor mengumumkan ganjaran RM5,000 pemimpin masyarakat dan kakitangan kerajaan yang berjaya melumpuhkan kegiatan mencuri pasir di kawasan mereka.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, mesyuarat exco kerajaan negeri bersetuju menawarkan ganjaran itu sebagai insentif ekoran aktiviti mencuri pasir kini telah menguasai 75 peratus pasaran.

"Mereka yang berjaya menahan jentera-jentera yang digunakan untuk mencuri pasir boleh menuntut ganjaran itu dari kerajaan Negeri.

Cuti Bersalin 90 Hari, Shahrizat Dipelawa Pelajari Cara Selangor

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Syahrizat Abdul Jalil dipelawa untuk mempelajari perlaksanaan cuti bersalin 90 hari yang dipelopori kerajaan Selangor.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail menghulurkan jemputan itu pada sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

Beliau bersedia untuk berbincang supaya dan memberi maklum balas agar boleh dilakukan di peringkat persekutuan.

Shahrizat sebelum ini menarik balik cadangan lanjutan cuti bersalin kerajaan awam dengan alasan 'untuk kajian terperinci.'

Rupanya kapal Israel dibenarkan berlabuh di Malaysia

Angkasanuri
 
Dalam sibuk-sibuk penduduk di seluruh dunia mengecam yahudi israel laknatullah kerana menyekat kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza rupa-rupanya kapal-kapal dagang israel dibenarkan menggunakan kemudahan pelabuhan di Malaysia.

Pelabuhan yang terlibat ialah Pelabuhan Barat di Klang, Terminal Utara, Pulau Pinang dan Pasir Gudang, Johor sebagai pelabuhan untuk memasuki Malaysia yang dikatakan bagi tujuan berdagang.

Pertumbuhan 10.1 peratus negara menggelirukan

Monday, June 7, 2010
Pertumbuhan negara pada 10.1 peratus seperti yang dicanangkan oleh kerajaan tidak mencerminkan situasi yang sebenar kerana ia dibandingkan dengan suku pertama tahun 2009, di mana ketika itu ekonomi Malaysia masih berada dalam krisis.

Menurut Ketua Serantau Penyelidikan Ekonomi, Standard Chartered, Tai Hui jika tempoh masa 2008 diguna-pakai, pertumbuhan negara adalah hanya sekitar 3.5 peratus.

"Sekiranya anak anda pulang dari sekolah dan memberitahu bahawa dia dapat 75 markah dalam peperiksaannya, tetapi pada semester lalu dia mendapat 50 markah, anda tidak begitu kagum kerana sebelum ini dia pernah mendapat 100 markah,” katanya dalam satu seminar hari ini.

"Berita yang baik ialah ekonomi negara sedang berkembang tetapi persekitaran perniagaan hanya bertambah baik sedikit sahaja berbanding sebelum krisis.

Kata Tai Hui, buktinya kebanyakan firma masih berhati-hati dan tidak melabur lanjut, meskipun mereka yakin bahawa ekonomi berada dalam pemulihan.

UMNO dan BN Kerajaan Gharqad

1. Apabila Israel kini dibantah oleh seluruh bangsa , agama dan kaum ekoran kekejaman tanpa batas Yahudi Zionis pastinya ia menjadi satu petanda bahawa Israel mula tidak mendapat sokongan popular masyarakat dunia .

2. Ia merupakan detik awal yang akan membawa kepada kejatuhan dan kehancuran yahudi Alaihi laknatullah sementara Nabi saw pernah menjanjikan kehancuran mereka .

3. Sabda Rasulullah saw : " Tidak akan berlaku qiamat sehinggalah ummat Islam memerangi Yahudi dan membuatkan Yahudi lari bersembunyi di sebalik batu dan kayu . Lalu berkata batu dan kayu : Wahai Muslim , ini dia Yahudi dibelakangku , datanglah lalu bunuhlah ia . Kecuali pokok Gharqad sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada pokok Yahudi ."

4. Pokok Gharqad menyembunyi dan menyelamatkan Yahudi daripada ummat Islam yang memerangi mereka . Saat pokok lain memberitahu mengenai persembunyian yahudi dibelakangnya , Gharqad hanya mendiamkan diri bagai menyelamatkan yahudi sekaligus membenarkan apa yang diperjuangkan oleh yahudi.

