Beli EMU 6 gerabak, kerajaan rugi 500 juta

Wednesday, June 30, 2010
Kerajaan didakwa akan kerugian RM500 juta berikutan keputusan membeli 38 unit tren elektrik (EMU) 6 gerabak secara runding terus dari sebuah syarikat China dengan harga RM1.824 bilion lebih mahal daripada tender asal.

Menurut ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkifli Ahmad, syarikat Zhu Zhou Electric Locomotive yang mendapat tender asal pada 2008 untuk membekal 8 unit EMU 3 gerabak, hanya menawarkan harga RM13.725 juta seunit.

Namun selepas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menetap keperluan baru tahun ini kepada set EMU 6 gerabak, rundingan terus dengan syarikat sama menyaksikan harga meningkat kepada RM48 juta seunit, lebih tiga kali ganda lebih tinggi daripada harga asal.

Kata Dzulklifi, harga itu tidak munasabah biarpun setelah mengambil kira pelbagai kos lain yang mempengaruhi seperti inflasi, kadar pertukaran asing, peningkatan bahan mentah dan sebagainya.

40 ulama muda masuk umno ? sandiwara mula terbongkar !

kelulut@telokbakong.com



Propaganda kurang bijak ini semakin terbongkar.Dari awal desas desus saya cuba mencari maklumat sahih.Cuba sedaya agar tidak tersilap perkiraan.
Akhirnya dapat kisah sahih yang terjadi .Begini kisahnya.

Tun Mahathir : Isu Jambatan Bengkok Apa Pendirian Kerajaan?

Tun Dr Mahathir Mohamad sebagaimana umum mengetahui memulakan serangan beliau kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan isu Jambatan Bengkok ini. Seolah-olah kemarahan beliau sudah tidak tertanggung disebalik tindakan kerajaan pada masa itu yang membatalkan terus hasrat Sultan Johor dan Kerajaan zaman beliau untuk membina Jambatan Bengkok ini. Hari ini beliau sekali lagi mula mempersoalkan pendirian kerajaan sekarang samada projek Jambatan Bengkok akan diusahakan kembali atau kekal dengan keputusan lama.
 
Dipetik dari blog TDM

Bookmark and Share
1. Di laporkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Johor telah bertitah bahawa baginda suka untuk melihat jambatan menggantikan tambak Johor.

2. Demikian juga dititah oleh Al-Marhum Sultan Iskandar bahawa baginda hendak tambak Johor diganti dengan jambatan.

Pemimpin tunduk kehendak luar bahayakan negara

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 30 Jun: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, tindakan pemimpin Umno BN yang begitu tunduk kepada kehendak negara luar membahayakan keselamatan negara.
Justeru, pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) dilihat menjadi agen kepada Brunei dan Singapura apabila tidak tegas dalam tindakan untuk mendapatkan blok L dan M serta tanah Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di Tanjung Pagar.
"Secara jelas saya katakan bahawa ramai di kalangan pemimpin Umno sebenarnya adalah agen Brunei dan agen Singapura dan ini dilihat sangat bahaya kepada masa depan negara kita apabila pemimpin-pemimpin negara kita ini lebih menjadi agen Brunei dan Singapura," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.
Di dalam dewan sebelum itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Anak Jaem ketika penggulungan Rancangan Malaysia Ke-10 peringkat kementerian gagal menjawab soalan beberapa wakil Pakatan Rakyat mengenai isu Pulau Batu Putih, pemberian blok L dan M kepada Brunei, dan tanah KTMB di Tanjung Pagar, Singapura.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata, kerajaan ternyata tidak konsisten dalam hal berkaitan kedaulatan negara dan dengan mudah menyerahkan milik negara kepada negara asing.

Umno takut kuasa undi anak muda

Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 30 Jun: “Pemuda Umno mungkin tiupkan sentimen perkauman ini kerana mereka sendiri mungkin yakin bahawa anak muda Melayu mampu mengancam Umno pada pilihan raya umum akan datang,” kata Mohd Firdaus Jaafar (gambar).
Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat menyatakan demikian ketika mengulas kenyataan Pemuda Umno kononnya nisbah pengundi baru antara Melayu dan bukan Melayu sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu adalah 1 Melayu nisbah 40 bukan Melayu.
Menurut beliau, Umno tidak ada jalan lain untuk mengekalkan kuasa mereka dalam negara, kecuali mereka terpaksa bergantung pada undi tradisi daripada ahli-ahli Umno serta pengundi Melayu yang masih menaruh harapan pada parti perkauman tersebut.
“Kaum Cina, India dan kaum-kaum lain umumnya lebih berminat dengan Pakatan Rakyat, kalau nak bergantung pun mungkin dengan undi tradisi dari Umno dan orang Melayu,” ujar beliau.
Pun begitu, beliau berkata, para pengundi bandaran serta mereka yang terdedah dengan media baru yang sebelum ini pernah mengundi Umno telah menunjukkan minat dengan PAS  dan Pakatan Rakyat menjelang tsunami politik PRU12 lalu.
Impaknya, beliau berkata, rakyat memberi mandat pada Pakatan Rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di Kedah, Selangor, Perak (sebelum kudeta) dan Pulau Pinang.
Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Jerai turut mempersoal pendirian Umno ekoran sokongan semua kaum bukan Melayu sebelum PRU12 yang lalu.

Khalid Ibrahim : Ini Model Pentadbiran Akan Datang

Tan Sri Khalid Ibrahim yang akan bercuti selama lima mulai esok, berkata kedudukan beliau sebagai menteri besar Selangor tanpa berkuasa dalam parti di peringkat negeri, merupakan satu "cara pentadbiran baru."

