Sumpah: PAS hanya ikut peraturan Allah

Thursday, April 21, 2011
Setahu para ulama, tiada sumpah dalam urusan yang melibatkan zina, rogol liwat (melainkan isteri yang mengadu kepada hakim bahawa dia diliwat oleh suami dibenarkan bersumpah), tuduhan seseorang itu melakukan zina tanpa mengemukakan saksi (qazaf) berpandukan tindakan yang tidak memanggil Safwan atau Aisyah bersumpah dalam peristiwa fitnah ke atasnya.
Demikian penerangan yang diberikan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) mengenai cabaran bersumpah dari bekas bendahari agung Perkasa, Datuk Shuib Lazim kepada dua pemimpin kanan PAS, Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bagi membuktikan kebenaran dakwaan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar.
“Sumpah hanya ada dalam urusan yang bukan jenayah di atas, yang pembuktian hanya dilakukan melalui penyaksian atau pengakuan.
“Andainya dibenarkan sumpah dalam urusan qazaf, nescaya akan binasalah masyarakat, apabila seseorang wanita atau lelaki yang khianat atau berniat jahat kepada seorang imam, sanggup bersumpah dengan nama Allah:
“Wallahi, wabillahi, watallahi, imam itu telah merogol saya, nescaya akan punah keyakinan masyarakat pada imam, demikian seterusnya,” terang Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Lantaran itu, katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Rasulullah s.a.w mengkategorikan qazaf sebagai dosa membinasakan - yakni ia akan membinasakan diri yang dituduh, keluarganya mungkin bercerai-berai, masyarakat hilang kepercayaan padanya dan institusi atau syarikat akan membawa hilang kredibiliti kepada majikannya.

DUN Sarawak: Hakisan undi Cina mungkin tangguh PRU-13

Monday, April 18, 2011

Hakisan sokongan kuat masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN) yang berterusan di Sarawak sejak pilihan raya umum 2008 kemungkinan akan memaksa Datuk Seri Najib Razak menangguhkan pilihan raya umum ke-13, demikian menurut penganalisis.
Justeru, Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN dilihat perlu mengkaji semula gagasan 1 Malaysia untuk memenangi semula sokongan rakyat yang tidak berpuas hati dengan masalah pembangunan ekonomi dan kekurangan aspek meritokrasi selain telah menyebabkan sokongan berkurangan.
“Konsep 1 Malaysia gagal di kalangan masyarakat Cina . . . mereka masih menolak BN,” katanya penganalisis Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
BN menang majoriti dua pertiga dengan 55 dari 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. DAP menggandakan kemenangan kepada 12 kerusi manakala PKR menang tiga kerusi dari 49 kerusi yang ditandingi dan Bebas juga mendapat satu kerusi.
Pada pilihan raya 2008, Pakatan Rakyat menang 82 dari 222 kerusi Parlimen dengan DAP memperoleh 28 kerusi, terutamanya di kawasan bandar yang mempunyai majoriti besar pengundi Cina, yang menolak wakil rakyat BN.
Jika berdasarkan trend mengundi setakat ini, Agus percaya keputusan pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 semalam membuktikan pengundi di negeri itu masih mengundi mengikut kaum.
“Ia masih mengikut segmen kaum, malah lebih daripada biasa. Saya tidak rasa Najib akan mengadakan pilihan raya umum pada masa terdekat.
“Kemenangan di Sarawak tidak membuktikan kemenangan BN... apa yang jelas BN mengekalkan undi Melayu-Bumiputera sementara Pakatan Rakyat melalui DAP mendapat undi Cina,” tambahnya.
Pensyarah itu berkata BN gagal mempertahankan Sarawak sebagai “deposit hayat” atas banyak sebab dan ini akan membuat Najib menangguhkan untuk mengadakan pilihan raya umum tergempar dalam waktu terdekat.
Menurut Agus, kehilangan sokongan dari masyarakat Cina menunjukkan konsep 1 Malaysia Najib yang “inklusif” hilang di kalangan rakyat Sarawak.
“BN dan DAP sekarang bertanding bagi kerusi (mengikut kelebihan komposisi) kaum . . . ini menunjukkan konsep 1 Malaysia Najib gagal. Sokongan yang kurang dalam masyarakat Cina perlu diambil kira sebelum beliau (Najib) mahu mengadaka pilihan raya umum,” kata Agus.
Jelas beliau, pertarungan tiga penjuru antara BN, Pakatan Rakyat dan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) juga sebab utama mengapa perikatan tiga parti itu menang lebih banyak.
“Jika ia pertarungan satu lawan satu antara Pakatan Rakyat dan BN, keputusan akan jadi lain,” kata Agus sambil menegaskan Pakatan Rakyat menunjukkan peningkatan “selesa” apabila memperoleh kemenangan.

