'Khusrin, tak ada Empat Senawi jangan sibuk'

Tuesday, August 10, 2010
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Khusrin Munawi sepatutnya mempunyai kelulusan Sijil Menengah Agama sebelum menetapkan syarat untuk mengisi jawatan pengerusi masjid dan surau.

"(Khusrin) hendak pengerusi masjid dan surau paling rendah ada kelulusan Tiga Senawi (Sijil Rendah Agama). Ini saya sokong," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.


Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khusrin pada hujung minggu lalu berhubung jumlah penceramah tanpa tauliah di masjid dan surau negeri itu.

"Tapi pengarah JAIS paling kurang kena ada (kelulusan) Empat Senawi. Jangan awak nak sibuk dengan kelusan pengerusi masjid kalau awak sendiri pun tak ada kelulusan.

"Nanti jadi masalah kepada pentadbiran Selangor," katanya yang menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Khusrin itu sebagai "berbau politik."

Idris Ahmad: Awang tak selamat lagi, tapi bacul

PAS menolak tuduhan bahawa ia parti dayus sebaliknya mendakwa Awang Selamat adalah seorang dayus dan bacul sehingga tidak berani menzahirkan identitinya yang sebenar.

“Beliau takut menzahirkan siapa sebenarnya beliau, sama ada lelaki atau pondan,” kata ketua penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad dalam HarakahDaily hari ini.

Beliau mengulas mengenai kemarahan Awang seperti yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia, Ahad lalu kerana PAS berkawan dengan DAP, tetapi menolak Umno.

Kata Idris, PAS mengibaratkan Awang Selamat sudah tidak normal dan hilang fikiran ketika mengeluarkan pandangan mengenai perjuangan parti Islam itu.

“Beliau memang istiqamah melawan PAS sejak daripada PAS bersendirian sehingga PAS bersama Pakatan,” katanya.
Perut, tembolok tertutup

Menurutnya, Awang marah bukan kerana PAS berkawan dengan DAP, tetapi kerana banyak lombong emas Awang semakin terkambus dan tertutup sehingga perut dan temboloknya semakin kurus.

ULAMA & ARTIS : ATAS NAMA ISLAM KITA BERSATU

Monday, August 9, 2010





Sime Darby Dijangka Umum Kerugian Terbesar Dalam Sejarah


Konglomerat gergasi sektor perladangan Sime Darby Berhad dilihat berhadapan dengan kerugian besar sekali lagi selepas 13 tahun manakala beberapa pegawai kanan pengurusan digugurkan dari unit-unit penting.
Portal The Malaysian Insider melaporkan, konglomerat itu dijangka mengumumkan prestasi kewangannya itu, yang dipercayai kerugian sekitar RM2 bilion dan kemungkinan ia boleh meningkat kepada RM2.5 bilion.
Kebanyakan kerugian adalah ekoran kesilapan nasihat pelaburan dalam sektor tenaga dan utiliti di Qatar dan masalah berkaitan dengan projek empangan Bakun di Sarawak.

ISLAM umNO HANYA DI BULAN RAMADHAN..

Kenyataan Noh Omar hari ini mendedahkan siapa sebenarnya kumpulan anak muda yang mendesak kerajaan Selangor menutup pusat judi dan pusat maksiat lain di Selangor. Hari ini ternyata dalang di sebalik smeua itu adalah NOH Omar.baca.

Memang selamanya PAS konsisten menentang perkara Mungkar dan maksiat yang berlaku. Selamanya PAS tidak pernah berubah menentang perkara mungkar. PAS telah buktikan di negeri yang PAS kuat dan memerintah seperti di Kelantan. Kejayaan TG NIk Aziz memeimpin dan menjelmakan Islam di Kelantan tidak pernah dipertikai oleh sesiapa. Kelantan adalah jelmaaan dan ukuran prinsip yang diperjuangakan oleh PAS. Bukan hanya di bulan Ramadhan... mungkin Noh paham Islam hanya di bulan Ramadhan..bulan lain tak pe sekalipun jadi setan..

Namun usaha TG NIk Aziz di Kelantan bukan mudah. umNO adalah penghalang utama kerajaan Kelantan. umNO mendiskriminasi Kelantan lebih dari anak tiri atau anak Haram. Pembangunan di Kelantan di sekat. Bantuan diberi melalui JPP. umNO menubuhkan kerajaan dalam kerajaan.