Bermula esok, Khalid akan ke Singapura bagi menghadiri Persidangan Bandar Sedunia esok dan seterusnya ke Brisbane, Australia untuk menghadiri satu sesi perbincangan dengan para graduan terpilih University of Queensland.

Katanya, penyusunan kuasa seperti ini juga bagi memastikan tiada konflik kepentingan di kalangan pentadbir kerajaan dan juga pemimpin parti.

"Ini satu pembaharuan, satu inovasi. Satu isu lagi ialah untuk mengelakkan konflik kepentingan. Seorang jaga negeri, seorang lagi jaga parti," katanya.

Pengundi baru: PAS sasar 50% Melayu, bukan Melayu

Tuesday, June 29, 2010

Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 29 Jun: PAS mensasarkan pendaftaran 50 peratus pengundi baru sama ada Melayu atau bukan Melayu untuk mempertahan Kerajaan Kedah dan Selangor daripada dirampas Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (gambar) berkata demikian ketika diminta mengulas laporan eksklusif Berita Harian berhubung nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak PRU12 lalu adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40).
“Pendaftaran pengundi baru oleh ejen kita setakat ini tak sampai 10 peratus sedangkan kita mahu lebih separuh daripada orang yang layak berdaftar untuk pertahan dua kerajaan yang baru (sepenggal) kita memerintah,” jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa pada satu wawancara eksklusif di lobi Parlimen, hari ini.
Menurut beliau, PAS perlu mendaftar lebih 250 ribu pengundi baru di peringkat Kedah kerana kebanyakan wakil rakyat PAS serta sebahagian wakil rakyat PKR bertanding di kawasan majoriti Melayu.

Pakatan lantik penasihat undang-undang sendiri

Negeri-negeri Pakatan Rakyat akan melantik penasihat undang-undang mereka sendiri dan memberhentikan amalan sekarang yang mana jawatan berkenaan diisi oleh perwakilan daripada Pejabat Peguam Negara.

Pada sidang media oleh pemimpin Pakatan di parlimen, hari ini, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan itu perlu berikutan 'kecuaian' oleh penasihat undang-undang yang dilantik oleh kerajaan persekutuan.

Penasihat undang-undang di negeri-negeri Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum 2008 seringkali bertindak dan membuat keputusan yang bercanggah dengan kerajaan negeri. Paling ketara, ia berlaku di Perak sebelum kerajaan negeri Pakatan ditumbangkan.

Di Selangor pula, penasihat undang-undang negeri didakwa melenggahkan hasrat kerajaan negeri menjadikan dokumen konsei perjanjian air sebagai dokumen awam.

Pengundi: Umno punca Melayu tidak daftar

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 29 Jun: PAS berpandangan laporan Berita Harian yang menyatakan bahawa nisbah 1 orang Melayu dan 40 bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi, ini angka petunjuk kegagalan Umno sebagai tonggak kepada negara pada hari ini untuk menyuntik kesedaran politik di kalangan orang Melayu.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berpendapat perkara itu terjadi kerana Umno BN yang berkuasa di negara ini  telah menjadikan generasi muda Melayu, hanyut dengan budaya hedonisme yang melampau.
Katanya, orang Melayu yang dilanda dengan budaya itu memang mereka tidak akan mempedulikan soal politik  dan apa sahaja gejala rasuah  yang berlaku dalam negara kita.
“Umno mengharap dengan dihadang program hiburan sebegini maka mereka tidak akan mengambil peduli apa yang berlaku kepada negara ini,” katanya kepada Harakahdaily.
Maka, katanya Umno BN akan bermaharajalela untuk memfaraid harta negara kerana rakyat Melayu ini tidak mempedulikan apa yang Umno hendak lakukan seperti kapal selam yang tidak boleh menyelam, gadai harta negara seperti Blok L dan M yang berharga RM320 bilion kepada kerajaan Brunei.

Tidak keluar lesen judi kerana agama?

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 29 Jun: Keputusan kerajaan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan atas pertimbangan agama dan kesan politik harus dipersoalkan keikhlasannya.
Ini kerana Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berpendapat bahawa hal-hal berkaitan judi telah ada nas yang jelas dan pasti berdasarkan ayat al-Quran di dalam surah Al-Maaidah ayat 90.
Oleh itu, kata timbalan ketuanya, Azman Shapawi Abdul Rani (gambar), ia tidak perlu dibincangkan atau ditimbang-timbangkan.
“Kenapa hanya judi sahaja yang dipertimbangkan sedangkan ISA, hudud, rasuah, arak, aurat, pusat maksiat yang semakin membiak di negara ini tidak dibincangkan dalam konteks agama,” ujarnya dalam satu kenyataan.
DPPP juga, katanya mempersoalkan sejak bila kerajaan Umno BN mempertimbangkan sesuatu perkara mengambil kira pendapat rakyat.
Sedangkan, tambahnya sebelum ini mengapa kerajaan tidak pernah mendengar akan rintihan rakyat seperti kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak, tol dan sebagainya.
“Jelas di sini kerajaan semakin takut akan kebangkitan rakyat yang begitu memarahi kerajaan Umno BN yang suka bertindak mengikut penilaian politik tanpa memikirkan akibatnya kepada rakyat marhaen,” ujarnya lagi.
Justeru, tegasnya DPPP mencabar agar kerajaan juga menyatakan pendirian mereka berkaitan hal-hal yang lain yang lebih memerlukan pendapat rakyat.

