Penyertaan Ahli Umno dalam Perkasa bukti 1 Malaysia gimik politik

Wednesday, March 31, 2010
Oleh Ustaz Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat penyertaan ahli-ahli Umno dan sokongan mereka terhadap kumpulan pelampau Melayu-Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) sebagai bukti jelas bahawa Umno tidak serius dalam gagasan 1 Malaysia. Gagasan berkenaan hanyalah gimik politik bagi menarik kembali sokongan kaum-kaum bukan Melayu kepada Barisan Nasional, sedangkan dalam masa yang sama mereka menyertai dan menyokong Perkasa yang menghina kaum-kaum lain atas nama Melayu.

Separuh Kepimpinan Perkasa Ahli dan Bekas Ahli Umno

Sumber : http://msomelayu.blogspot.com

MEMERHATI kepada barisan kepimpinan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) 2010/13 yang dilantik pada mesyurat agung pertama dua tiga hari lepas jelas NGO itu tidak dapat lari daripada dibelenggui oleh parti Umno. Hampir separuh mereka yang menerajuinya bekas ahli Umno ataupun mereka yang sudah terpinggir dari arus perdana parti itu. Ada juga mereka yang frustasi dengan Umno dan menjadikan Perkasa sebagai gundik singgahan.

Presidenya, Ibrahim Ali seperti mana dimaklumi orang yang dibuang oleh Umno pada tahun 2004. Beliau politikus yang keluar masuk parti macam keluar masuk jamban saja. Kedudukan beliau itu tidak menghairankan. Begitu juga dengan jawatan Timbalan Presiden, Ab Rahman Bakar juga ahli Umno yang tidak mendapat tempat di dalam parti berkenaan.

Manakala dua dari naib presidennya terdiri daripada ahli Umno yang tewas dalam pilihan raya lalu dan juga ahli Umno yang digantung kerana terlibat dengan politik wang. Ashraf Wajidi Dusuki merupakan calon UBN di kerusi parlimen Tumpat pada pilihan raya umum lalu tewas kepada Kamaruddin Jaaffar. Beliau juga merupakan anak tokoh Umno yang kini sudah bersara dan tidak aktif dalam Umno, iaitu Dusuki Ahmad.

Seorang lagi Naik Presiden, Mokhtar Samad adalah bekas ketua Umno Bandar Tun Razak. Keahliannya digantung kerana terlibat dengan politik wang. Disebabkan itu jawatan ketua bahagian yang dimenanginya ditarik balik.

TG Hadi: MEB tiada roh, imbasan konsep Dr M

PAS menyifatkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang dibentangkan kerajaan di parlimen “tidak mempunyai roh” dan “tidak menekankan kepentingan akhlak” bagi memastikan ketelusan pelaksanaan sesuatu dasar.
“Sesebuah negara boleh sahaja mempunyai dasar yang melangit halatujunya, tetapi tanpa akhlak yang dihayati oleh pembuat dan pelaksana dasar – maka negara masih akan dibelenggu dengan sistem liberal kapitalis.
“Akhirnya hanya membuat perubahan terhadap kulit dan bukannya bersifat holistik, merangkumi perkaitan antara dosa-pahala dan keadilan menyeluruh,” kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang (atas, berserban).
Beliau yang juga ahli parlimen Marang berkata, penekanan terhadap peranan swasta dalam memacu ekonomi secara drastik akan memberikan memungkinkan jurang antara bandar dan luar bandar melebar.
Idea lapuk Dr Mahathir

APCO: Perjanjian dibuat sebelum konsep 1Malaysia dilancarkan

Tuesday, March 30, 2010
Dzulfikar Mashoor & Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 30 Mac: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Isreal, APCO Inc, sebelum konsep 1Malaysia diperkenalkan.

Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara APCO dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan APCO ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Kedua-dua perjanjian ini menghasilkan konsep 1Malaysia dan One Israel.

Katanya lagi, kontrak dengan APCO ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.

"Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. Ia disaksikan setiausaha akhbarnnya sendiri, Datuk Sharifuddin Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya.

Melayu hilang saham, gagal capai ekuiti 30 peratus

Saham sebanyak RM54 bilion yang diagihkan untuk orang Melayu di bursa saham telah 'hilang' dan kini hanya berbaki sebanyak RM2 bilion, kata ahli parlimen Bagan Lim Guan Eng.