Campurtangan Rosmah Dalm Pentadbiran negara

Perlantikan Syed Hamid Sebagai Pengerusi LTH Ditarik Balik?

Sumber : MSO

[kemaskini] Maklumat tambahan. Surat perlantikan Syed Hamid dikatakan berkuat kuasa pada 1 Jun. Pemanggil yang meminta Syed Hamid jangan masuk pejabat dulu itu atas lasan Najib Razak sedang pertimbangkan untuk melantik Syed Hamid jadi pengerusi sebuah GLC - syarikat kerajaan lain. Ketika ini Syed Hamid di London atas urusan keluarga. Katanya Syed Hamid juga belum membuat apa-apa keputusan berhubungn 'keputusan' baru itu.

SEMALAM ketika berbual dengan Anwar Ibrahim, saya menimbulkan soal bekas Menteri Dalam Negeri, (KDN) Syed Hamid Jaafar Albar. Saya bertanya kepadanya apakah Syed Hamid atau beliau sendiri ada saling hubung menghungi antara satu sama lain selepas Syed Hamid tidak lagi jemaah menteri. Jawabnya rengkas; "Tidak ada!" dan mungkin sedikit terheran kenapa saya menimbulkan perkara itu.

Saya tidak tahu macam mana tak semena-mena saya boleh melontarkan pertanyaan itu kepada Anwar. Mungkin kerana saya pernah bertanya Syed Hamid mengenai Anwar, yang mana sikapnya terhadap Anwar terbuka. Dia tidak berdendam tidak tentu fasal dengan Anwar. Kritikannya kepada Anwar juga beralas dan tidak sampai mencemarkan maruah orang.

Masa mengadakan interviu dengannya (Syed Hamid) beberapa tahun lalu saya sengaja tanya pendapatnya mengenai Anwar. Mahu meninjau persepsi Syed Hamid ke atas Anwar yang dianiaya Malahthir.

Pulau Pinang tetap larang judi sukan

Kerajaan Pulau Pinang tidak akan berganjak daripada keputusannya melarang judi sukan di negeri itu walaupun terdapat rayuan daripada hartawan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberitahu satu sidang akhbar hari ini bahawa keputusan itu urusan kerajaan negeri.

Beliau menolak justifikasi Tan bahawa mengharamkan lesen tersebut akan meningkatkan lagi pertaruhan haram dan Lim menyifatkannya sebagai "pandangan peribadi (Tan). Itu haknya."

Gagasan rakyat Malaysia menentang Israel

Friday, June 4, 2010


Jumaat, Jun 4, 2010
Chargé d’Affaires
Kedutaan Amerika, Malaysia
Mr. Robert G. Rapson
MEMORANDUM KEPADA AMERIKA SYARIKAT MENGENAI GAGASAN RAKYAT MALAYSIA MENENTANG ISRAEL
MAKA persaksikanlah pada hari ini, dengan perhimpunan rasaksa rakyat Malaysia di hadapan pagar Kedutaan kamu yang berkunci, bahawa inilah harinya kami mengisytiharkan yang kami tidak akan lagi bertolak ansur dengan kerajaan kamu yang mendokong, melindungi dan memanjakan negara jahanam Israel.

50 ribu sertai demo bantah Israel

Nazri Abdullah, Hazayani Zakaria, Syukri Mohamad & Syafiq


KUALA LUMPUR, 4 Jun: Lebih 50 ribu menyertai perarakan dari Kg. Baru ke Keduataan Amerika siang tadi bagi membantah kekejaman tentera Zionis Israel menyerang konvoi kemanusian antarabangsa ke Gaza awal minggu ini.

Himpunan anjuran Pakatan Rakyat bersama NGO itu diketuai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Presiden PAS, Anwar, Kit Siang sertai demo esok

Thursday, June 3, 2010
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 3 Jun: Demonstrasi Anti Israel anjuran Pakatan Rakyat dan NGO di hadapan Kedutaan Amerika, esok akan disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Pimpinan-pimpinan NGO dan wakil Konvoi Freedom Flotilla juga akan hadir bersama.
Sekretariat Mobilisasi Demontrasi Anti Israel 2010 juga memaklumkan demonstrasi yang bermula selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika.
Dalam kenyataan kepada Harakahdaily, jurucakapnya, Herman Samsudeen memberitahu pihak penganjur tidak mengadakan apa-apa himpunan di Masjid KLCC atau Tabung Haji.
“Para peserta yang menyertai demonstrasi ini digalakkan membawa bendera Palestin, placard dan banner yang menunjukkan bantahan rakyat Malaysia secara aman,” katanya.
Katanya, sebarang keterangan lanjut bolehlah berhubung dengan Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad menerusi talian 0192828536.

