Perhimpunan Bersih II Dicadang Selepas Parlimen Bubar

Tuesday, July 6, 2010
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dicadang supaya mengadakan himpunan kedua selepas parlimen dibubarkan.

Ini ekoran, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan pilihan raya ke-13 yang luar biasa.

Setiausaha Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ), Suhaizan Kayat berkata, ucapan-ucapan terakhir itu telah memberi isyarat bahawa pilihan raya akan diadakan terlebih awal daripada waktu yang sepatutnya.

“Memandangkan bahawa pilihan raya di negara kita masih terlalu terdedah kepada manipulasi, maka saya mencadangkan bahawa Jawatankuasa Bersih perlu mengadakan Himpunan Bersih 2.

Judi: Pemuda PAS berkonvoi ke puncak Genting

UALA LUMPUR, 5 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) sedang membuat persiapan bagi menganjurkan "Konvoi 10 ribu Rakyat, Didik dan Dakwah Tak Nak Judi" ke puncak Genting Highlands.

Menurut ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi, program tersebut dijadual pertengahan Syawal depan selepas umat Islam selesai menjalani ibadah puasa Ramadhan.

"Kita mahu capai objektif utama iaitu mahu menyemarakkan Kempen Tak Nak Judi dan mahu mengimarahkan puncak Genting dengan solat hajat dan kalimah Allah setelah sekian lama gersang," katanya ketika dihubungi.

Judi sukan: Keputusan di tangan kabinet bukan Umno

Monday, July 5, 2010
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek melahirkan kebimbangannya bahawa keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membenarkan Majlis Tertinggi Umno menolak cadangan memberikan lesen judi sukan akan menjadi sebagai satu 'precedent' yang bahaya.

Katanya, sewajarnya, keputusan ditentukan oleh jemaah menteri dan bukannnya Umno kerana ia menimbulkan tanggapan bahawa parti komponen BN yang lain di bawah telunjuk Umno.

“Kami berasa kecewa...Ia sepatutnya diputuskan pada peringkat kabinet, supaya semua pihak komponen dapat memberikan pandangan mereka,” kata Chua pada sesi wawancara khas dengan beberapa media terpilih di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada 25 Jun lalu, Najib mengumumkan bahawa majlis tertinggi Umno sebulat suara menolak cadangan kerajaan persekutuan untuk memberi lesen judi sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd yang dimiliki oleh jutawan Tan Sri Vincent Tan.

23 Dalam Setiap 100 Rakyat Sabah Miskin Di Bawah Umno-BN

PETALING JAYA 5 Julai - Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Dr Hiew King Cheu membidas  kerajaan Umno-Barisan Nasional atas kegagalan menunaikan janji yang dibuat kepada rakyat sabah semasa pilihan raya dan juga mengotakan perjanjian yang dibuat semasa penubuhan Malaysia pada tahun 1963.

Berucap pada forum 'Kemelaratan Rakyat Sabah di Lembah Klang'di Dewan Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya semalam, Dr Hiew berkata rakyat Sabah terutamanya kaum belia terpaksa berhijrah keluar dari Sabah untuk mencari pekerjaan ke Semenanjung, Singapura dan negara lain kerana faktor kemiskinan yang amat tinggi dan kemasukan warga asing yang menawarkan tenaga kerja murah.

Pakatan fail usul tergempar permit Suara Keadilan

Pakatan Rakyat akan memfailkan usul tergempar di Parlimen hari ini untuk membahaskan tindakan kementerian dalam negeri tidak memperbaharui permit akhbar Suara Keadilan.

Selain itu, PKR akan turut mempertahankan laporan akhbar itu yang mendedahkan kepincangan Felda di mahkamah dan tidak akan memohon maaf kepada Felda. 

Menurut TV Selangor, ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata pihaknya mempunyai cukup bukti untuk mempertahankan laporan Suara Keadilan itu.

Justeru, beliau menggesa kerajaan menghentikan usaha untuk membisukan PKR serta akhbar miliknya itu.