Beliau yang juga ketua
mengeri Pulau Pinang berkata, sekiranya saham berkenaan masih kekal dalam pegangan bumiputera, golongan itu pasti dapat mencapai sasaran pegangan ekuiti 30 peratus pada masa sekarang.

Seks Luar Tabii: Kerajaan Enggan Dakwa Chua Soi Lek

Perdana Menteri Najib Razak, Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Peguam Negara Gani Patail lazimnya bingkas  menegaskan sistem keadilan negara dilaksanakan tanpa memilih bulu dan yang salah tetap di kenakan tindakan.

Namun ketiga-tiga mereka membisu apabila berdepan dengan isu skandal video lucah Chua Soi Lek – bekas Menteri Kesihatan yang diangkat sebagai presiden baru MCA pada pemilihan parti itu Ahad lalu.

Sikap itu membawa tafsiran Chua dilindungi dan diberi layanan khas walaupun sendiri mengaku melakukan seks haram luar tabii yang menyalahi undang-undang negara.

Kementerian Kesihatan diminta perjelas syarikat RM2

Dzulfikar Mashoor   

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  menjelaskan kaedah perlantikan syarikat 'RM2'  sama ada menggunakan kaedah rundingan terus atau sebaliknya.

Ini ekoran cadangan kementerian mahu menswastakan semua makmal patologi di hospital-hospital awam tempatan pada Syarikat Akar Mulia Sendirian Berhad dipersoal.

Berdasarkan makluman rasmi dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Salahuddin mendakwa syarikat tersebut didaftarkan dengan RM2 secara segera supaya boleh mendapatkan tender penswastaan daripada KKM.

Pesta Sukan @ Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Kawasan Shah Alam

Shah Alam: Pesta Sukan @ Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Kawasan Shah Alam baru-baru ini menyaksikan PASTI Ibnu Sina, Taman Bukit Subang telah menjadi johan bagi acara bola sepak dengan mengalahkan PASTI Darul Ulum, Kg. Kuantan dengan jaringan 2-1. Lebih manis ianya adalah kejuaraan berturut-turut untuk dua tahun (tahun 2009 juga menjadi johan)

Perbarisan masuk ke padang (pasukan bola sepak dan bola jaring PASTI Ibnu Sina, dengan jersi yang menarik perhatian penonton)

Sebahagian ibubapa yang hadir untuk memberikan sokongan

MAKLUMAN DACS SHAH ALAM

Monday, March 29, 2010
Oleh : Pengerusi DACS Shah Alam

KEJOHANAN PAINTBALL HULU KLANG 2010 bagi merebut PIALA KETUA PEMUDA PAS PUSAT (TERBUKA) & PIALA ADUN HULU KLANG (TERTUTUP) pada 14 April 2010 ( Sabtu) bertempat di AU 2, Taman Keramat. Yuran penyertaan RM 300 (Terbuka) dan RM 250 (Tertutup). Pemenang tempat pertama bakal memperoleh hadiah berjumlah RM 1000.00. Maklumat Lanjut hubungi saudara Awie (019-2632518) atau terus mendaftar dengan menghubungi Afif (0192230858)/ Azwan (0196369014) atau melayari http://paintballhulukelang.blogspot.com/  

KONVOI ARC - KUALA GANDAH, PAHANG akan diadakan pada 23-25 April 2010. Yuran Rm 20, pelbagai program menarik menanti.... Sesiapa yang berminat sila berhubung dgn Awie (019-2632518) sebelum 1/4/2010.

Apco serlahkan Umno tali barut Israel

Keputusan kerajaan melantik Apco Worldwide sebagai syarikat perunding komunikasi 1Malaysia menyerlahkan Umno sebagai tali barut Israel.

Umno tidak mampu menyatakan komitmennya terhadap syarikat tersebut walaupun syarikat itu dikatakan umum sebagai pro zionis Israel.

Ini serlahkan bahawa Umno adalah tali barut Yahudi zionis kerana dia (Umno) tak boleh menyatakan pendirian (tentang Apco).

Tidak mustahil kerajaan Malaysia turut memberikan maklumat yang strategik pada Apco kerana Apco tidak berupaya memberikan nasihat yang strategik.