Ketika TG NIk Azizi mengistiharkan untuk mengawal penjualan arak, MCA sekutu dan rakan sepertubuhan umNO melancarkan kempen minum arak besar besaran. Namun kempen itu dibatalkan apabila respon selamba TG yang akan memberi ruang dan tempat untuk kempen itu minum arak sampai pecah perut. umNO dan NOh menikus dan jadi babi sesat buat tak tahu.

Amalan korupsi Umno, punca Soi Lek keliru

KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Kegagalan Umno BN mengimplementasi Islam sebenar punca Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek salah faham tentang Islam.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa (gambar) berkata, amalan korupsi dan penyalahgunaan kuasa Umno telah menyebabkan Islam disalah tafsir oleh bukan Islam termasuk Soi Lek.

"Fakta-fakta yang dikemukakan oleh beliau bukan kerana kecacatan dan ketempangan Islam.

"Bahkan ia adalah kesilapan pemerintah yang mengamalkan korupsi dan penyelewengan kuasa kerana gagal mengimplementasikan prinsip-prinsip Islam dalam pentadbiran negara," katanya.

70,000 Petugas Persekutuan Diarah Lawan Kempen PR


Kira-kira 70,000 petugas Jabatan Persekutuan yang berkhidmat di Kelantan diarah mempromosikan dasar-dasar Kerajaan Pusat pimpinan Umno-BN, khususnya bagi memujuk rakyat menyokong skim pemotongan subsidi.

Agensi berita nasional, Bernama melaporkan arahan ini dibuat bagi mengekang impak kempen penerangan Pakatan Rakyat.

Menyedari orang-ramai berang dengan langkah kerajaan memotong subsidi yang diberi untuk meringankan beban rakyat bawahan, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta 70,000 penjawat awam memainkan peranan sebagai agen menyebarkan propaganda Model Ekonomi Baru.

Pelan alternatif jamin tanah milik Bumiputera


KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Pelan alternatif pembangunan Kampung Baru oleh Kerajaan Selangor memberi jaminan bahawa pemilikan tanah di kawasan tersebut kekal kepada Bumiputera.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri mencadangkan penubuhan satu tabung amanah iaitu Kampung Baru Land Trust (KBLT) yang membolehkan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru memilik saham berdasarkan tanah yang dimiliki.
Beliau berkata demikian sewaktu membentangkan pelan alternatif tersebut di hadapan kira-kira 300 penduduk yang hadir di Kelab Sultan Sulaiman petang ini.

MAKLUMAN DPPSA

Dewan Pemuda PAS Shah Alam mengalami beberapa kesibukan semenjak seminggu lepas kerana terpaksa menguruskan perpindahan pejabat. Kini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam akan beroperasi di DEWAN MUJAHIDIN , 10A JALAN ZIRKON E7/E, SEKSYEN 7 SHAH ALAM. Segala urusan rasmi dan perjumpaan akan diadakan di DEWAN MUJAHIDIN. Untuk permulaan pada malam ini program Akademi tarbiyyah akan berjalan seperti biasa di Dewan Mujahidin dan diharap semua pemuda dapat turun untuk bersama-sama memeriahkan lagi program-program pemuda.

Kampung Baru: Lo' Lo' dakwa menteri tidak ikhlas

Sunday, August 8, 2010
KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali (gambar) sekali lagi mendakwa Menteri Wilayah Persekutuan tidak ikhlas dalam proses membangunkan semula Kampung Baru.

Ianya ekoran Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin tidak menjemput sekali wakil penduduk Kampung Baru dan beliau sendiri sebagai wakil rakyat bertanggungjawab untuk menyertai makmal Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru.

"Di sini satu lagi tak ikhlas menteri, kenapa tidak libatkan penduduk Kampung Baru dan saya sebagai ahli parlimen bertanggungjawab dalam makmal ini?” soalnya.

Anwar: Agak malang, Chua 'jahil dan bongkak'

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana melabelkan negara-negara Islam sebagai tidak progesif dan korup. Katanya, tuduhan itu mencerminkan kejahilan dan sifat bongkak pemimpin BN itu.

Anwar, yang juga ketua umum PKR berkata beliau tidak bercadang menghukum mereka yang menentang Islam, tetapi komen Chua dianggap keterlaluan dan begitu jahil berhubung situasi sebenar masyarakat Islam.

Merujuk kepada amaran Chua kepada masyarakat Cina di negara ini berhubung kerjasama dengan PAS, Anwar berkata Malaysia perlu diselamatkan bagi memastikan masyarakat Islam dan bukan Islam memahami dan menghormati agama dan budaya satu sama lain.