Liwat II: Kondo dilawati, Saiful dipanggil semula

Saksi utama kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga pengadu kes itu, yang selesai memberi keterangannya pada Isnin lalu, hari ini sekali lagi diarahkan tampil ke kandang saksi.

Peguam Karpal Singh menyoal Saiful berhubung insiden di sebuah masjid di Wilayah Persekutuan di mana dia bersumpah dengan al-Quran bahawa dia diliwat oleh bekas majikannya, Anwar, sehari sebelum hari penamaan calon Permatang Pauh, dua tahun lalu.

Saiful sekali lagi berkata, jangka masa kedua-dua peristiwa itu adalah kebetulan.

Karpal kemudian bertanya kepada Saiful sama ada dia mengetahui bahawa Faez Khairi telah bernikah dengan adik perempuannya, Saidati Adha.

Saiful menjawab mereka melarikan diri. “Saya tak pasti,” katanya.

Apabila diasak oleh Karpal, sama ada dia mengenali Faez dan hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengarahkan Saiful untuk menjawab soalan berkenaan, Saiful berkata dia mengetahui bahawa Faez telah bernikah dengan adiknya.

MAKLUMAT TERKINI HIMPUNAN

Perhimpunan Aman membantah Kekejaman Israel akan diadakan di beberapa tempat. Dewan Pemuda PAS menetapkan tempat berhimpun utama di Masjid Jamek Kg Bharu Selepas Solat Jumaat dan akan bergerak ke Kedutaan Amerika bagi menyatakan bantahan. Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam telah menyiapkan baju t-shirt untuk perarakan bantahan dengan kos RM 10 sehelai. Kepada semua yang dtg dari shah alam harap dapat memakai t shirt tersebut bagi menyemarakkan tanda kesatuan dan kekuatan menentang zionis Israel. Baju boleh didapati dengan menghubungi 019-3623152 (Hilmi). Harap Maklum.

Pertubuhan Yahudi mahu Amerika putuskan hubungan dengan Anwar

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Sebuah pertubuhan Yahudi yang berpengaruh di Amerika meminta negara itu agar menyenaraikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai musuh Amerika berikutan tindakannya mendedahkan hubungan kerajaan dengan APCO dan Asia Soft di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Menurut surat B’nai B’rith International’s, The Global Voice of the Jewish Community, yang mempunyai 200,000 ahli dan penyokong itu, mereka sangat kesal dengan kenyataan anti-Sematic yang dikeluarkan oleh Anwar itu.

Melalui surat yang ditandatangani oleh Dennis W. Glick, Presiden dan Daniel S. Mariaschin, Naib Presiden Executif  B’nai B’rith International’s itu, mereka mendesak kerajaan Amerika memutuskan hubungan dengan Anwar.

Surat yang bertarikh 25 Mei itu ditujukan kepada John F. Kerry, Pengerusi dan Richard G. Lugar, Ahli utama Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa Amerika Syarikat.

Dalam surat itu, pertubuhan itu melahirkan rasa prihatinnya dengan sikap anti-Sematic Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.

Marahkan Israel mesti dimulakan dari Putrajaya

Wednesday, June 2, 2010
http://cetusan-hati.blogspot.com/   
RM 77 juta wang rakyat Malaysia yang dibayar kepada Apco tidak syak lagi menunjukkan perkongsian kita atas pembunuhan petugas misi kemanusiaan Freedom Flotila.

Amat menyayat hati bagaimana akhirnya Malaysia sedikit sebanyak terlibat dengan penajaan keganasan Israel - menerusi Apco.

Rakyat marhaen seperti biasa menunjukkan kemarahan mereka atas kekejaman Israel dengan berarak ke kedutaan Bapa Angkat Israel - Amerika. Ia langkah yang baik - sekurang-kurang kita mempamirkan respon dan kemarahan kita.

Namun, selepas Kedutaan Amerika, tidak selesai demo bantahan ini jika kita tidak lanjutkan ke depan pejabat Perdana Menteri.

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]