Penyatuan Empat Syarikat Konsesi Hampiri Realiti


SHAH ALAM 25 MAC: Kerajaan Selangor dan kerajaan Persekutuan akan bekerjasama untuk melaksanakan hasrat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) bagi menyatukan empat syarikat konsesi di bawah satu entiti yang dikawal oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Selangor bekerjasama dengan Kementerian Tenaga, Hijau, Teknologi dan Air bagi mencari jalan penyelesaian demi kebaikan pengguna air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

“Pengumuman Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) yang menawarkan RM10.75 bilion untuk pengambilalihan itu tidak akan menjejaskan rundingan yang masih berjalan.”

Nik Aziz sokong guna 'Allah' pada Rukun Negara

Sunday, March 28, 2010
Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 27 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dangan gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar kalimah Allah digunakan bagi menggantikan perkataan Tuhan dalam prinsip pertama Rukun Negara.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, penggunaan kalimah Allah itu mampu merungkai kekeliruan dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini.

"Sekarang ni rakyat keliru, Allahpun Tuhan, Nabi Isa pun Tuhan, kubur keramat pun tuhan, jadi hak mana sebenarnya tuhan, tapi kalau kita pakai satu nama Allah sahaja, yang mereka tertanya-tanya tu, kita sedia bagi penjelasan yang mana satu tuhan sebenarnya," ujarnya pada sidang media di Majlis Ramah Mesra Warga Orang Kurang Upaya (OKU) di Perdana Resort hari ini.

MESYUARAT AGUNG PEMUDA PAS SHAH ALAM BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

Saturday, March 27, 2010
Mesyuarat agung Dewan Pemuda PAS Shah Alam berlangsung dengan jayanya pada hari ini dengan menyaksikan kedatangan yang begitu memberansangkan. Mesyuarat kali ke-26 ini berlangsung di dewan rumah exco negeri selangor dan telah pun dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust Nasharuddin Hassan Tantawi. Dalam ucapan perasamiannya , Ust Nasharuddin Hassan memberikan ingatan kepada pemuda untuk mempergiatkan usaha untuk memperkasakan pemuda dengan melaksanakan program-program mendekati golongan muda. Pemuda perlu menjadi pendakwah dan bukannya penghukum dalam konteks mendekati orang-orang muda masa kini.

Pemuda-pemuda yang menghadiri Mesyuarat Agung kali ini jelas bersemangat untuk memperkasakan Dewan Pemuda di Shah Alam.

500 berkumpul di kedutaan Sweden bantah akhbar hina Nabi

Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 26 Mac: Lebih 500 Pemuda PAS dan anggota badan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di kedutaan Sweden hari ini bagi membantah tindakan tiga buah akhbar Sweden menyiarkan lukisan menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Mereka berarak bermula dari Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak selepas solat Jumaat menuju ke bangunan kedutaan dengan membawa pelbagai kain rentang, sepanduk dan poster yang mengecam tindakan akhbar-akhbar berkenaan.

Mereka turut melaungkan 'Kasih nabi', 'Cinta Nabi', 'Biadap Sweden dan 'Jahanam Sweden' sepanjang perarakan.

Satu memorandum bantahan juga berjaya diserahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan kepada Duta Sweden Helena Sangeland dalam pertemuan mereka.

Pakatan mula kempen di Hulu Selangor


Pakatan Rakyat memulakan kempennya malam tadi untuk mempertahankan kerusi parlimen Hulu Selangor dengan perhimpunan kira-kira 5,000 penyokongnya di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu.

Majlis yang dinamakan "kempen selamatkan negara" itu, menyaksikan Kuala Kubu Bharu sesak dengan kenderaan orang ramai yang datang, termasuk dari luar Kuala Kubu Bharu.

Ada yang datang dari Tanjung Malim dan sejauh Sungai Besar, Perak. Mereka termasuk 50 orang yang menyewa bas dari sebuah ested di Tanjung Malim untuk datang menghadiri majlis malam tadi.

Hulu Selangor: Komposisi kaum beri kelebihan pada PR

Dzulfikar Mashoor  

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Komposisi kaum yang agak ‘kacukan’ di kawasan Parlimen Hulu Selangor dengan pengundi Melayu sebanyak 53.9 peratus, Cina (26.7), India (19) dan lain-lain (0.4), memberi kelebihan kepada PKR dan Pakatan Rakyat berbanding Umno dan BN.