Chua Soi Lek terlampau

Merujuk kenyataan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek dalam Konvesyen Tahunannya ke 33 di Alor Star Kedah semalam (6 Ogos), jelas menunjukkan beliau masih mengalami tekanan dan gangguan mental "Islamophobia" yang parah.

Tambah malang beliau membuat rujukan yang lemah dan mentah mengenai Islam dan penganutnya apabila hanya menjadikan tulisan Syed Akbar Ali (Malaysia and the club of Doom) sebagai asas study casenya tetapi tidak pula merujuk kepada para alim ulamak atau cendikiawan Islam yang muktabar.

Saman ekor: Kerajaan kemaruk duit rakyat

KUALA LUMPUR, 7 Ogos: PAS berpandangan tindakan saman ekor menampakkan kerajaan begitu kemaruk duit rakyat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, ianya bertentangan dengan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, realiti yang berlaku adalah saman diutamakan, rakyat dibebankan.  

Katanya, PAS bimbang rakyat yang menjadi mangsa saman ekor yang dilonggokkan sejak sekian lama akan tertekan untuk membayar saman.

Justeru, ujarnya jalan mudah untuk membayar saman ialah dengan meminjam daripada along.

Khalid Samad Lawat Kilang Carlsberg

SHAH ALAM, 6 Ogos: Anggota Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad bersama beberapa ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengunjungi kilang arak, Carlsberg jam 3 petang, semalam.

Khalid sendiri menyifatkan ianya satu kunjungan yang luar biasa begitu juga pihak pengurusan kilang arak itu.
Melalui blognya, Khalid menjelaskan, lawatan itu dibuat ekoran pencarian tapak baru terminal Bas Shah Alam dimana beliau telah menerima satu cadangan agar kilang Carlsberg itu dijadikan tapaknya.

Selepas pilihan raya umum lalu, Khalid juga mengejutkan pelbagai pihak apabila mengunjungi sebuah gereja di Shah Alah dan berucap kepada penganut Kristian di gereja itu.

Zaid: Petisyen ditolak untuk elak PM diheret

Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim tidak hadir di mahkamah tinggi Rabu lalu untuk mendengar keputusan petisyennya mencabar keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor kerana telah menjangka permohonannya itu akan ditolak.

Menulis dalam blognya, Zaid berkata apabila seorang hakim membenarkan masa yang secukupnya iaitu tiga hari kepada pihak yang mahu petisyen itu ditolak atas alasan teknikal (supaya kes itu tidak dapat peluang ke peringkat perbicaraan sepenuhnya, di mana segala butiran dan keterangan yang ada dan saksi akan dikemukakan), ini bermakna permohonan itu tidak akan berjaya.

"Alasan yang diberi ialah saya tidak menyenaraikan nama mereka yang telah menerima rasuah ataupun “bribe” tersebut. Nama mereka ada, dan kita akan ketengahkan saksi yang kita ada semasa perbicaraan.

Selamatkan Selangor dari Umno

Kebelakangan ini Umno Selangor kelihatan sibuk menganjurkan program yang mereka kenali sebagai roadshow gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan? Dianjurkanlah ceramah di sana-sini, dengan pendekar mereka seperti Ezam Md Nor, Zahid Md Arip selain Noh Omar dan lain-lain bergilir-gilir bersyarah menghamburkan fitnah dan kata nista kepada musuh-musuh politik mereka. Selamatkan Selangor dari apa?

Sedangkan pada 8 Mac lalu rakyat di Selangor khasnya bangkit memenangkan calon-calon PKR, DAP dan PAS kerana mereka sudah bosan dan hilang harapan pada Umno. Umno pincang, Umno rasuah, Umno gasak harta dan kekayaan negeri, lantas Umno dan BN ditendang keluar angkara kemarahan rakyat!

Saman ekor: Kase mahu menteri guna kuasa

Friday, August 6, 2010
Nazri Abdullah   
PUTRAJAYA, 5 Ogos: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mahu Menteri Pengangkutan menggunakan kuasanya mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak menyekat pembaharuan lesen kenderaan kepada mereka yang disaman ekor.
Selain itu, mereka juga mahu menteri mengarahkan JPJ menarik balik arahan menyenarai hitam selagi mereka yang diberi notis saman tidak dibukti bersalah.
Ini kerana tindakan JPJ itu bercanggah dengan Perkara 13 Perlembagaan Negara.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha di Putrajaya hari ini.
Bagaimanapun beliau kecewa kerana tidak dapat bertemu menteri sendiri dan hanya menyerahkan kepada setiausaha akhbarnya.