Felda Rosak Di Tangan Najib

Pendedahan mengenai kepincangan dalam Felda yang dimuatkan oleh Suara keadilan banyak berpaksi kepada kenyataan bekas  Timbalan Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr. Tan Kee Kwong.

Antara lain beliau ditugaskan untuk bertanggungjawab atas isu-isu Felda yang dibangkitkan di Parlimen. Justeru beliau mempunyai banyak contoh mengenai campur tangan politik dalam urusan Felda dan salah urus wang perbadanan itu.

Seperti yang kita maklum rizab tunai Felda susut dari 4.08 billion ringgit pada tahun 2005 kepada 1.35 billion ringgit, penurunan lebih 60 peratus dalam tempoh lima tahun. Salah satu isu yang dikaitkan dengan salah guna wang Felda ialah pembinaan bangunan baru Felda yang menelan belanja 622 juta ringgit.

Nik Aziz dedah media ada agenda tersembunyi

KOTA BHARU, 4 Julai: Kajian sarjana mendapati media massa gemar  memanipulasikan berita terutamanya membabitkan kenyataan dikeluarkan pemimpin pembangkang.

Situasi itu membelenggui akhbar harian Melayu di negara ini, ketika industri media cetak semakin hilang pembaca.

Dan terbaru keadaan itu berlaku kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila agensi berita milik kerajaan persekutuan melaporkan berita di luar konteks sebenar.

Lebih 3,000 sertai himpunan Tak Nak Judi

Sunday, July 4, 2010
KUALA LUMPUR, 3 Julai: Lebih 3 000 membanjiri perkarangan masjid negara hari ini bagi menyatakan bantahan tak nak judi kepada kerajaan.

Berucap di perhimpunan tersebut Pengerusi GMJ Cikgu Azmi bin Abd Hamid, Setiausaha Suhaizan Kayat dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hasan.

Pada himpunan itu juga turut dilancarkan kempen Tak Nak Judi dan buku Tak Nak Judi.

Gerakan Membantah Judi juga tidak akan berkompromi dengan segala bentuk judi yang melibatkan kanak-kanak dan belia sebelum ianya membarah dalam masyarakat.

Perjanjian air Selangor dengan Syabas - Tipu rakyat dengan Akta Rahsia


Kes konsesi air: K'jaan dapat penangguhan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta kerajaan persekutuan hari ini berjaya mendapatkan permohonan penangguhan keputusan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan supaya laporan audit dan perjanjian konsesi air yang ditandatangani dengan kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) didedahkan kepada awam selewat-lewatnya pada 5 Julai ini. 

Pesuruhjaya kehakiman Hadhariah Syed Ismail ketika membenarkan permohonan itu berkata jika ditolak dan rayuan dibawa ke Mahkamah Rayuan serta berjaya, maka permohonan kerajaan persekutuan akan menjadi sia-sia.

"Saya dalam dilema semasa membenarkan penangguhan kerana saya berpendapat perlu ada ketelusan dalam perjanjian kerana air adalah hak asas,” katanya.

Pilihan raya pada September?

Keputusan kerajaan secara tiba-tiba untuk meningkatkan peruntukan untuk kawasan-kawasan mencetuskan spekulasi bahawa pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi.

Sarjana politik James Chin percaya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin mengambil tindakan itu selepas mengumumkan prestasi ekonomi untuk suku tahun kedua.

"Ia pasti suatu masa sebelas Semptermbe kerana Najib perlu (dokongan) pertumbuhan yang kukuh daripada suku tahun kedua," kata James yang kini mengajar di sebuah universiti swasta.

Petronas tak perlu bayar RM30b dividen setahun

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Petroleum Nasional Berhad (Petronas) sepatutnya tidak kekal membayar RM30 bilion setahun kepada kerajaan Pusat sebagaimana pada paras tahun lepas, kata Ahli Parlimen Selangor, Dr. Dzulkifly Ahmad.

Menurut beliau, jumlah pembayaran dividen pada kerajaan sewajarnya berdasarkan keuntungan bersih yang diperolehi  syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

“Tidak wajar untuk Petronas dipaksa membayar pada kerajaan kekal tinggi RM30 bilion, sepatutnya dividen ini dibayar oleh Petronas kepada pemegang saham, iaitu kerajaan berkadaran dengan keuntungan.”