Umno tipu, jatuh reputasi ulama muda

Monday, June 28, 2010
Harakahdaily
Ismail Hashim   
SHAH ALAM, 28 Jun: Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.
Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, (gambar) dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.
“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.
“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.
Hosni merupakan seorang pelajar hafiz menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu.
Bermula 2004, beliau belajar di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah dan kini bersedia menyambung pengajian Master di sebuah universiti tempatan.
Anak ketiga daripada empat beradik ini sangat kesal dengan kejadian menipu oleh Umno kerana masyarakat telah memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu.
“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami  berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.
Majlis tersebut turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, Ketua DAPSY, Anthony Look dan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari.
Mengulas kejadian itu, Idris berkata, jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat biasa sambil menegaskan PAS tidak gentar dengan penyertaan seberapa ramai ulama kerana rakyat lebih tahu sama ada PAS baik atau Umno sudah gelisah.

Kisah sebenar " 40 Ulama Masuk UMNO"

Malam tadi berlangsung pentas pemuda Pakatan Rakyat yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam dan PAS Cawangan TTDI Jaya, seksyen U2 Shah Alam. Majlis yang berlansung di Dewan bunga kertas menyaksikan kehadiran 200 orang pengunjung walau umum mengetahui malam tadi berlangsung perlawanan hebat antara Germany dan England. Namun kehadiran penceramah dan hadirin nyata tidak mendukacitakan. Beberapa penceramah menyampaikan pelbagai isu seperti judi dan sebagainya.
Malam tadi menyaksikan kemunculan pertama seorang ustaz yang gambarnya terpampang di dada-dada akhbar menyatakan bahawa beliau merupakan salah seorang ulama muda yang menyertai UMNO. Beliau tampil setelah tidak tahan lagi dengan fitnah yang tertimpa pada beliau ekoran peristiwa memalukan tersebut. Segalanya bermula dengan makluman yang beliau perolehi bahawa ada perjumpaan bekas-bekas pelajar Jordan dengan YAB Perdana Menteri Malaysia di Hotel Legend, KL. Apa bila tiba di hotel Legend beliau dan rakan-rakan telah dibawa menaiki lif dan menuruni eskolator dan seterusnya dibawa keluar dari Hotel Legend memasuki Ibu Pejabat UMNO. Beliau masih tidak mengesyaki apa-apa memandangkan ramai kalangan ustaz-ustaz yang hadir menyatakan mereka mendapat jemputan yang sama iaitu Majlis Bekas-Bekas Pelajar Jordan Bersama PM.

Malangnya menurut beliau, sewaktu sidang akhbar sedang dijalankan tiba-tiba majlis penyerahan borang UMNO berlangsung. Beliau dan sahabat-sahabat lain terkejut dengan apa yang berlaku. Majlis tersebut mendapat liputan yang begitu meluas oleh pihak media.Beliau juga memaklumkan bahawa hanya beberapa orang sahaja yang ingin masuk UMNO iaitu kelompok yang dikategorikan sebagai "Wahabi" yang selama ini telah disekat dari memberi ceramah di Masjid dan Surau di Selangor terutama sekali. Belai beranggapan kemasukan kelompok ini ke dalam UMNO hanyalah untuk memudahkan penyebaran kefahaman itu dalam masyarakat.

Masa yang diperuntukkan untuk beliau malam tadi agak terbatas. Dewan Pemuda PAS Shah Alam sedang mengatur satu lagi majlis penerangan dalam masa terdekat untuk mendedahkan terdesaknya UMNO untuk mendapat sokongan para alim Ulama yang nyata tidak memihak kepada mereka pun selama ini.

Dr Mahathir Kepala Judi Negara

Friday, June 25, 2010

1. Kenyataan yang angkuh , sombong dan bodoh ! ... itulah yang boleh kita katakan kepada Tun Dr. Mahathir di atas kenyataan terbarunya berkait sokongan beliau terhadap industri judi dalam negara .

2. Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa : " Jika saya jadi kerajaan , saya luluskanlah [ judi ]..." [klik di sini]
3. Satu kenyataan yang cukup biadab justeru ia bercanggah dengan Islam dan semua agama . Tidak syak bahawa judi adalah musibah dan malapetaka kepada negara dan rakyat.

4. Memang telah diketahui umum bahawa Malaysia telah terkenal sebagai Darul Kasino di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Bermula dari sekecil - kecil judi seperti berlaga ayam sehinggalah judi di puncak bukit dan judi diatas kapal wujud dalam negara kita .

5. Tidak hairan jika Tun Dr. Mahathir begitu teruja untuk terus menyokong industri judi dan perluasannya di dalam negara ini . Lagaknya bercakap tak ubah seperti dia masih Perdana Menteri sedang Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri hari ini jelas kelihatan teragak - agak untuk bercakap soal judi bila berdepan dengan penentangan dari rakyat .

Pemuda Umno Tertinggal Bas

mso
TAHNIAH diucapkan kepada Dewan Pemuda Pas kerana mendahului Pemuda Umno dalam membantah pemberian lesen judi bola sepak. Dewan Pemuda Pas awal-awal lagi telah membantah pemberian itu dengan mengadakan tunjuk perasaan di perkarangan-perkarangan masjid sebaik saja Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussein mengumumkan cadangan kerajaan untuk memberi lesen perjudian itu.

Ketuanya, Nasrudin Hassan (foto) bersama saf kepimpinannya terus menggerakkan kempen membantah pemberian lesen berkenaan. Hasil bantahan Pemuda Pas itu orang ramai menyedari akan bahaya perjudian berkenaan. Ekoran itu juga berbagai pihak turut menyatakan kesalan dan bantahan mereka berhubung perkara itu.

Dalam soal ini bolehlah dianggap Pemuda Pas yang mempeloporinya manakala pergerakan Pemuda Umno ketinggalan bas dalam hal ini!

Setelah dua minggu Pas mengadakan bantahan, hari ini baru Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyatakan pergerakan itu juga turut membantah pemberian lesen judi bola itu. Katanya keputusan itu setelah ditanya pandangan rakan-rakannya dalam MCA dan MIC.