Tahanan lari: Hishammuddin wajar dipecat

Tuesday, August 3, 2010
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dipertanggungjawabkan dan dipecat dari jawatannya berikutan insiden 20 tahanan warga Afghanistan yang melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi Ahad, baru-baru ini.
Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen bersetuju dengan kata dua yang diberikan oleh menteri kepada ketua setiausaha kementeriaan itu dan juga kepada Ketua Pengarah Imigresen termasuklah mengarahkan pegawai yang bertugas menjaga tahanan itu ditukarkan segera.
Tetapi, katanya ini adalah insiden kali kedua melibatkan depoh tahanan yang sama, kali pertama berlaku adalah pada awal bulan Mac yang lalu di mana 12 rakyat rakyat Afghanistan dan empat rakyat Myanmar, yang semuanya lelaki berumur 22 hingga 48 tahun berjaya melarikan diri.
“Oleh itu, pihak menteri yang sama perlu ambil tanggungjawab untuk letak jawatan atau dipecat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Anwar: Jho Low dapat lapangan terbang Sg Besi

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa jutawan Low Taek Jho, yang lebih dikenali dengan panggilan Jho Low, telah diberikan kontrak pembangunan semula pangkala udara Sungai Besi.

Berucap pada ceramah di Taman Ehsan, Selayang malam semalam, Anwar membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang didakwanya tergesa-gesa menswastakan aset negara untuk mendapatkan keuntungan segera.

Menurut Anwar, senarai itu termasuk Lapangan Terbang Sungai Besi yang dianggap sebagai khazanah nasional kerana ia merupakan lapangan terbang pertama negara.

Sidang DUN Perak kecoh lagi

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berjalan lancar hari ini walaupun berlaku sedikit kekecohan apabila ada beberapa orang yang tidak mempunyai pas kebenaran masuk cuba melepasi kawalan polis.

Po
lis telah mengadakan kawalan di sekitar laluan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan sejak awal pagi tadi.

Persidangan bermula pada 10 pagi.
Semua ADUN Pakatan Rakyat memasuki dewan dengan diketuai Menteri Besar yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Mereka mula memasuki DUN di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, sejak jam 9.40 pagi ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan ADUN BN serta Bebas mula tiba pada jam 9.45 pagi dan menunggu di tempat masing-masing.

FDI merudum 430%, jangan perbodohkan rakyat

Monday, August 2, 2010
Idris Ahmad
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyanggah alasan bahawa pelabur asing tidak ada wang untuk melabur sebagai punca kepada penurunan mendadak pelaburan langsung asing (foreign direct investment-FDI) ke negara ini. Alasan yang tidak matang ini tidak boleh digunakan oleh Tun Mahathir Mohamad sekalipun beliau cuba untuk membela kepimpinan anak didiknya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang gagal memanfaat perlantikannya sebagai Perdana Menteri untuk menarik sokongan pelaburan asing.
PAS mempersoalkan keseriusan pengurusan ekonomi kerajaan pimpinan Najib yang menyebabkan FDI Malaysia jatuh sebanyak 430 peratus. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Negara-Negara ASEAN, Malaysia hanya mampu meraih pelaburan bernilai USD1, 381 juta sahaja pada 2009 berbanding USD7, 318 juta pada 2008. Kejatuhan nilai pelaburan ini adalah yang tertinggi berbanding negara ASEAN lain.
Malaysia yang tersenarai dalam kumpulan ASEAN 5 ketinggalan dengan negara Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura.
Indonesia hanya mengalami kejatuhan sebanyak 91 peratus dengan nilai FDInya masih lebih tinggi dari Malaysia pada 2009 iaitu USD4, 877 juta berbanding USD9, 318 juta pada 2008. Thailand yang bergolak pada tahun lepas pula alami kejatuhan sebanyak 44 peratus iaitu dari USD8, 570 juta pada 2008 kepada USD5, 957 juta pada 2009.

Selamat bercuti Perdana Menteri

Assalammualaikum YAB Perdana Menteri;
Dengar khabar sedang bercuti;
Bercuti pula diluar negeri;
Ini adalah nukilan buat Datuk Seri.