Bagi Pengarah Pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pusat, Fuziah Salleh (gambar), pihaknya masih belum memilih calon walaupun tumpuan umum banyak menjangkakan bahawa Datuk Zaid Ibrahim bakal mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil itu.

Saman YBK: Kerajaan Negeri Bawa Ke Meja Perbincangan

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Kerajaan Negeri Selangor akan berbincang dengan peguam mereka berhubung tindakan oleh Permodalan YBK Sdn Bhd memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Selangor. 

PYBK mengambil tindakan saman selepas kerajaan negeri enggan membenarkan yaysan itu membangunkan kampus Universiti Teknologi Mara di tanah yang disumbangkan kerajaan negeri di Serendah.

SPR Bermesyuarat Jumaat 2 April Tentukan Tarikh Pilihanraya

Suruhanjaya Pilihanraya akan bermesyuarat Jumaat depan bagi menentukan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi bagi Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.

Pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata notis kekosongan kerusi Parlimen Hulu Selangor akan dihantar kepada SPR pada Isnin depan.

Kerusi Hulu Selangor kosong dengan kematian Ahli Parlimen Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad malam semalam.

TV Selangor

Pinda Rukun Negara,satu langkah yang tepat

1. Gesaan Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang [ Presiden PAS ] agar Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan dipinda kepada "Kepercayaan [ keyakinan ] kepada Allah" .

2.Sekurang - kurangnya 2 asas utama sebagai latar belakang yang mewajarkan pindaan tersebut dilakukan .

a] Malaysia adalah sebuah negera yang telah mengisytiharkan Islam sebagai agama Rasminya dan ia dimaktubkan didalam perlembagaan negara biarpun menyedari Malaysia adalah sebuah negara masyarakat majmuk dan ianya diperakui.

Selangor Ikhtiar Pilihanraya PBT

Mesyuarat  Exco hari ini memutuskan untuk menyiarkan kepada umum surat yang dihantar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada Menteri Besar Selangor berhubung cadangan untuk mengadakan pilihan raya peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT). 

Tindakan ini bagi membolehkan orang ramai memahami isu ini secara mendalam. 

Dalam surat setebal 11 muka surat bertarikh 23 Mac 2010 itu,  Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberikan maklumat dari perspektif perundangan dan had batasan berkaitan cadangan mengadakan pilihan raya PBT di Selangor. 

Saman Khir Toyo: ADUN Sekincan fail pembelaan

ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim, memfailkan pernyataan pembelaan terhadap satu saman ke atasnya oleh Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, berhubung isu banglo mewah yang dimiliki oleh bekas menteri besar Selangor itu di Seksyen 7, Shah Alam.

Pernyataan pembelaan itu difailkan melalui firma guaman Tetuan M Manoharan & Co di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Shah Alam kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Pemergian Dr. Zainal satu kehilangan besar-Presiden

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 26 Mac: PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan penduduk di kawasan Parlimen Hulu Selangor di atas pemergian Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad ke rahmatullah malam tadi.

Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini berkata, pemergian Zainal itu bukan sahaja dirasai oleh ahli keluarga Allahyarham dan penduduk Hulu Selangor, tetapi juga merupakan satu kehilangan besar kepda seluruh pejuang keadilan ke arah perubahan lanskap politik yang lebih baik di Malaysia.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berharap agar seluruh ahli keluarga Allahyarham menerima ketentuan ini dengan sabar.

Gejala buang bayi: Perlu pada kaedah pencegahan

Parti Islam Semalaysia (PAS) memandang berat gejala pembuangan bayi di negara ini. Perbuatan durjana yang lebih teruk daripada zaman jahiliah sebelum baginda dibangkitkan menjadi Rasul.

Gejala ini amat memalukan negara, kebetulan majoriti yang terlibat ialah orang melayu Islam. Fenomena yang berlaku menunjukkan gejala yang tidak bermoral ini semakin parah dan menggambarkan kegagalan kerajaan yang ada pada hari ini gagal untuk mendidik rakyat menjadi manusia yang berguna dan tahu tentang nilai hidup mereka.

Peristiwa ini amat memalukan Islam kerana orang Melayu mewakili penduduk yang beragama Islam. Secara tidak langsung akan merosakkan imej Islam di pandangan orang bukan Islam di negara ini.