Bijaknya Najib! Tol Singapura turun 30%, Pulau Pinang naik 34%

Thursday, June 24, 2010

Herman Samsudeen   
Ibarat kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan, begitulah nasib rakyat Malaysia khususnya di Pulau Pinang selepas Najib dengan bijaknya menawarkan pengurangan tol 30% bagi jambatan kedua yang menghubungkan Johor dan Singapura sedangkan untuk Pulau Pinang caj tol dinaikkan 34%.

Saya bukan nak kata orang yang gunakan jambatan kedua Johor-Singapura sebagai Kera, tapi itu hanyalah pepatah orang-orang Melayu sebagai mengambarkan ketidakadilan yang berlaku.

Saya setuju dengan pandangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (DAP) yang mengalu-alukan pengurangan tol dijambatan kedua Johor-Singapura itu kerana sebagai rakyat kita mahu semua tol dikurangkan dan dihapuskan terus. Kalau kerajaan nak hapuskan terus Tol berkenaan pun bagus.

GMJ serah memo bantah judi sukan kepada PM

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini menuntut supaya kerajaan memansuhkan lesen judi sukan.
Hanya lima orang dibenarkan masuk pada kira-kirajam 3.15 petang ini, termasuk presiden GMJ, Azmi Abdul Hamid dan setiausaha GMJ, Suhaizan Kaiat.
Turut sama ialah naib presiden Dewan Perhimpunan Cina (Selangor dan KL) Ser Choon Ing dan Goh King Seng dari Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG - sebuah NGO Cina.

Seorang lagi ialah Lee Ban Chen dari Budayawan Bertindak.
Bercakap kepada media kira-kira 15 minit selepas itu, Azmi berkata memorandum itu diterima oleh wakil perdana menteri Nasrul Hakim Jamaludin, yang merupakan penolong setiausaha di jabatan berkenaan.

"Kami nyatakan (kepada beliau) bahawa memorandum ini disampaikan oleh semua NGO berbilang kaum dan berbilang bangsa, berbilang agama.

Dr Asri dan Dr Juanda dakwa "BN Bohong"

Wednesday, June 23, 2010
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 22 Jun: Di tengah-tengah cerita bekas Mufti Perlis,  Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersama 100 ulama akan menyertai Umno Jumaat ini, beliau bersama rakannya, Dr Juanda Jaya yang kini Mufti Perlis menyifatkan BN bohong dalam mengaitkan mereka dengan kumpulan pengganas.

Dakwaan ini dibuat kedua-duanya dalam satu kenyataan bersama yang diberikan tajuk "Mengapa Kerajaan BN Berbohong?" bagi mengulas langkah kerajaan BN yang cuba mengaitkan isu ancaman pengganas di negara ini dengan mereka berdua.
(Gambar: Empat yang didakwa ada kaitan dengan Wahabi oleh ILIM, Shahidan, Asri, Juanda dan Abdul Hadi)

Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya adalah Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Ahli Fatwa Kebangsaan, kini Visiting Fellow Oxford Universiti Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula adalah Bekas Mufti Perlis, Ahli Majlis Agama Islam Perlis dan kini Pensyarah Pengajian Islam USM.

Menteri Otak Kemetot Nak Buang Tak Boleh...

MSO
MAAF lah kepala saya jadi panas dengan tiba-tiba bila mendengar Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi menyelar Anwar Ibrahim ketika bercakap dengan pemberita berhubung Jemaah Islam (JI). Kata Zaid, Anwar tidak sepatutnya memanipulasikan isu berkenaan.

Saya rasa baik Menteri Pertahanan dan juga Menteri Dalam Negeri serta Ketua Polis Negara dan juga Menteri Pelajaran tidak berapa masak dalam hal ini. Kalau Anwar tidak masak munasabah, sebab dia ketua pembangkang di mana akan membangkang apa saja tidak kira makanan yang dihidangkan beracun atau lazat.

Kenapa saya kata tidak berapa masak ialah, kenapa mereka mendedahkan isu JI yang kononnya sudah meresap dalam kampus dan mengancam keselamatan negara. Dan seperti mana kata Zahid seorang Profesor Madya terlibat dengan JI.

Pengganas JI: PAS jangka tangkapan ISA

PAS hari ini tidak menolak kemungkinan bahawa akan wujud tangkapan tanpa bicara menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas ahli politik pembangkang dan tokoh-tokoh agama, berhubung kewujudan semula gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI) di beberapa universiti tempatan.

“Mungkin akan ada tokoh-tokoh tertentu, tokoh politik atau tokoh-tokoh agama tertentu yang akan ditangkap disebabkan isu ini (JI) dan itulah yang menjadi kebimbangan kami semua,” kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Sehubungan itu ahli parlimen Kubang Kerian itu, menggesa kerajaan mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan berkenaan.

Katanya, jika gagal berbuat demikian, PAS akan mendedahkan dalil bahawa kerajaan sebenarnya berbohong.

“Kami semua selaku ahli parlimen PAS kesal dan kami minta suatu kenyataan rasmi oleh menteri dibuat di Parlimen pada kadar segera yang kononnya wujud JI ini yang melibatkan pelajar-pelajar IPTA kita,” katanya di lobi parlimen, pagi ini.

MP Pakatan: Lebih wajar Dr Asri kekal bebas

Tuesday, June 22, 2010
Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilihat lebih sesuai tidak menyertai mana-mana parti politik dan kekal bebas seperti sekarang.

Ahli parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali berpendapat, lebih wajar bagi pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu tidak menyertai Umno bagi "mengembangkan ilmu agamanya".

"Jika beliau sertai parti politik, beliau tidak boleh menjadi pensyarah. Banyak ilmu beliau perlu dikembangkan kepada anak-anak muda.