Zahid Ugut SPRM Jangan Siasat Skandal Scorpene?

SHAH ALAM 3 Julai - Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin menganggap kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu pembelian kapal selam Scorpene tidak perlu di bawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai satu bentuk ugutan dan tidak bertanggungjawab.

Ketika dihubungi Suara Keadilan, Shamsul Iskandar berkata kenyataan Ahmad Zahid itu secara jelas cuba melindungi aktiviti jenayah yang membabitkan urusan pembelian kapal selam berkenaan yang menelan kira-kira RM6.7 bilion dana awam.

PKR: Orang Asli bukan lagi 'fixed deposit' BN

Masyarakat Orang Asli kini mempunyai lebih banyak kesedaran politik dan tidak lagi boleh dianggap sebagai pengundi setia kepada BN, kata timbalan pengerusi biro Orang Asal PKR Pahang, Bob Manolan.

Trend baru ini dikesan daripada perasaan tidak puas hati daripada golongan masyarakat itu, rentetan daripada cadangan kerajaan untuk meminda Akta Orang Asli (Akta 134), kata Bob.

"Melihat kepada senario semasa, memang Orang Asli ini masih (merupakan) fixed deposit kepada BN. Tapi senario ini sudah berubah di beberapa tempat.

Parti Islam Se-Malaysia Selar Tindakan Kerajaan Membatalkan Permit Akhbar Suara Keadilan

Parti Islam Se-Malaysia menyelar tindakan kerajaan membatalkan permit akhbar Suara Keadilan dan turut membidas rancangan Felda menyaman RM200 juta berhubung satu laporan akhbar itu.

Adun Cempaka Iskandar Abdul Samad berkata laporan Suara Keadilan Bil.237 yang bertajuk ‘Felda Bankrap” harus dibaca secara keseluruhan dan dilihat sebagai teguran untuk memperbetulkan Felda dan nasib peneroka yang ramai sedia-maklum bukan golongan berada.

“Saya lihat dari segi undang-undang, Felda hendak saman Keadilan sebanyak RM200 juta, jadi apabila masuk ke mahkamah, lebih banyak perkara akan didedahkan, saya rasa Felda lupa bahawa ini adalah satu bahaya kepada dia juga.

Judi: Vincent Tan lebih berani dari Najib

KUALA LUMPUR, 2 Julai: AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa menyifatkan ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan lebih gagah dan berani dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan beliau memang mendapat surat untuk melaksanakan perjudian bola sepak dari Kementerian Kewangan.

Vincent Tan, dalam pertemuannya dengan penganalisa pernigaan judi 29 Jun lalu menunjukkan surat kelulusan asal bertarikh 13 Januari tetapi Najib tidak pernah berani menyatakannya secara terbuka kerana takut tekanan politik.

Menurut Husam, Vincent Tan mengadakan perjumpaan dengan penganalisa perniagaan judi tiga hari selepas Najib umum lesen judi bola tak jadi lulus.

Dalam perjumpaan itu, Vincent Tan tunjukkan surat kelulusan asal bertarikh 13 Januari tahun ini. Vinvent Tan masih menekankan Kerajaan Najib telah pun memberikan kelulusan bertulis.

PM 'membisu' kos bawa Rosmah ke New York

Friday, July 2, 2010
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan mendedahkan kos yang dibelanjakan bagi membawa isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke New York, April lalu meskipun disdesak supaya berbuat demikian di Dewan Rakyat.

Dalam jawapan bertulisnya kepada N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Najib mengelakkan daripada memberikan sebarang jumlah.

"Kos perbelanjaan penginapan dan perjalanan Datin Seri Rosmah adalah termasuk di dalam perbelanjaan yang disediakan untuk perdana menteri, selaras dengan kedudukan beliau sebagai isteri perdana menteri,” kata Najib dalam jawapan satu perenggannya.