Hina Nabi: Ribuan umat Islam protes Hari Ini

Friday, March 26, 2010
Setelah ditunda sebelum ini, Dewan Pemuda PAS akan meneruskan demonstrasi di ibunegara hari ini bagi membantah akhbar di Sweden yang menyiarkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad.

Setiausaha dewan itu Kamaruzaman Mohamad berkata, setelah membuat promosi melalui pelbagai cara, ribuan umat Islam akan berarak ke kedutaan Sweden di Jalan Ampang selepas solat Jumaat bagi menyatakan perasaan tidak puas hati mereka.

“Perhimpunan ini akan diketuai Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ketua Dewan Pemuda Nasrudin Hassan,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Kamaruzaman berkata, dalam perhimpunan esok, mereka akan berkumpul sekitar bangunan Tabung Haji dan berarak beramai-ramai ke kedutaan berkenaan kira-kira 1 kilometer.

Mahfuz: "Apa perlu lantik perunding Zionis?"

Thursday, March 25, 2010
Tindakan kerajaan mengupah Apco Inc, yang didakwa mempunyai kaitan dengan gerakan Zionis antarabangsa, sebagai perunding medianya dibidas oleh pembangkang di Dewan Rakyat, hari ini.

"Apakah tidak ada kepakaran itu di kalangan perunding media tempatan?," soalan wakil Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Jelas beliau tugas perunding media seperti itu sepatutnya dijalankan oleh syarikat-syarikat tempatan

Utusan biadab dan bodoh kepada Sultan Selangor - Zaid

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Bekas de facto Menteri Undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim menempelak penulis kanan Utusan Malaysia yang menggunakan nama Awang Selamat dan menyifatkan penulis itu membuat "sindiran yang biadab dan bodoh" terhadap Sultan Selangor.

Zaid dalam tulisan di blognya berkata, "Kalaulah saya Sultan Selangor, tentu terguris hati saya dengan sindiran yang biadab dan bodoh inii."

Zaid mengulas tulisan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia Ahad lepas. Selain Zaid, turut kesal dengan tulisan itu adalah para Adun Pakatan Rakyat di Selangor.

Media Asing Dedah Najib Mahu Anjur Judi Sukan

KUALA LUMPUR 25 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta memberi penjelasan mengenai cadangan untuk mewujudkan perjudian berasaskan sukan di negara ini yang dedah media antarabangsa.

Najib dikatakan mendedahkan cadangan itu ketika menghadiri Persidangan Pelaburan Asia Credit Suisse ke-13 2010 di Hong Kong.

Presiden Umno itu dikatakan mahu mempertimbang cadangan melaksanakan perjudian melibatkan Fifa World Cup final di Afrika Selatan yang bermula 11 Jun sehingga 11 Julai ini.

Kembalikan roh Dewan Rakyat - Pemuda PAS

Nazri Abdullah  

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Dewan Pemuda PAS Pusat menegur sikap ahli parlimen yang menggunakan persidangan Dewan Rakyat sebagai tempat menyerang peribadi dan membangkitkan permasalahan parti berbanding  perkara-perkara lebih mustahak untuk kepentingan rakyat.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, roh dan peranan dewan rakyat perlu dikembalikan semula selaras dengan harapan dan teguran Yang di-Pertuan Agong dalam titah baginda ketika perasmian penggal 15 Mac yang lalu.

Sivarasa: 'KPN tiada ijazah undang-undang'


Satu laporan polis dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memberikan pengakuan palsu berhubung kelayakannya pada perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh peguam Anwar, R Sivarasa, Musa, pegawai penyiasat dalam kes itu memberitahu mahkamah ketika itu bahawa dia mempunyai ijazah sarjana muda dalam undang-undang.

Selangor lancar Amanah Ikhtiar Selangor April Ini


SHAH ALAM 25 MAC: Kerajaan Selangor bakal melancarkan Amanah Ikhtiar Selangor pada bulan depan.

Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam, dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor, Yaakob Sapari berkata demikian pada program kursus Training of Trainers Pembangunan Usahawan di Hotel De Palma Inn, Shah Alam hari ini.

Usul bincang 'pihak ketiga' dalam PDRM ditolak

Nazri Abdullah & Hazayani Zakaria  

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Usul berhubung isu kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa ada campurtangan pihak ketiga dalam urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam kamar hari ini.