"(Selain itu) beliau juga tidak akan ada kebebasan untuk bersuara kepada semua pihak. Jadi lebih baik dia tidak menyertai parti politik," katanya semasa dihubungi Malaysiakini semalam.

Selain itu, Dr Lo' Lo' juga berkata, sukar baginya untuk mempercayai jika Dr Mohd Asri akan menyertai Umno.

"Bagaimana seorang yang menentang Umno tiba-tiba akan menyokong Umno.

Lagi Syarikat Israel beroperasi di Malaysia!!

Ingatkan cuma APCO saja yang bertapak di Malaysia ini, rupa-rupanya ada lagi... lebih hebat lagi Syarikat ini di iktiraf oleh Multimedia Super Corridor..

Dari Malaysia Today
Ness TSG (Technologies and Systems Group)

http://www.ness.com/Global/Industries/defense-and-homeland-security/Pages/Defense-and-Homeland-Security.aspx

The main business of Ness is in intelligence, telecommunications, defence and homeland security

kenapa tian chua gigit polis? Tengok video Sikit...

Kenapa syarikat Felda ditutup selepas Najib ambil alih

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Jun: Datuk Zaid Ibrahim meminta kerajaan menjelaskan berhubung beberapa syarikat berkaitan Felda yang telah ditutup dalam tempoh lima tahun terakhir semenjak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil alih Felda.


"Syarikat-syarikat berikut telah ditutup: Felda Karet, Sutera Jaya dan Felda Herbal. Harus ada penjelasan terperinci kenapa ianya ditutup dan apakah hal ini disebabkan kelemahan pengurusan," ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR mendakwa penjelasan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhubung kejatuhan sumber kewangan Felda tidak jelas dan boleh dipertikai.



Beliau dalam satu kenyataan berkata, kenyataan Datuk Ahmad Maslan Ahmad di Dewan Rakyat Rabu lalu juga tidak menyentuh keuntungan pelaburan yang diperolehi Felda.


"Dia gagal untuk menjelaskan nilai keuntungan Felda melalui pelaburan selain menggunakan wang tersebut untuk 'tujuan kesejahteraan', seperti yang dinyatakan," katanya.

5 bookie dengan pertaruhan RM6j ditahan : Tiada alasan kelulusan judi bola

Monday, June 21, 2010
Polis menahan lima lelaki kerana dipercayai menjalankan perjudian bola sepak Piala Dunia 2010, di Johor dengan membabitkan pertaruhan RM6 juta.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua mereka ditahan secara berasingan mulai Selasa hingga Jumaat lepas, di kediaman persendirian di Taman Delima di Kluang, Taman Megah Ria di Masai dan Taman Gaya di Ulu Tiram.

"Penahanan ke atas kesemua lelaki berumur lingkungan 30-an hingga 45 tahun itu adalah berdasarkan maklumat orang awam," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.

Mohd Mokhtar berkata polis merampas pelbagai peralatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan terbabit termasuk lima komputer riba, modem, mesin faksimili, telefon bimbit serta beberapa buku catitan pertaruhan.

Beliau berkata kesemua mereka kini direman untuk disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953, yang boleh dikenakan hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda RM200,000, jika sabit kesalahan.

Dalam kes lain, Mohd Mokhtar berkata pihaknya berjaya menumpaskan kegiatan samun dan pecah rumah oleh rakyat asing selepas menahan enam lelaki dan dua wanita Indonesia dekat Tangkak, Ledang, pada Jumaat dan awal Sabtu lepas.

"Enam lelaki itu ditahan di ladang ternakan ayam di Jalan Belading kira-kira pukul 11.30 malam, pada Jumaat manakala dua wanita itu pula ditahan di Taman Tangkak Jaya, kira-kira dua jam kemudian," katanya.

Beliau berkata polis merampas barang dan peralatan samun dari mereka termasuk 12 telefom bimbit, dua parang panjang, satu pisau rambo, kamera digital, pemain cakera padat, satu televisyen, komputer riba, barangan kemas, satu sarung muka dan satu sarung kepala.

Kesemua lelaki dan wanita berumur 17 hingga 36 tahun itu katanya, dipercayai terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di sekitar Ledang, Muar, Segamat, Batu Pahat dan Melaka.

- Bernama


Syabas diucapkan kepada pihak Polis terutama pasukan D7 Bukit Aman yang begitu cekap menghidu setiap pertaruahan yang berlaku. Paling tidak tindakan cekap polis ini membuktikan kepada PM dan konco-konconya, bahawa masalah pertaruhan haram dapat dihapuskan sekiranya kerajaan bersungguh mahu menghapuskannya bukan dengan menambahkan kerumitan menjadikan pertaruhan itu sebagai halal berlesen...

Dr Asri belum putus sertai Umno

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menjelaskan bahawa beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

"Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini," tulis beliau dalam blognya.

Mohd Asli membuat penjelasan tersebut ekoran laporan dalam Umno Online yang menyebut Dr Mohd Asri bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk PhD akan menyertai Umno Jumaat depan.

Laporan itu memetik setiausaha kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusof yang menyebut bekas mufti Perlis itu dan ulama yang lain akan menyertai Umno menerusi Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Umno Online memetik Ab Rauf memberitahu demikian ketika berucap di mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang semalam.
Menulis dalam blognya, Dr Mohd Asri berkata perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan diadakan.