Gobalakrishnan yang tidak berpuas hati dengan jawapan yang kurang tepat itu, cuba menimbulkan perkara berkenaan dengan speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Bagaimanapun, Pandikar menjawap Aturan Dewan tidak memberikannya kuasa untuk menilai 'kualiti' jawapan menteri dan sehubungan itu, beliau tidak boleh bertindak.

Umno guna APCO serang saya - Anwar

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno menggunakan isu APCO Worldwide untuk menyerangnya semasa berada di luar negara.
“Masalahnya, Umno menggunakan APCO, yang diketahui mempunyai hubungan dengan Israel, untuk menyerang saya di luar negara,” ujarnya kepada media di Parlimen petang ini.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas laporan akhbar hari ini berhubung perjumpaannya dengan beberapa pemimpin Yahudi di Washington sebagaimana laporan akhbar Washington Post, Isnin lalu.
Berita muka depan Utusan Malaysia hari ini melaporkan Anwar yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan beberapa tokoh Yahudi disahkan mengunjungi Amerika Syarikat (AS) pada 23 hingga 26 Jun lalu bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok tersebut selepas dikatakan membuat kenyataan yang dilihat beliau anti Yahudi dalam isu APCO Worldwide, baru-baru ini.

Bala: Deepak, Rosmah 'taja' lawatan saya ke London

Thursday, July 1, 2010
Penyiasat persendirian P Balasubramaniam berkata wang yang digunakan bagi membiayai lawatannya ke London bagi perjumpaan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang telah dibatalkan disalurkan oleh tokoh perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan dan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Peguam Balasubramaniam, Americk Singh Sidhu, berkata beliau telah diarahkan oleh anak guamnya bagi menjawap kenyataan yang dibuat oleh ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pada sidan media di lobi parlimen semalam.

Zahrain semalam menuntut SPRM supaya menyiasat individu yang menaja penerbangan Balasubramaniam dan penginapannya di London.

M
enurut Americk, Balasubramaniam menyokong sepenuhnya cadangan Zahrain.

UMNO Putera keringkan wang Felda

Saya boleh membantu menjelaskan, sebahagaian, bagaimana ceritanya rizab tunai Felda dikeringkan.

Sejumlah setengah billion, (RM 512 juta) dibelanjakan melalui projek-projek (tak perlu dan di luar tugas Felda) yang disiapkan oleh firma arkitek yang sama.

Firma arkitek diterajui seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Terengganu ini sudah pasti ada hubungan kekeluargaan yang rapat dengan tokoh dari Terengganu juga yang memayungi Felda.

Kasih sayang kekeluargaan mereka diluaskan dengan mencari jalan bersama bagaimana wang Felda boleh 'diuruskan'. Jumlahnya bukan sedikit, demi warga Felda tercinta....

Lantaran itu, projek bukan bidang tugas Felda sama sekali, turut dibiayai oleh Felda atas sifat pemurahnya. Seperti Kolej Komuniti di Terengganu (RM 18 juta) dan Sabah (RM 22 juta), Menaik Taraf Bekalan Air Di Pahang (RM 200 juta) dan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (RM 120 juta).

Aziz Bari: Tukar sekali SUK, pegawai kewangan

Pakatan Rakyat bukan sahaja disaran menggantikan penasihat undang-undang dengan peguam sendiri, malahan gagasan itu turut dicadang melantik pegawai kewangan dan setiausaha kerajaan negeri pilihan mereka.

Hal ini disuarakan oleh pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Aziz Bari.

Beliau yang dipetik oleh TV Selangor berkata ketiga-tiga jawatan berkenaan adalah lantikan kerajaan persekutuan yang disyaki berperanan sebagai tali barut kerajaan pusat untuk mengkucar-kacirkan kestabilan di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

"Oleh kerana penasihat undang-undang, pegawai kewangan negeri dan setiausaha kerajaan negeri adalah anggota kabinet negeri, jadi mereka ini mungkin membocorkan rahsia negeri kepada pusat," katanya.