Usul tersebut dicadangkan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo'Lo' Ghazali (gambar) pada 23 Mac lalu di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2).

Beliau membuat usul mencadangkan sidang Dewan Rakyat ditangguhkan bagi membincangkan perkara itu yang melibatkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Dewan Bistari Kembali Beroperasi

Dewan Bistari yang menjadi pejabat utama Dewan Pemuda PAS Shah Alam memulakan kembali operasinya setelah mengalami gangguan bekalan elektrik yang serius sebelum ini. Kerja-kerja pembersihan dan mengatur kedudukan barangan dalam dewan dilakukan oleh beberapa orang pemuda PAS Shah Alam baru-baru ini.

Dewan yang suatu masa dahulu begitu aktif dengan program-program ilmiah dan kemasyarakatan akan kembali diaktifkan sebagai pusat komuniti Pemuda Shah Ala dan dijangka padat dengan aktiviti-aktiviti yang mampu menarik minat pemuda Shah Alam untuk bersama menggiatkan aktiviti keislaman dan kemasyarakatan.

Rumah kos rendah: Borang RM2 dijual RM300

Wednesday, March 24, 2010
Orang ramai yang ditawarkan borang permohonan membeli rumah kos rendah lebih tinggi daripada harga sebenar RM2 disarankan supaya membuat laporan polis atau melaporkanya terus kepada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor.

iskandar abdul samadExco Perumahan Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata demikian setelah menerima aduan daripada orang ramai bahawa terdapat pihak menawarkan borang berkenaan dengan harga setinggi RM300.

Menurutnya, borang permohonan untuk membeli rumah kos rendah di Selangor adalah hanya RM2 sekeping dan borang itu juga boleh didapati dari mana-mana pejabat daerah.

“Saya menasihatkan mereka yang ditawarkan borang rumah kos rendah lebih daripada RM2 melaporkan kes kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, Tingkat 5, Podium Utara, Bangunan SUK Selangor, Shah Alam atau menghubungi 603 - 5544 7537/ 7170/ 7199.”

1Malaysia Najib lompang, tiada pengisian – Presiden PAS

Tuesday, March 23, 2010
Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menyifatkan slogan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai lompang dan tiada pengisian yang jelas.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat petang semalam berkata, 1Malaysia belum bebas daripada masalah moral di kalangan pemimpin Umno/BN.
"Bukan saya marah 1Malaysia, tapi jangan tulis 1Malaysia besar-besar tapi pengisian tidak tepat. Di negeri saya (Terengganu) contohnya, banyak sekolah didirikan di pedalaman tapi tiada pelajar. Ada kelas yang langsung tidak ada pelajar disebabkan kroni-kroni Umno/BN berebut untuk mendapatkan projek sehingga berlakunya lebihan sekolah.
"Tetapi ada pula di kawasan yang padat penduduk tapi sekolah tidak mencukupi. Bilik darjahnya tak cukup, makmal komputer runtuh kerana masih ada salah urus, rasuah yang perlu disiasat," katanya.
Beliau juga berkata, kerajaan terdahulu bertanggungjawab terhadap salah guna kuasa dan penyelewengan yang berleluasa hari ini kerana ianya diwarisi oleh mereka.
"Perkara ini berlaku dalam era pemerintahan yang lalu. Jadi kerajaan hari ini harus berani menyatakan kesalahan pemimpin yang lalu," katanya.

Klinik 1Malaysia: 'Pesakit diberi ubat silap'

Monday, March 22, 2010
Klinik 1Malaysia dikatakan memberi perkhidmatan perubatan yang berkualiti rendah, sehingga ada pesakit yang diberi salah nasihat dan juga bekalan perubatan yang silap.

Dr T Jayabalan, yang mewakili pekerja dan Majlis Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) mendakwa, kajian klinik-klinik 1Malaysia yang dilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapati ada pegawai pembantu perubatan memberikan ubat yang silap kepada pesakit.

Kajian berkenaan didakwa dilakukan di Kampar, Perak.