Beza Pemikiran Tok Guru Dan DS Najib

Ketika Tuan Guru Nik Aziz melontarkan saranan agar notis tiga bulan sebelum pilihanraya diadakan, Dauk Seri Najib hanya menjawab dengan sinis, ianya bukan amalan dalam perlembagaan dan bukannya kebiasaan yang pernah dilakukan. Ini jelas satu perbandingan singkat antara contoh pemikiran dua pemimpin ini. TG Nik Aziz seorang yang agak terkenal dengan banyak idea-idea baru yang selari dengan aspirasi semasa sedangkan DS Najib masih dengan cara pemikiran lama yang tidak mahu berganjak walau tuntutan zaman memerlukan. Jesteru tidak hairanlah sehebat mana kempen UMNO mahukan pemikiran dan tindakan UMNO agar memenuhi kehendak zaman akan gagal kerana pemimpin utamanya nyata tidak dapat menerima idea-idea baru dalam memperbaiki mutu Negara Malaysia ini.

Idea agar memaklumkan tarikh pilihanraya lebih awal sudah lama kedengaran oleh banyak pihak ekoran tindakan mengumumkan sesuatu pilihanraya secara mengejut meyebabkan wujud satu suasana tidak adil dalam proses pilihanraya. Sebelah pihak mengisytiharkan pilihanraya bila keadaan benar-benar memihak mereka dan sekaligus menyusahkan banyak pihak yang terlibat dalam proses tersebut termasuk SPR dan parti-parti yang bertanding. Jesteru penolakan ini tidak hrus dilihat kepada UMNO menggunakan kesempatan semata-mata tetapi perlu dilihat bagaimana DS Najib secara tidak matang menolak sesuatu pandangan hanya kerana ia sesuatu yang tidak pernah diamalkan dan tidak disebut dalam perlembagaan.

Kes Tian Chua: Hakim tidak akan semak keputusan

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Ghazali Cha memutuskan tidak perlu disemak semula penghakimannya yang mengurangkan hukuman ke atas ahli parlimen Batu, Tian Chua kepada denda RM2,000.

Bagaimanapun, menurut peguam Tian, hakim turut menegaskan sekali lagi bahawa niat beliau adalah jelas dan beliau tidak mahu pilihan raya kecil diadakan bagi kawasan parlimen berkenaan.
Peguam Ranjit Singh berkata, beliau menyedari mengenai keputusan Mahkamah Agung PP lwn Leong Ying Ming (1993) berhubung definasi 'tidak kurang daripada RM2,000'

Hakim Mahkamah Agung ketika itu memutuskan bahawa frasa 'tidak kurang daripada lima tahun' bermakna lima tahun satu hari.
Peguam dan pendakwaraya menemui Hakim Ghazali pagi ini berhubung denda yang dikenakan ke atas ahli parlimen Batu itu selepas didapati bersalah menggigit seorang anggota polis.
Tian didapati bersalah menggigit tangan seorang anggota polis ketika ditangkap dalam satu protes tiga tahun lalu berhampiran bangunan Parlimen.

Beliau yang menang pilihan raya umum 2008, didakwa mengikut Sekseyen 32 Kanun Keseksaan, dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis yang sedang bertugas.

Pakatan disaran umum awal tarikh p'raya negeri

Friday, June 18, 2010
Kerajaan negeri Pakatan Rakyat disarankan supaya mengumumkan tarikh pilihan raya negeri lebih awal untuk "menghapuskan monopoli penentuan tarikh pilihan raya" dan "ia merupakan tindakan demokratik untuk kesaksamaan kepada semua pihak".

"Sebelum (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) membubarkan Parlimen, kita mengumumkan tarikh pilihan raya kita sekarang," tulis exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Muda dalam blognya.

"Ini bermakna, tarikh pilihan raya DUN di empat negeri itu berbeza dari tarikh pilihanraya Parlimen jika sekiranya Najib memilih mengadakan pilihanraya berbeza dari tarikh yang telah kita umumkan.

"Mereka bubarkan Parlimen tetapi kita tidak bubarkan DUN sampai tarikh yang telah kita isytiharkan," tulis Husam yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau mengulas kenyataan Najib kelmarin bahawa kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen berdasarkan pendapat rakyat yang menyokong beliau dan tarikhnya "akan mengejutkan semua pihak".

Mengulas lanjut, Husam berkata, pilihanraya DUN dan Parlimen tidak akan berjalan serentak, kecuali kerajaan pusat menjadualkan sama dengan jadual di negeri Pakatan Rakyat.

Gigit polis: Tian Chua 'selamat', kekal MP Batu

Thursday, June 17, 2010
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan ahli parlimen Batu, Tian Chua kerana menghalang tugas polis dengan menggigit seorang anggotanya di luar bangunan parlimen tiga tahun lalu tetapi mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan.

Berikut keputusan itu, Tian yang nama sebenarnya Chua Tian Chang, akan kekal sebagai ahli parlimen Batu kerana hukuman yang dijatuhkan itu tidak mempengaruhi kedudukannya sebagai ahli parlimen.
Pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.

Tian Chua, 46, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.

Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.

Kes enjin jet: Bapa dakwa anak dipukul seperti lembu

Bapa sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N Tharmendran mendakwa anaknya itu diseksa dan dipaksa mengaku mencuri enjin dua jet pejuang yang dilaporkan hilang ketika dalam tahanan reman.

NONE“Mereka memukulnya seperti seekor lembu,” kata N Nagarajah (kiri), 71, selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibupejabat polis di Brickfieds, Kuala Lumpur hari ini.

Tharmendran didakwa mencuri enjin berkenaan pada Disember 2007 dari pangkalan TUDM Subang dan kini dmasih ditahan kerana gagal membayar RM150,000 sebagai jaminan.
Nagarajah ditemani oleh empat peguam, termasuk N Surendran yang bertindak sebagi peguam utamanya.

Menurut Surendran, Tharmendran memberitahu mereka bahawa dia dipaksa untuk membuat pengakuan bersalah bukan sahaja terhadap tuduhan mencuri enjin jet tetapi juga senarai bahagian jet itu yang hilang.