Rakyat menghadapi inflasi yang tinggi;
FDI pula merudum lagi;
Jenayah kian menjadi-jadi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri....

BN SEMAKIN TERDESAK

Polis telah bertindak menyurai serta menghalang para aktivis daripada mengadakan upacara memasang lilin di lapan tempat di seluruh negara bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini berusia 50 tahun.

Me
nurut laporan yang diperolehi, beberapa anggota polis diletakkan di beberapa tempat bagi menghalang upacara memasang lilin itu diadakan.

Di Dataran MBPJ, Padang Timur di Petaling Jaya - di mana upacara memasang lilin bermulajam 8 malam - anggota polis bertindak menyuraikan kira-kira 300 yang hadir sambil menyanyikan lagu Negaraku.

Anggota polis kelihatan mengejar beberapa peserta upacara tersebut dari kawasan Dataran, di tengah-tengah laungan "Hidup, hidup! Hidup rakyat!” manakala anggota polis yang lain, membentuk barisan bagi menghalang orang ramai masuk ke kawasan dataran tersebut
Ser
amai 30 aktivis termasuk lapan wanita ditahan polis kerana menyertai satu perhimpunan haram anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Perhimpunan ini yang dipanggil upacara nyalaan lilin diadakan sebagai simbolik bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) disertai kira-kira
100 orang.

Antara yang ditahan dalam perhimpunan secara aman ini adalah Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh, Ahli Majlis Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin, setiausaha GMI Nalini Elomalai dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan.

Liwat II: 'Hubungan romantis' curi tumpuan


Perbicaraan liwat II membabitkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari dengan kehadiran peguam utama pihak pembelaan, - Karpal Singh - yang sebelum ini cuti sakit selama 15 hari sehingga menyebabkan perbicaraan terpaksa ditangguhkan sementara.

Walaupun, Dr Mohd Razali Ibrahim dari Hospital Kuala Lumpur dijadual memberi keterangan dan disoal balas, namun 'hubungan romantis' antara seorang timbalan pendakwa raya yang mengendalikan kes liwat ini dengan saksi utama yang juga merupakan pengadu kes ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan dingka mencuri tumpuan.

Peguam Anwar mendesak hakim supaya membuang kes ini berdasarkan hubungan timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif yang digugurkan minggu lalu dengan Mohd Saiful.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail minggu lalu memutuskan Farah Azlina digugurkan dari pasukan pendakwaan agar 'hubungan romantisnya' tidak akan menjejaskan kes itu.

Beliau juga telah dipindahkan dari bahagian pendakwaan, pejabat peguam negara.

Anwar tiba di mahkamah pada jam 9 pagi ini dengan diiringi oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pemimpin PKR termasuk, Saifuddin Nasution dan Dr Xavier Jeyakumar.

Selain Karpal, peguamnya yang lain yang turut hadir adalah Param Cumaraswamy dan Sankara Nair.Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Polis perlu jaga keselamatan negara, bukan Umno

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 2 Ogos: PAS berharap polis menjaga keselamatan negara, bukan keselamatan Umno dan bertindaklah secara profesional dengan memberikan keutamaan kepada apa yang patut dilakukan untuk kepentingan rakyat dan negara, bukan untuk kepentingan Umno BN.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad menegaskan pihaknya membantah sikap primitif dan tidak bertamadun polis yang bertindak kasar terhadap ceramah dan himpunan aman yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di negara ini.
Beliau merujuk kepada tangkapan dan gangguan ceramah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Rengit, Batu Pahat pada 31 Julai di mana polis bertindak mengosongkan pentas, merampas pembesar suara dan menghalau penyokong dari tapak ceramah.
Sekurang-kurang-kurangnya sembilan orang ditangkap yang terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita di mana polis juga didakwa bertindak mengoyakkan backdrop penganjur yang digantung di pentas utama.
Pada Himpunan Warga Felcra Kebangsaan di Changkat Lada, Pasir Salak, seramai 30 orang termasuk 10 anggota Unit Amal telah ditahan polis pada 1 Ogos manakala pada sebelah malamnya, pada himpunan menyalakan lilin anti-ISA di Padang Timur berhampiran bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) seramai 29 orang ditangkap, 21 lelaki dan 8 perempuan.
Wartawan Harakah dan Harakahdaily di Kota Bharu juga turut ditahan semasa bertugas membuat liputan himpunan membantah ISA di Dataran Stadium Sultan Mohamad ke-IV malam tadi.

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]