"Gaji dibayar oleh negeri tetapi kesetiaan dan kiblat mereka kepada kerajaan persekutuan kerana kita faham mereka ini dipilih oleh peguam negara untuk mengkucar-kacirkan. Ini yang berlaku," katanya lagi.
'Tali barut'

Razaleigh pengerusi jawatankuasa tuntut royalti

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR 1 Julai: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (kiri) akan mempengerusikan sebuah jawatankuasa bagi menuntut hak royalti minyak dan menilai semula hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri yang akan ditubuhkan pada minggu hadapan.
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (kanan)memberitahu, Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh semalam dan beliau telah menyatakan persetujuan berhubung perkara itu.
"Kita telah mengadakan pertemuan dengan Yang Berhormat Mulia Tengku Razaliegh, dan beliau bersetuju untuk mengetuai Kaukus ini, tetapi ia tidak hanya tertumpu kepada isu royalti sahaja, bahkan akan menyentuh hubungan antara kerajaan Persekutuan dengan negeri.
“Beliau akan memanggil Ahli Parlimen dari semua parti termasuk dari negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen petang semalam.
Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS memaklumkan demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh bagi membincangkan penubuhan Kaukus tersebut di sebuah tempat di Kuala Lumpur, sebelum itu.

Satu Lagi Serangan BN: Dua ADUN PR Selangor dipanggil SRPM

Oleh Dr Badrul Amin

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan notis pemeriksaan kepada dua orang ADUN Pakatan Rakyat Selangor untuk hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM, Putrajaya esok.

Surat dikeluarkan kepada ADUN Batu Caves Amirudin Shari dan ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafie pada Isnin lalu mengarahkan kedua-dua mereka untuk bantu siasat di bawah kesalahan 17(A) Akta SPRM.

Kami yakin langkah SPRM ini ketika spekulasi berkenaan empat ADUN Parti Keadilan Rakyat akan meninggalkan parti baru-baru ini merupakan satu lagi serangan baru daripada siri percubaan untuk menjatuhkan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.

SPRM tak jadi wawancara PI Bala di London

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan merakam kenyataan penyiasat persendirian P Balasubramaniam di London.

Sebaliknya, SPRM akan menghantar soalan kepada Balasubramaniam dan meminta saksi tersebut menjawab dalam bentuk affidavit, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull.

"Kita akan menulis kepada peguam saksi berkenaan esok, untuk memaklumkan keputusan tersebut, dan untuk mengemukakan soalan-soalannya," katanya.

Shukri berkata langkah tersebut diambil atas nasihat Pejabat Peguam Negara, dengan mengambil kira kes Tan Sri Eric Chia di mana satu kenyataan saksi yang dirakam di luar negeri, tidak diterima sebagai bahan bukti dalam kes rasuah tersebut.

Zaid: Jumpa Raja Petra tak salah

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim membidas ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mempersoalkan pertemuannya dengan Raja Petra di Manchester pada tahun lalu dan menjadikannya isu di Dewan Rakyat hari ini.Dengan sinis, Zaid berkata sebagai wakil rakyat, Zahrain sepatutnya menimbulkan cadangan yang bernas mengenai dasar negara dan berani mengkritik keputusan kerajaan.
“Itulah tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh seorang Yang Berhormat. Lebih-lebih lagi kalau kita itu, wakil rakyat Bebas yang begitu di gemari oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Kenalah jaga standard supaya orang tak mengatakan kita ini budak suruhan semata mata, dan tidak ada modal bernas untuk diketengahkan dalam Dewan,” kata Zaid dalam blognya.

Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Zahrain kini sudah semacam menjadi wakil kepada polis perisikan yang membuat pendedahan yang beliau menginap di hotel yang sama dengan Raja Petra.
“Dia kata SPRM kena siasat petemuan ini. Inilah kerja wakil rakyat pro-BN kita hari ini. Tak ada perkara lain nak ditimbulkan. Kalau dia tanya saya, saya akan beritahu lebih dari itu.

“Jumpa Raja Petra tidak salah...Raja Petra dan isterinya, Marina kawan saya. Saya tak tinggalkan kawan semata-mata kawan ada dalam kesusahan. Jadi setiap kali saya ke London, saya jumpa mereka. Tahun lepas saya bawa Petra tengok bolasepak di Old Trattford, dia minat kepada Manchester United. Jadi saya belanjalah dia.

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]