NONE"Hakikat bahawa dia diseksa untuk membuat pengakuan menunjukkan bahawa dia tidak bersalah,” kata Surendran.

Difahamkan Nagarajah diarahkan sekali lagi ke balai polis di Brickfields bagi memfailkan kenyataannya selang beberapa minit selepas dia membuat laporan.

Kenyataan Najib petanda PRU sudah dekat

Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 17 Jun: PAS menganggap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung tarikh pilihan raya umum (PRU) yang didakwa "akan mengejutkan semua pihak" sebagai petanda PRU ke-13 akan berlaku dalam masa terdekat sebelum genap tempoh lima tahun penggal ini.
Mengulas kenyataan Najib itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, kemungkinan PRU ke-13 akan berlaku serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak awal tahun hadapan.
"Ini petanda bahawa PRU ke-13 akan dibuat awal sebelum tempoh asal tamat.
"Saya jangka dibuat pada awal tahun 2011 bersekali dengan pilihan raya negeri Sarawak," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Ditanya asas kepada jangkaan itu beliau menjelaskan, Umno kini mengetahui angin perubahan sedang berlaku di Sarawak di mana rakyatnya kini mula beralih menyokong Pakatan Rakyat dan menolak Umno BN.
Jika Umno ditakdirkan kalah pada pilihan raya Sarawak katanya, sudah tentu akan memberi kesan besar kepada pengundi di Semenanjung dalam pilihan raya umum nanti.
Jelasnya, oleh kerana Sarawak adalah talian hayat Umno BN, maka mereka akan cuba menyekat penumpuan Pakatan Rakyat di Sarawak dengan mengumumkan pilihan raya serentak.

Mustapa ganti Najib rasmi Kelantan Fiesta 2010

Yusri Amin   
KOTA BHARU, 16 Jun: Di sebalik pemulauan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak hadir pada majlis itu.
Walaupun mengikut jadual asal, majlis itu akan dirasmikan oleh Najib, tetapi beliau digantikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Lebih mengecewakan penganjur bersama program itu, Red Carpet Worldwide, apabila hanya kira-kira 300 sahaja yang hadir dalam suasana hujan lebat yang turun mencurah-curah selepas Maghrib.
Bahkan, ada di kalangan pengunjung yang berpatah balik kerana tidak selesa berada pada majlis itu, ditambah pula bekalan elektrik turut terputus.
Ini menyebabkan sistem pembesar suara gagal berfungsi yang memaksa Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri berucap menggunakan loud hailer.
Petang tadi, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, kerajaan negeri akan memulau majlis perasmian itu yang sepatutnya disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Najib Tun Razak di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV.
Ini kerana, katanya pihak penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berucap.

HUJAN RIBUT MENGGAGALKAN STRATEGI JAHAT UMNO

Malam tadi sepatutnya berlangsung acara Gilang-Gemilang Perasmian Kelantan Fiesta di Stadium Sultan Mohammad ke-IV, Kota Bharu Kelantan.


Sebelumnya pada sebelah siang:
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama dengan EXCO-EXCO dan Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri tidak akan menghadiri majlis perasmian Karnival Kelantan Fiesta 2010 yang akan berlangsung pada malam ini.

Ini kerana, pengurus acara berkenaan, Red Carpet Worldwide, didakwa telah melanggar dan tidak menghormati persetujuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri sebelum ini.

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra yang telah bersetuju untuk berangkat bagi merasmikan fiesta berkenaan sebagaimana yang dipersetujui Baginda menerusi surat bertulis 14 Jun lalu juga tidak akan hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pengerusi Karnival Kelantan Fiesta 2010, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Kerajaan Negeri telah diketepikan dan tidak dihormati dalam membuat keputusan.

Karnival Kelantan: MB, Exco tidak akan hadir malam ini

Wednesday, June 16, 2010
Rizal Tahir   
KOTA BHARU, 16 Jun: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama dengan Exco-Exco dan pegawai-pegawai kerajaan negeri tidak akan menghadiri majlis perasmian Karnival Kelantan Fiesta 2010 yang akan berlangsung pada malam ini.
Ini kerana, pengurus acara berkenaan, Red Carpet Worldwide, didakwa telah melanggar dan tidak menghormati persetujuan yang diberikan oleh kerajaan negeri sebelum ini.
Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra yang telah bersetuju untuk berangkat bagi merasmikan fiesta berkenaan sebagaimana yang dipersetujui banginda menerusi surat bertulis 14 Jun lalu juga tidak akan hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Pengerusi Karnival Kelantan Fiesta 2010, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) berkata, kerajaan negeri telah diketepikan dan tidak dihormati dalam membuat keputusan.
“Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam program Fiesta Kelantan yang akan berlansung bermula 16 hingga 19 Jun ini.
“Pihak Red Carpet tidak menghormati persetujuan dan persefahaman yang diberikan oleh kerajaan negeri, antaranya kenyataan rasmi Red Carpet Worldwide, di dalam akhbar mengatakan yang merasmikan program ini adalah Perdana Menteri,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri.

Pua: SPR cuba hadkan pengundi baru?

Keenganan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membekalkan borang pendaftaran pengundi baru yang mencukupi kepada parti-parti politik mungkin bertujuan mengehadkan pengundi muda, dakwa ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Sebagai contoh katanya, hanya 6,000 borang diperuntukkan kepada SPR Selangor bagi memenuhi tuntutan kira-kira 2 juta pengundi yang masih belum mendaftar di negeri itu.

"Kami diberitahu oleh pihak SPR Selangor bahawa awal bulan ini, mereka kekurangan borang, SPR Pusat hanya membekalkan 6,000 borang kepada Selangor dan hanya 1,000 borang sahaja diperuntukkan kepada parti-parti politik untuk diedarkan kepada kepada penolong pendaftar parti-parti politik," kata Pua di lobi parlimen, hari ini.