Sekolah terima notis awalkan peperiksaan, petanda PRU-13?

Monday, April 11, 2011

Di sebalik desas-desus kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini, laporan media menyebut sudah ada notis meminta peperiksaan sekolah-sekolah kerajaan pertengahan tahun ini dipercepatkan — dipercayai sebahagian persiapan menghadapi hari pengundian kelak.
Laporan Sin Chew Daily hari ini menyebut, satu notis kerajaan persekutuan telah diedarkan meminta sekolah agar mempercepatkan peperiksaan supaya pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan Jun atau Julai ini, bergantung pada keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang sedang berlangsung sekarang.
Akhbar itu berkata beberapa sekolah di Negeri Sembilan telah menerima notis dan peperiksaan mesti diadakan bulan depan dan dewan sekolah pula tidak boleh disewa kepada awam mulai Jun dan bulan seterusnya.
Penganalisis dan pemerhati melihat pilihan raya paling cepat akan diadakan pada Jun atau Julai atau pada Oktober memandangkan Ogos dan September merupakan bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri manakala November umat Islam akan menunaikan haji.
Pengetua sebuah sekolah rendah kebangsaan Cina di Selangor berkata notis pemberitahuan seumpama itu biasa dihantar oleh Kementerian Pelajaran sebulan atau dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan walaupun tiada sebab yang dinyatakan.

'Ia bukan Anwar', kata Wan Azizah

Tuesday, April 5, 2011
Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang sebahagian daripadanya telah disiarkan di internet semalam.

Isteri Anwar yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kata video itu merupakan "bukti paling jelas" bahawa suaminya bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur itu.

NONEMembaca satu kenyataan hari ini, wan Azizah berkata, keluarganya telah memutuskan untuk menonton video 
yang disiarkan di Internet itu dan mendapati jelas bahawa susuk badan lelaki berkenaan terlalu berbeza dengan susuk badan Anwar.

Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah pengerusi DAP Karpal Singh, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah.

Ditanya mengapa beliau mengubah fikiran untuk menonton video tersebut, Wan Azizah berkata beliau diberitahu tidak ada unsur lucah dalam filem tersebut dan mahu menonton bagi memuaskan hatinya.

"Bukan Anwar Ibrahim dalam video itu,"katanya.
Menurut Dr Wan Azizah lagi, keluarganya telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998 dan pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Anwar.
"Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik," katanya.

Namun, tambah beliau, jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

Lima kerusi PAS di Sarawak

Friday, April 1, 2011
PAS akan bertanding di lima kerusi DUN iaitu Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro dalam pilihan raya negeri Sarawak 16 April depan.
Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, kelima-lima kerusi itu sudah diputuskan berdasarkan perbincangan antara PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Baru-baru ini, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah memutuskan PAS akan bertanding lima kerusi, DAP 15 manakala selebihnya iaitu 51 kerusi akan ditandingi PKR yang akan berunding dengan Snap sebelum apa-apa keputusan muktamat dibuat.
Sementara itu, gelombang pertama gerak kerja petugas PAS bagi pilihan raya negeri Sarawak bermula hari ini sehingga 8 April, kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
Gelombang kedua pula, katanya akan bermula 8 hingga 16 April, iaitu hari membuang undi.
Jentera dari Semenanjung sebahagiannya telah berada di sana untuk memulakan gerak kerja.
Manakala jentera yang akan bertugas untuk gelombang kdua dinasihatkan menempah tiket penerbangan awal bagi mengelakkan sebarang masalah.
"Kita hanya ada dua gelombang untuk pilihan raya Sarawak dan kedua-dua gelombang sudah diisi dengan petugas," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
SPR menetapkan 6 April adalah hari penamaan calon sementara hari mengundi pada 16 April ini.

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]