“Mereka memberi preskripsi untuk ubat yang salah dan ada juga yang membekalkan ubat yang mereka tidak ditauliahkan untuk berbuat demikian.
"Ada juga yang didapati gagal mengenalpasti sakit yang dihadapi oleh pengunjung klinik itu,” kata Jayabalan yang juga adalah penasihat kesihatan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

“Walaupun, pe
nyediaan klinik-klinik itu adalah tindakan yang mulia untuk membolehkan golongan kurang upaya mendapatkan bantuan kesihatan, namun kita mahu pesakit diberikan akses perubatan yang berkualiti,” katanya.

Doktor berpengalaman itu yang kini berrkhidmat di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang membuat pendedahan berkenaan ketika ceramahnya di Kompleks Caring Society di Pulau Pinang yang berjudul “Apa silap dengan sistem kesihatan kita” pada Sabtu lalu.

Majlis itu anjuran Forum Sembang-sembang, sebuah pertubuhan yang memperjuangkan isu sosial dan awam. Ia dipengerusikan oleh bekas ahli dewan undangan negeri Machang Bubok yang mewakli Gerakan, Toh Kin Woon.

Isu arak di parlimen: Rembau terpaku, Pasir Salak, terduduk!



Oleh Masdar Wahid
KUALA LUMPUR : Cubaan Ahli Parlimen (AP) Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memainkan isu arak dan judi di Dewan Rakyat ibarat meludah ke langit, terpercik di muka sendiri sebaik MP Machang, Saifudin Nasution diberi laluan untuk berucap.

Saifudin yang hanya menyatakan berhubung judi arak secara umum membuatkan beberapa MP Umno berasa kurang selesa termasuklah AP Pasir Salak yang kelihatan marah-marah dan hampir-hampir keluar dari tempat duduk asalnya.
Berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno tertekan di Dewan Rakyat.
"Dia (Khairy Jamaluddin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang.
"Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja," katanya.
Maknanya, tambah Saifudin, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak) jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri, itu sahaja.
"Jadi, itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno.

Perlembagaan Negara Cacamarba, Air Tangan UMNO BN

Tuduhan melulu Ahli Parlimen UMNO yang mendakwa konsep Middle Malaysia yang dibawa DAP tidak menepati perlembagaan persekutuan dibidas Ahli Parlimen balik Pulau Yusmadi Yusoff.

Yusmadi yang juga seorang peguam sebaliknya memulangkan paku buah keras kepada ahli parlimen pro kerajaan itu.

Sidang Parlimen 18 Mac lalu tegang seketika apabila Penasihat DAP Lim Kit Siang mengaju 3 soalan mudah mengenai konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Najib Razak.

Suasana kecoh apabila ahli parlimen UMNO mengelak untuk menjawab pendirian mereka terhadap konsep tersebut. Yusmadi kemudian bangun menyorot perhatian dewan kepada pindaan perlembagaan yang telah ratusan kali ditukar.

Kerajaan dicabar pamer perjanjian royalti minyak

Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim mencabar kerajaan mempamerkan perjanjian royalti minyak antara Petronas dan kerajaan-kerajaan negeri kepada umum supaya rakyat dapat menilainya sendiri.


“Tuan-tuan pernah lihat perjanjian tersebut? Kenapa perjanjian tiga mukasurat itu tidak boleh dipamerkan kepada umum? Kenapa? Kerana mereka hendak tipu,” katanya.

Isu pemberian royalti minyak kepada Kelantan hangat kembali baru-baru ini apabila dua gabungan NGO daripada Kelantan dan Terengganu mahu menyerahkan memorandum tuntutan mereka kepada Yang di-Pertuan Agung hari ini.

Bagaimanapun, perhimpunan yang dijangka menghimpunkan ribuan rakyat daripada kedua-dua negeri di lapangan terbang Kuala Terengganu pagi ini terpaksa dibatalkan atas arahan polis.

Selangor Galak Anak Muda Bersukan Elak Gejala Sosial

Anak muda harus mengamalkan budaya hidup aktif dan sihat demi menggalas masa hadapan Selangor madani dan berbudaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan, Haniza Talha berbesar hati dijemput merasmikan gelanggang futsal Dataran Anak Muda di Petaling Jaya dan berpendapat Selangor sememangnya kekurangan medan untuk aktiviti anak muda.

Haniza dalam ucapannya berkata, kemudahan gelanggang futsal yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya ini amat bertepatan sekali memandangkan kawasan tersebut mempunyai ramai golongan belia.

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]