Ini Kisahnya Kenapa Keshvinder Singh melompat..

Rupa – rupanya ada kisah lain selain dari tuduhan menerima bayaran RM20 Juta atau 1/5 dari RM20 Juta itu untuk keluar Parti..

Kisah yang tidak berkaitan dengan RM20 Juta itu berkisar dan diwarnai dengan Komplot, Curi dan Peras Ugut, malah jumlah yang dikatakan terlibat juga tidaklah mencecah jutaan Ringgit.

Dan seperti biasa yang dituduh sebagai dalangnya ialah UMNO.

Kisah ini telah diceritakan oleh A. Sivanesan ADUN Sungkai yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak dan juga Ahli Parlimen Ipoh Barat M . Kulasegaran.

Kisah dikatakan bermula dengan kehilangan RM45,000.00 dari Firma Guaman yang dimiliki oleh Keshvinder Singh, ADUN Malim Nawar dari DAP yang telah mengumumkan keluar Parti menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN tengah hari tadi.

Bank Rothschild Bertapak di Malaysia

Tuesday, June 15, 2010

goldman_sachs
Setelah sekian lama membiarkan Malaysia dikuasai penjajah-penjajah Freemason UK, kini pada tahun 2010 barulah bapa segala konspirasi Yahudi antarabangsa, House of Rotshchild membuka pejabatnya di Kuala Lumpur.
Ketibaan raksasa konspirasi di Malaysia ini adalah kesinambungan dari pengumuman Perdana Menteri Malaysia yang memberi kebenaran kepada agen Rothschild iaitu Goldman Sachs Bank untuk membuka pejabatnya di Kuala Lumpur buat pertama kali.
Di dalam laporan yang dikeluarkan oleh FinanceAsia, ia menyebut Datuk Seri Najib tun Razak telah mengeluarkan lesen kepada bank Yahudi ini pada 8 Disember 2009 sebagai isyarat membenarkan pembukaan cawangannya di Malaysia.

Gambar-gambar sekitar Solat Jenazah Allahyarham Ustaz Hassan Shukri

http://ummuasiah2001.blogspot.com

Perjalanan terakhir seorang Hamba yang dicintai manusia, moga dicintai dan diredai oleh penciptaNya......kami kehilanganmu..namun Allah lebih menyayangimu...kita semua akan menyusul...buat masa ini kita teruskan perjuangannya....moga Islam tertegak di bumi yang kita cintai....baca kesahnya di sini.

“Tulislah dan saya suka bila orang mahu tahu sejarah saya dan PAS. “Bukan apa, setelah saya tiada nanti, apa yang anda tulis itu akan jadi satu dokumentasi sejarah,” katanya tersenyum semula.

Pintu Gerbang Markaz Tarbiyyah Taman Melewar

Tetamu dari luar negara
Tuan Subky Latif, seperti yang diceritakan oleh isteri beliau, Puan Naznah Taha, mereka bertiga bertolak dari Kota Bharu bertiga dan Allahyarham Ustaz Hassan Syukri memandu dari Kuala Krai hingga ke Kuala Lipis dan kemudiannya mengadu sakit dada.


Jenazah Hassan Shukeri Selamat Disemadikan

MSO

JENAZAH bekas Timbalan Presiden Pas, Hassan Shukeri selamat dikebumikan di tanah perkuburan Taman Selasih, Gombak kira-kira jam 10:30 pagi ini. Hassan meninggal dunia semalam dalam usia 71 tahun di hospital Selayang akibat serangan jantung.

Ribuan orang mengiringi jenazah Hassaan ke tanah perkuburan selepas selesai solat jenazah kira-kita jam 9:45 pagi. Ruangan lapang berhampiran rumahnya menjadi penuh sesak dengan orang ramai yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir serta menyembahyangi jenazahnya.

Orang ramai yang hadir sejak petang semalam tidak putus-putus hingga ke pagi ini.

Solat diimani oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang. Semua pemimpin tertinggi Pas kelihatan hadir. Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun tidak berapa sihat hadir sama. Beliau sampai pagi tadi di Kota Bharu Kelantan.

Nik Aziz tiba di perkarangan rumah Hassan jam 9:10 pagi. Beliau terus memasuki ke rumah Hassan untuk menatap wajah sahabatnya itu buat kali terakhir. Semasa menanti jenazah di bawah untuk disembahyangkan Nik Aziz tidak dapat menahan sebak dan menangis.

Mungkin kerana lemah dan terlalu sedih atas takdir Allah itu beliau terpaksa duduk di sebuah kerusi. Keadaan itu sungguh mengharuhkan. Ia berlalu dalam beberapa jurus. Suasana yang sudah sepi menjadi semakin sepi. Mata yang berdekatan memerhati dan turut sama merasa kedukaan dirasai Nik Aziz.

Turut sama hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Bahrum.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Hassan dan ditempatkan di makam para Arifbilah! [wm.kl. 12:00 t/hari 15/06/10]

Jenazah dibawa dengan van untuk ke tanah perkuburan dengan diiringi ribuan orang.

Orang ramai penuh sesak yang dianggarkan lebih 3,000

Kelihatan Abdul Hadi Awang memperkatakan sesuatu kepada guru Hassan Shukeri sambil diperhatikan oleh Nasharudin Mat Isa.

Nik Aziz tidak dapat menahan sebab atas kehilangan Hassan Shukeri.

Sebatang gang yang yang panjangnya tak sampai 500 meter yang dinamakan dengan nama Haji Hassan adalah satu-satu peninggalan Hassan Shukeri.

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]